label

Sabtu, 20 Mac 2021

(Cerita) Gerai ikan yang siap siang dan bersihkan di Puteri Mart

Terima kasih kawan-kawan yang mencadangkan tempat ini untuk beli ikan yang ada perkhidmatan siang dan bersihkan ikan secara percuma di Puteri Mart.

Gerai ikan di Puteri Mart.

Khamis lepas, saya pertama kali beli ikan di sini. Terbaik perkhidmatan yang disediakan!

(Sekolah) Majlis persaraan rakan guru di Banafee Seri Alam

Hari ini diadakan majlis persaraan rakan guru di Banafee Seri Alam. Konsepnya makan tengah hari. Tema pakaian warna merah jambu belacan.



Saya suka konsep pentas di sini.

Banafee Seri Alam, tempatnya kondusif, nak parking senang, makanan sedap dan tak kedekut. Recommended!

Jumaat, 19 Mac 2021

(Cerita) Aktifkan balik akaun Maybank

Selamat pagi.

Hari ini saya beratur di luar Maybank dahulu. Saya nak aktifkan balik akaun Maybank saya. Dah lama tak guna akaun ni sampai jadi tak aktif.

Dalam setahun kita kena buat apa-apa transaksi di akaun bank kita. Jika sampai setahun kita tak guna, tu yang tak aktif tu. Satu kerja nak pergi bank, aktifkan.

Saya tahu akaun saya tak aktif apabila saya nak keluarkan duit di mesin atm Maybank. Selepas itu, saya tanya cara nak aktifkan balik di Twitter @maybankmy . Begitulah kisahnya.

Sabtu, 13 Mac 2021

(Sekolah) Tunggang motor ke sekolah hari ini

Hari ini saya datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. Dah lama tak tunggang motosikal jalan jauh. Ni nak biasakan diri balik tunggang motor atas jalan raya.


Alhamdulillah, semuanya selamat. Nak balik tadi, menghadap hujan gerimis sekejap.

(Mi Casa) Dah hampir dua bulan tak jengah

Dah hampir dua bulan saya tak jengah di Mi Casa sebab PKP dan kesibukan saya.

Mi Casa.

Pada hari Khamis malam, saya datang menjengah ke Mi Casa sebab di JB sudah PKPB. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik. Saya sayang Mi Casa.

Jumaat, 12 Mac 2021

(Cerita) Beli Downy paling besar dan murah di Shopee

Downy yang saya beli di Shopee dah sampai rumah.

Downy ni 2.1 liter dengan isian bonus 30% hanya RM17.69 waktu jualan murah 3/3 pukul 12 hingga 1 pagi. Harga asal RM26.80. Jimat banyak kan? Saya beli 2 pek terus.

Saya suka guna Downy sebab wanginya tahan lama. Tak perlu pakai perfume lagi.

Khamis, 11 Mac 2021

(Sekolah) Selesai bertugas minggu pertama buka sekolah

Selesai bertugas pada minggu pertama buka sekolah. Nak simpan gambar hari ini sebagai kenangan.


Guru bertugas Kumpulan 2


Murid sesi pagi berkumpul di khemah ini sambil menunggu ibu bapa mereka datang.

Kalau bertugas, jumpa je hari Khamis, dah rasa lega dah... Bye!

Selasa, 9 Mac 2021

(Cerita) Akan aku ingat tarikh 9 Mac 2021

Hari ini hari yang paling mencabar emosi dan fizikal.


Saya akan ingat tarikh hari ini. 11.23 malam. Ketika diri sudah pasrah, apa yang bakal terjadi pada hari esok, biarlah....

Isnin, 8 Mac 2021

(Sekolah) Hari ini sekolah bermula bagi sesi 2021

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2021.

Ini je gambar yang saya sempat rakam hari ini. Menu makan pagi saya, nasi, ikan keli & sayur lemak kubis.

Bye-bye PDPR :)

(Sekolah) Persiapan sehari sebelum sekolah

Kisah semalam, kami semua dah mula bertugas untuk persiapan pembukaan sekolah sesi 2021 pada hari ini.

Sambutan murid di sekolah hari ini dengan belon-belon ini. Saya sempat bergambar dengan puluhan biji belon semalam.




Ada gang sekepala yang sudi jadi fotografer, saya on je. Hehehe... Kenangan tu...

(Cerita) Kasut beli di Shopee sampai sebelum buka sekolah

Disebabkan kasut saya terkopak pada minggu lepas, saya beli lagi kasut di Shopee pada sale 3/3.

Alhamdulillah, saya terima kasut pada hari kelmarin. Pantas!

Jadi, hari ini saya pakai kasut baharu di sekolah. Mujur sampai sebelum buka sekolah.

Sabtu, 6 Mac 2021

(Sekolah) Jadual Tugas Murid 2021

Jadual tugas kelas saya dah siap!

Saya guna tema ikan tahun ini. Tahun lepas, tema itik.

Saya masih guna jadual lama ini sebab kertas warna saya ada lagi. Bagi saya kalau buat jadual tugas sendiri, ada nilai seninya. 

Proses saya siapkan jadual ini.

Dari sekolah menengah, saya memang suka buat jadual tugas ni :)

Selasa, 2 Mac 2021

(Cerita) Surau Southkey Mid Valley yang selesa

Lihatlah surau di Southkey Mid Valley, besar dan luas. Selesa solat di surau ini. Saya solat Maghrib di sini petang tadi.

Inilah suraunya.

Luas sangat.

Cantik.

Tempat ambil air wuduk.

Petang tadi, saya pergi Southkey Mid Valley untuk lepak dan minum-minum.

Setakat ini, surau di pusat beli-belah yang selesa adalah di AEON Tebrau, Plaza Angsana dan di sini.

(Sekolah) Kisah kasut

Hari ini saya mula bertugas di sekolah. 

Saya pakai kasut yang saya beli pada pertengahan tahun lepas. Tahun lepas kan banyak cuti PKP, jadi saya cadang nak pakai pada hari pertama sesi persekolahan 2021.

Setibanya di sekolah, saya pelik kenapa bunyi tapak kasut ni kuat sangat. Waktu nak buka kasut di sekolah, barulah saya sedar yang tapak kasut saya sebelah dah terkopak. Gamnya dah tak kuat. Mujurlah separuh je terkopak.

Dan... Saya bernasib baik sebab murid-murid sesi pagi belum datang lagi. Jadi, takde la malu sangat :) Pengajaran untuk saya, selepas ini kalau beli kasut, terus pakai. Jangan simpan-simpan. Nanti kasut terkopak.

Isnin, 1 Mac 2021

(Cerita) Dah daftar vaksin Covid-19

Assalamualaikum. Hari ini saya baru daftar vaksin di aplikasi My Sejahtera.

Caranya:

Buka My Sejahtera, pilih Covid-19 Vaccination.

Selepas itu, pilih vaccine for nama kita. Sahkan butiran diri kita.

Dah siap daftar.

Makluman, vaksin fasa 1 untuk petugas barisan hadapan dahulu.

Sebenarnya saya tak takut vaksin tetapi saya takut disuntik. Demi kebaikan, saya akan vaksinkan diri juga.