Assalamualaikum, saya nak kongsi cerita tentang sebuah kipas circulation jenama Iris Ohyama, jenama kipas circulation nombor 1 di Jepun. Saya baru beli di Shopee. Apakah kebaikan kipas ini? Teruskan membaca.
Kipas circulation jenama Iris Ohyama. Kecil je kipas ni tetapi fungsinya okey!
Saya beli kipas ini untuk mengurangkan panas di dalam bilik saya. Saya jenis tak nak pasang pendingin hawa di dalam rumah, jadi setelah saya buat tinjauan, saya rasa kipas ni jalan penyelesaian untuk mengurangkan panas di dalam bilik. Saya guna kipas angin dan kipas circulation ini dan kesannya, Alhamdulillah. Memang kurang rasa panas di dalam bilik. Saya rasa pilihan yang baik berbanding guna pendingin hawa.
Saiz kipas yang kecil ini boleh dibawa ke mana sahaja. Jadi, saya berpuas hati beli kipas circulation ini.