label

Khamis, 28 Mac 2024

Isnin, 18 Mac 2024

(Ramadan) HAYAT = Hanya Aku Yang Tahu

Alhamdulillah.

Gambar masjid sebagai hiasan.

HAYAT = Hanya Aku (Manusia) Yang Tahu.

Rasa lega sangat.

Sabtu, 16 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka puasa hari kelima

Menu buka puasa saya hari ini.

Saya buat jemput-jemput ikan bilis.

Saya goreng tempe.

Sambal kicap pun saya buat juga.

Sedapnya makan jemput-jemput dan tempe cicah sambal kicap. Alhamdulillah.

(Ramadan) Menu sahur hari kelima puasa

Hari ini sahur, saya masak ini...

Sos 3 rasa...

Nak makan ikan siakap goreng dengan sos 3 rasa.

Alhamdulillah. Selamat bersahur.

Jumaat, 15 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka puasa hari keempat

Menu buka puasa saya hari ini. Semua masak sendiri.

Mi goreng daging.

Agar-agar sirap.

Alhamdulillah.

Khamis, 14 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka puasa hari ketiga

Menu buka puasa hari ini semuanya beli kecuali air bancuh sendiri. 

Roti john

Karipap 

Kuih pau sambal & popiah

Saya bancuh air keladi.

Alhamdulillah.

(Ramadan) Menu sahur hari ketiga puasa

Assalamualaikum. Menu sahur saya hari ini.

Nasi lauk isi ayam tumis.

Selamat bersahur.

Rabu, 13 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka hari kedua puasa

Menu buka saya hari ini.

Saya masak spageti karbonara.

Karipap dan kentang wedges.

Tembikai kuning.

(Ramadan) Menu sahur hari kedua puasa

Assalamualaikum. Menu sahur saya untuk pagi ini.

Nasi, ayam goreng berempah, sup kentang campur suhun & sambal hitam beli di Tik Tok.

Alhamdulillah. Selamat bersahur.

Selasa, 12 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka puasa hari pertama

Menu buka puasa hari pertama puasa.

Roti telur.

Karipap frozen.

Buah tembikai.

Alhamdulillah. Selamat berbuka.

(Ramadan) Sahur Hari Pertama

Sahur hari pertama puasa di bulan Ramadan.

Nasi lauk daging sambal dan ulam timun.

Bubur barli bawa dari kantin sekolah semalam.

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan puasa hari ini. Selamat berpuasa.

Isnin, 11 Mac 2024

(Cerita) Gastrik

Ada perkara yang saya tak ceritakan pada kawan-kawan saya di sekolah hari ini, tetapi saya cerita di sini. Sebenarnya, saya gastrik hari ini. Saya tahan gastrik ini sebab nak jumpa kawan-kawan saya pada petang tadi.

Selepas minum petang bersama rakan-rakan, saya bukan menangis dalam kereta. Waktu saya drive nak balik rumah, tiba-tiba gastrik saya semakin kuat dan nyaris-nyaris nak muntah dalam kereta. Tapi tak muntah pun... Waktu ni lampu isyarat merah ye...

Alhamdulillah, saya dapat mengawal gastrik saya hari ini. Sampai rumah saya minum tolak angin. Saya dalam keadaan baik.

(Sekolah) Kumpul minum petang bersama rakan-rakan lama

Assalamualaikum. Hari ini rakan saya mengadakan jamuan minum petang. Beliau ajak rakan-rakan redeployment dari sekolah lain untuk berkumpul di kantin.

Gembiranya jumpa mereka.

Video hari ini.

Alhamdulillah, terasa macam dulu-dulu. Ada rakan-rakan saya yang berpindah ke sekolah lain kerana redeployment.

Ahad, 10 Mac 2024

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2024/2025

Assalamualaikum.. Pagi tadi hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2024/2025.

Bergambar dengan maskot.

Saya jadi jurugambar pagi tadi.

Suasana perhimpunan pertama sesi baharu.

Video hari pertama sesi persekolahan sesi baharu.


Alhamdulillah.

Sabtu, 9 Mac 2024

(Sekolah) Mesyuarat guru sebelum buka sekolah

Dari 3 Mac 2024 hingga 7 Mac 2024 diadakan Mesyuarat Guru sebelum buka sekolah. Alhamdulillah, sekolah saya tidak mengikut trend banyak sekolah yang mengadakan mesyuarat pertama di hotel.

Datang awal ke sekolah sebab tak nak terlibat dalam kesesakan.

Mesyuarat panitia BM, saya gantikan kawan saya yang sedang cuti sakit.

Bahan-bahan untuk minggu pertama persekolahan.

Hari Khamis, saya & rakan-rakan mengemas kelas.

Buku teks untuk persiapan mengajar pun saya dah beli. Saya beli di Shopee. Walaupun ada buku teks digital, saya lebih suka buku teks secara maujud ini.

Minggu mesyuarat guru selesai.

(Sekolah) AJK Buku Pengurusan

Cuti sekolah yang lalu, inilah antara aktiviti saya.

Menguruskan buku pengurusan sekolah sehingga urusan hantar cetak di kedai.

Alhamdulillah, selesai tugas saya menguruskan buku pengurusan sekolah .