label

Sabtu, 29 Julai 2023

(Sekolah) Majlis APC 2022 di KSL Hotel

Pada 24 Julai yang lalu, hari Isnin, saya telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 di KSL Hotel. Saya kongsikan kisah, gambar dan video di bawah ini.

Pendaftaran pukul 7.30 pagi, pukul 7.00 pagi saya dah sampai.

Mula-mula sampai di sini, saya tak pakai tali leher dan blazer dahulu sebab panas.

Suasana pagi di KSL Hotel.

Bergambar dengan rakan dan guru besar sebelum majlis bermula.

Semasa majlis bermula.


Sambil dengar ucapan, sambil tangan merakam gambar lampu chandelier ini.


Sekitar majlis APC 2022.


Selepas menerima sijil APC.

Macam konvo pula...

Selepas habis majlis, macam biasa. Bergambar kenangan.



Video suka-suka.

Alhamdulillah, selesai menghadiri majlis tersebut walaupun banyak juga ujiannya. Terima kasih atas ucapan semua.

(Sekolah) Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2023

Pada hari Isnin yang lalu, 25 Julai 2023 diadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2023 di sekolah. Saya terlibat sebab saya guru pengawas.

Bersama rakan kerja yang terlibat.

Penceramah dan fasilitator daripada pihak luar.

Encik Tuah.

Sedikit video suasana kursus.


Gambar kenangan.


Alhamdulillah, selesai Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2023. Selesai satu program di sekolah.

(Sekolah) Bengkel Kehakiman dan Kejurulatihan Pesta Pantun 2023

Pada hari Khamis yang lalu, saya terlibat dalam Bengkel Kehakiman dan Kejurulatihan Pesta Pantun 2023 di SK Taman Megah Ria. Bengkel bermula pada pukul 2.00 petang, lepas habis sekolah.


Saya bantu sebagai urusetia.

Bengkel disertai oleh guru-guru dari daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Penceramah, Cikgu Nazlia.

Cikgu Nazlia.

Selepas selesai bengkel, bergambar sebagai kenangan.

Penceramah yang sangat sporting.

Video suasana bengkel.

Video kenangan bersama penceramah.

Selepas tamat bengkel, saya temankan rakan dan penceramah makan di The J. Kami makan murtabak cheese.

Saya pesan air bandung.

Makan sambil berkongsi cerita.

Selepas makan, saya terus balik ke rumah dengan segera sebab dah nak dekat Maghrib.

Jumaat, 21 Julai 2023

(Sekolah) Hari Sukan 2023 - Rumah Laksamana

Ini cerita Hari Sukan 2023 yang terakhir. Tahun ini saya dipindahkan rumah sukan, dari warna merah ke warna oren. Rumah sukan saya tahun ini ialah Rumah Laksamana. Saya dilantik selaku ketua rumah oren pada tahun ini.

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid rumah oren yang memberikan kerjasama yang jitu.

Tak kira rumah sukan apa, saya akan berikan sokongan 100% kepada rumah sukan saya.


Video larian 4x100 meter lelaki 12 tahun Rumah Laksamana.

Terima kasih team Rumah Laksamana. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang terlibat. Kita nombor dua tahun ini!

(Sekolah) Hari Sukan 2023 - Topi payung

Sambungan kisah Hari Sukan...

Saya beli topi payung ini di Lazada. Pada awalnya saya beli sebab nak lindungi diri daripada panas terik pada Hari Sukan.

Tak sangka pula hujan pada Hari Sukan. Memang berguna sangat topi payung ini...

Saya kongsikan video Hari Sukan yang seterusnya...

Sangat berguna topi payung ini. Boleh digunakan waktu panas dan hujan.

Nantikan kisah Hari Sukan yang seterusnya...

(Sekolah) Hari Sukan 2023 - Hujan lebat

Semalam waktu Hari Sukan, hari hujan lebat selepas selesai acara larian murid tahap 1.

Kami terperangkap di dalam khemah hakim.


Video ketika hujan lebat.

Nantikan kisah Hari Sukan yang seterusnya...