label

Jumaat, 26 Mei 2023

(Cerita) Thank You Festival Uniqlo

Assalamualaikum, hari ini saya beli pakaian di Uniqlo sempena Thank You Festival.

Dapat free gift mug thermos, kopi & segenggam gula-gula.

Best juga shopping di Uniqlo ni...

Rabu, 17 Mei 2023

(Makan) Pertama kali cuba aiskrim Llao Llao

Assalamualaikum. Hari ini Rabu minggu ketiga, saya nak cuba makan aiskrim Llao Llao sebab ada diskaun 30%. Teringin dari bulan puasa lagi nak cuba aiskrim ni...

Saya ambil aiskrim large, letak topping sos biscoff, coklat macam m&m dan buah strawberi. Harga promosi Rabu Ketiga ialah RM14.00. Harga asal RM21.90 kot..

Video saya makan aiskrim Llao Llao.

Sebutan Llao Llao ialah Yau Yau. Alhamdulillah, dah rasa aiskrim yogurt Llao Llao.

(Sekolah) Sambutan Hari Guru 2023


Assalamualaikum. Baru nak update Sambutan Hari Guru 2023 semalam. Sambutan Hari Guru pada tahun ini diadakan secara berbeza sebab musim panas. Murid tidak dibenarkan berkumpul di tempat terbuka. Risau kena strok haba. Jadi, aktiviti semuanya indoor.

Tema pakaian Hari Guru di sekolah saya pada tahun ini ialah biru. Asal ada warna biru.

Saya share gambar-gambar dan video semalam...

















Hadiah yang saya terima semalam. Ada kurta, minyak wangi, jajan, alat tulis dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Permainan Kerusi Muzik.

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

Ucapan Selamat Hari Guru.

Permainan Kerusi Muzik.

Selesai. Alhamdulillah.

Selamat Hari Guru kepada semua guru!

Isnin, 15 Mei 2023

(Sekolah) Mesyuarat Agong PIBG 2023

Pada 13 Mei 2023 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2023 dan Majlis Apresiasi Murid.

Saya bantu persiapan murid yang buat persembahan tarian kebudayaan. First time & dapat belajar sesuatu yang baru.




Bergambar bersama AJK Makanan VIP











Sijil AJK PIBG 2022/2024


Sebenarnya tugas saya pada hari itu ialah AJK fotografi. 

Rabu, 10 Mei 2023

(Sekolah) Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil Sesi 2023/2004

Assalamualaikum. Semalam diadakan Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil Sesi 2003/2004. Majlis diadakan secara tertutup di bilik mesyuarat sebab musim panas.

Di pentas ini untuk sesi bergambar sahaja.


Saya guru pengawas di sekolah.





Alhamdulillah, majlis berjalan lancar semalam.

Sabtu, 6 Mei 2023

(Makan) Sarapan di Ikea

Assalamualaikum. Pagi tadi saya sarapan di Ikea, pukul 10.30 pagi saya ke Ikea.

Saya bersarapan dengan meat ball Ikea.

Meat ball Ikea.

Selain itu, saya juga bersarapan dengan piza.

Piza ini daripada Pizza Hut.

Alhamdulillah. Selepas makan, saya masuk ke kedai perabot Ikea. Banyak barang dah naik harga.

Khamis, 4 Mei 2023

(Sekolah) Jamuan Raya Kelas 2023

Assalamualaikum. Semalam diadakan jamuan raya bagi setiap kelas di sekolah. Berikut jamuan raya kelas cara saya.

Ini gambar sebelum balik. Bergambar kenangan dengan murid-murid kelas saya.


Saya tak pakai baju raya sebab musim panas. Memang ada kelonggaran pakaian semasa musim panas ini.

Jamuan raya kelas saya berkonsepkan potluck. Murid-murid bawa makanan sendiri dari rumah. Alhamdulillah, ada ibu bapa yang sumbang duit untuk beli makanan semalam.

Kedudukan meja semasa jamuan raya.

Alhamdulillah, jamuan raya berjalan lancar.

Video jamuan raya semalam.

Selesai jamuan raya kelas pada tahun ini. Terima kasih kepada ibu bapa murid yang telah menyumbang semalam.