label

Ahad, 26 Mac 2023

(Mi Casa) Bersihkan dan kemas

Assalamualaikum. Hari ini 4 Ramadan. Pagi-pagi lagi saya dah pergi ke Mi Casa untuk bersihkan dan kemas ruang tamu.

Rak tv saya menggunakan produk daripada Ikea. Saya beli waktu offer. Selepas insiden anai-anai tu, saya nak guna perabot rumah daripada besi sahaja.

Nah, saya tunjuk gambar saya semasa Hari Guru 2012.

Walaupun bulan puasa, bukan bermakna kita perlu banyakkan berehat. Macam hari ini, bila saya sibuk mengemas, tiba-tiba dah masuk azan zohor. Masa terasa cepat berlalu.

Belum siap lagi mengemas, nanti saya kena datang lagi...

Isnin, 20 Mac 2023

(Sekolah) Zumba Minggu Pertama Persekolahan

Assalamualaikum. Hari ini hari kedua sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024. Saya terlibat dalam program zumba pagi tadi.

Saya dan rakan-rakan zumba.



Video zumba kami. Berlatih semalam.

Selesai zumba bersama murid dengan ibu bapa yang hadir pada hari ini.

Ahad, 19 Mac 2023

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2023/2024

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024. Saya kumpulan guru yang mula bertugas pada hari ini.

Bergambar bersama maskot.

Suasana perhimpunan pagi tadi.

Balik sekolah, berbincang dan berlatih untuk program zumba esok.

Tahun ini, minggu pertama sekolah murid tidak belajar di dalam kelas. Program-program tertentu dianjurkan supaya murid-murid ceria.

Khamis, 16 Mac 2023

(Cerita) Telefon pintar tercicir di Melaka

Assalamualaikum. Pada hari Ahad yang lalu, tak pasal-pasal saya ke Melaka. Saya temankan adik ke Melaka sebab telefon pintarnya tercicir di Stuarts Coffee bersebelahan dengan Studio Warisan Malaysia Melaka.




Vlog.

Alhamdulillah, telefon pintar adik saya dapat balik sebab pekerja di kafe tersebut simpankan. Terima kasih.
 

Rabu, 15 Mac 2023

(Cerita) Produk Harrogate untuk masalah kulit sensitif

Assalamualaikum, saya ada masalah kulit sensitif sebenarnya. Nampak live produk Harrogate di Tik Tok, saya pun beli untuk mencubanya.

Sabun dan krim Harrogate. 

Produk Harrogate ni berasaskan sulfur dan bagus untuk masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, gatal-gatal, kurap, panau, jerawat, jeragat dan sebagainya. Alhamdulillah, dah seminggu saya pakai dan nampak perubahannya. Produk ini dari United Kingdom tau!

(Cerita) Beli kerisik home made siap-siap untuk Ramadan dan Raya

Assalamualaikum. Hari ini di sekolah saya beli kerisik home made siap-siap. Senang nak masak rendang untuk bulan puasa dan raya nanti.

Kerisik home made.

Kerisik ni tiada bahan pengawet dan masih baru dibuat lagi.

Sabtu, 11 Mac 2023

(Cerita) Beli refill ink whiteboard marker di Lazada

Assalamualaikum. Dakwat marker papan putih yang saya beli di Lazada dah sampai.

Saya beli dakwat warna biru, hitam dan merah.

Saya beli di Lazada waktu jualan murah 3/3 yang lalu. Jadi, dapat beli dengan harga yang murah. Dakwat ni penting untuk kegunaan mengajar nanti.

Khamis, 9 Mac 2023

(Cerita) Beli tilam untuk kucing

Assalamualaikum. Tilam kucing saya dah sampai.

Saya beli tilam kucing ni di Lazada. Beli 2 sebab kucing banyak. Kongsi-kongsi ye kucing...

Kucing pun nak tidur yang selesa juga... Sebelum ni, kucing-kucing tidur atas tilam manusia di rumah ni..

Selasa, 7 Mac 2023

(Cuti Sekolah) Repeat makan di Suki-Ya

Assalamualaikum. Pada 27 Februari yang lalu, saya repeat lagi makan di Suki-Ya IOI City Mall Putrajaya.

Untuk kali kedua, saya dah tahu cara nak makan di sini. Kali pertama datang, tak tahu nak makan macam mana. Habis berselerak meja dengan pinggan. Kali ni punya, saya makan dengan lebih tertib.

Vlog

Harga makan di Suki-Ya.

Alhamdulillah, berbaloi makan di Suki-Ya. Cuma kena beratur lama je yang tak best.

Isnin, 6 Mac 2023

(Makan) Sate Hakimi Bangi

 Assalamualaikum. Semasa saya berada di Bangi pada 26 Februari yang lalu, saya sempat makan malam dengan sate Hakimi. Katanya sate Hakimi lebih legend dan terkenal daripada sate Kajang di Bangi.

Sate daging & ayam di sini, secucuk RM1.10.


Sate daging dan sate ayam. Rasanya agak manis tetapi boleh diterima & sedap.

Vlog.

Alhamdulillah, selesai makan sate Hakimi di Bangi. Siapa yang belum cuba, boleh cuba! 

(Cuti Sekolah) Sidang media Anugerah Drama Sangat 2023

Assalamualaikum. Pada 26 Februari yang lalu, saya sempat pergi ke IOI City Mall Putrajaya. Ada sidang media Anugerah Drama Sangat 2023 di sana. Bolehlah saya lihat penganjuran sidang media tersebut.










Vlog.

 Ada kuiz di sana. Kalau menang, boleh dapat tiket ke anugerah tersebut. Walaupun saya tahu jawapan, saya sengaja tidak tampil menjawabnya sebab saya yakin, saya tidak boleh pergi ke malam anugerah tersebut. Lebih baik beri peluang kepada orang-orang yang tinggal berdekatan dengan atau di Putrajaya.

Jumaat, 3 Mac 2023

(Cuti Sekolah) Jalan-jalan di Sunway Piramid

Assalamualaikum. Pada 26 Februari yang lalu, saya pergi ke Sunway Piramid. Saja jalan-jalan pada waktu cuti sekolah.

Saya berada di Sunway Piramid.

Sebelah Sunway Piramid ada Sunway Lagoon. Saya bergambar sahaja di sini.



Vlog.


Selesai di Sunway Piramid, saya pergi ke destinasi seterusnya. Bersambung...

Khamis, 2 Mac 2023

(Cerita) Cuci gigi 2023

Assalamualaikum. Selesai cuci gigi di Klinik AR Pekan Nenas.

Alhamdulillah, selesai cuci gigi buat kali kedua di sini.

Selepas cuci gigi, saya singgah makan di Bakers Cottage Pekan Nenas. Cantiklah tempat makan dia.

Setahun sekali cuci gigi, okelah kan?

Rabu, 1 Mac 2023

(Sekolah) Hari terakhir sekolah sesi 2022/2023

16 Februari yang lalu merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi sesi 2022/2023. Hari tersebut merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai guru kelas 5 Delima.

Selesai waktu BM, saya bergambar bersama murid sebagai kenangan.





Sebelum saya masuk ke kelas, murid-murid menulis sesuatu di papan putih. Nak tahu, lihat video di bawah.

Terima kasih murid 5 Delima.

Insya-Allah kita jumpa lagi pada sesi baharu nanti.