label

Ahad, 17 September 2023

(Sekolah) Pekeliling Media Sosial Guru

Assalamualaikum. Baru-baru ini tular, guru tak boleh gunakan murid sebagai content di media sosial. Ini ialah pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru.



Download pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru: Pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru

Selagi saya tak langgar etika ini, saya akan post macam biasa aktiviti saya dengan murid di sekolah. Sebabnya itu bukan content tapi gambar kenangan.

(Sekolah) Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum. Pada 14 September yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2023.



Simpan gambar-gambar di sini sebagai kenangan.

(Makan) Restoran Ikan Bakar Kayu Arang

Assalammualaikum. Pada hari Ahad lepas, selepas dari SK Kota Masai 3, saya singgah makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Kayu Arang Taman Rinting Johor.

Tempat terhad, kalau ramai, kena tunggu di luar ikut giliran.


Saya makan ini, nasi & ayam bakar sambal.

Vlog.

Alhamdulillah, pengalaman baharu makan di sini. Katanya pernah tular di Tik Tok restoran ni...

(Sekolah) Selesaikan kerja akhir pertandingan syair daerah

Pada Ahad lepas, selepas habis sekolah, saya pergi ke SK Taman Kota Masai 3 untuk hantar tuntutan bayaran makanan semasa pertandingan syair yang lalu.


Dengan ini, selesailah tugas saya dalam pertandingan syair 2023.

(Sekolah) Gotong-royong Madani

Assalamualaikum. Pada 10 September Ahad lepas, sekolah saya telah mengadakan Gotong-royong Madani.

Antara aktivitinya ialah menanam serai dan bunga kantan.

Mengutip sampah.

Mengutip sampah.

Saya bertugas sebagai jurugambar.

Vlog.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

(Sekolah) Karnival BM peringkat negeri

Assalamualaikum. Pada 7 September yang lalu, saya telah terlibat dalam urus setia Karnival BM peringkat negeri 2023 di Perpustakaan Sultan Ismail.

Saya bertugas sebagai ajk pendaftaran.

Majlis penutup. Biarlah gambar2 ni saya jadikan di sini.

Kawan-kawan baharu.



Vlog.

Pengalaman baharu buat saya dalam pertandingan peringkat negeri ni...

Jumaat, 8 September 2023

(Cuti Sekolah) Episod Akhir - Tempat penginapan kami di Flat Macallum Georgetown Pulau Pinang

Assalamualaikum. Ini kisah terakhir percutian saya di Pulau Pinang. Saya nak tunjuk tempat penginapan saya di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, saya menginap di Rumah Flat Macallum Georgetown Pulau Pinang. Selesa dan rumahpun kemas.

Bilik selesa dan ada pendingin hawa.

Sewa pun murah, semalam RM100.

Ada tv android & wifi.

Di hadapan rumah flat.

Saya dah nak bertolak balik.

Bye-bye Pulau Pinang.

Video.

Tamat. Terima kasih kepada anda yang follow kisah percutian saya di Pulau Pinang.

(Cuti Sekolah) Episod 15 - Roti canai Gemas Road Brothers Pulau Pinang

Assalamualaikum. Pada hari terakhir saya di Pulau Pinang, paginya kami bersarapan di Gemas Road Brothers.

Saya makan di khemah yang disediakan. Parking senang di sini.

Saya makan roti canai 2 keping kuah banjir dan teh tarik. Saya kalau ke kedai mamak, memang akan order roti canai kosong 2 keping.

Video.

Air teh tarik sedap & roti canainya puas makan.

(Cuti Sekolah) Episod 14 - Pasembur Padang Kota Pulau Pinang

Assalamualaikum. Alang-alang dah berada di Padang Kota, kami singgah makan pasembur di medan selera berdekatan.

Hussain Pasembur.

Video.

Agak mahal harga pasembur di sini. Bolehlah buat rasa-rasa.

(Cuti Sekolah) Episod 13 - Padang Kota, Pulau Pinang lagi

Assalamualaikum. Selepas ke Jeti Lim, tempat seterusnya kami pergi ke Padang Kota Pulau Pinang. Saja nak ambil angin petang dan melihat senja di sana.

Saya berada di Padang Kota Pulau Pinang.


Video.

Meriah pergi Padang Kota petang-petang sebab ramai orang.


Video.

Selepas ini ke mana lagi? Bersambung...

(Cuti Sekolah) Episod 12 - Jeti Lim Pulau Pinang

Assalamualaikum. Selepas selesai makan nasi kandar, kami pergi ke Jeti Lim Pulau Pinang untuk melihat pemandangan petang di atas jeti lama.

Saya berada di atas Jeti Lim.


Video.

Daripada gambar dan video di atas, anda boleh saksikan keindahan di atas jeti pada waktu petang.

(Cuti Sekolah) Episod 11 - Nasi Kandar Salam

Assalamualaikum. Selepas menghilangkan dahaga dengan air soya gula merah, kami singgah makan tengah hari di restoran nasi kandar yang tak ramai orang dan tak payah beratur panjang.

Ini dia, Restoran Nasi Kandar Salam. Saya singgah makan nasi kandar di sini.

Video.

Sebab saya masih kenyang, saya ambil lauk ayam goreng sahaja.

(Cuti Sekolah) Episod 10 - Air soya gula merah Flat Kampung Melayu Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak sambung cerita kisah percutian saya di Pulau Pinang pada 2 minggu lepas. Selepas dari Bukit Bendera, kami singgah cari minuman di Flat Kampung Melayu Pulau Pinang. Ini dia...

Air soya gula merah Flat Kampung Melayu Pulau Pinang. Sedap dan harganya RM2 sebungkus.

Video.

Peniaga air soya ini menaiki motosikal dan berhenti di Flat Kampung Melayu Pulau Pinang.