label

Isnin, 21 Mac 2022

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2022

Hari ini hari pertama sesi persekolahan 2022.

Agak penat hari ini sebab sebelum rehat, jadual saya 5 masa terus tanpa henti.

Ini kerana nak ringankan beg murid.

Khamis, 17 Mac 2022

(Cerita) Terima sambal laksa Sarawak dari Sarawak

Ada cikgu dari Sarawak pos sambal laksa Sarawak kepada saya.

Sambal laksa Sarawak. Ini tanda terima kasih cikgu tersebut kepada saya kerana berkongsi catch up plan Pendidikan Moral di blog ini.

Terima kasih cikgu. Sebenarnya saya dah tolak tetapi cikgu tersebut tetap nak beri juga.

Khamis, 10 Mac 2022

(Cerita) Cuci gigi di Klinik Pergigian AR, Pekan Nenas

Hari ini pukul 8.00 pagi saya bertolak dari rumah dan sampai ke Klinik Pergigian AR, Pekan Nenas pada pukul 9.06 pagi. Saya nak cuci gigi pada hari ini.

Menunggu giliran. Datang pagi, jadi tak ramai orang sangat.

Ramai orang kata, cuci gigi di sini murah.