Hari ini proses terakhir pintu di mi casa iaitu syelek pintu.
Dua orang pekerja datang ke mi casa untuk syelek pintu. Mereka mencadangkan saya cat warna cerah supaya nampak corak asli kayu nyatoh. Saya pun setuju.
Seorang mengecat pintu.
Seorang lagi menyelek pintu. Cuaca hari ini panas terik.
Dua jam juga proses syelek pintu. Mereka buat 4 kali coating. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Pintu baharu mi casa siap. Sebulan juga menguruskannya.