label

Khamis, 30 Disember 2021

(Cerita) Sedekah kepada jiran-jiran

Pada hari Jumaat lepas, 24 Disember 2021, saya memasak untuk disedekahkan kepada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumah saya.

Dalam setiap bungkusan ada Yasin, air kotak dan hasil masakan saya.

Saya masak nasi beras basmati.

Saya masak ayam masak merah.

Sayurnya pula, saya masak kubis tumis.

Saya siap masak dalam pukul 4.00 petang dan adik-adik saya mengagihkan kepada jiran-jiran.

Alhamdulillah.

Sabtu, 4 Disember 2021

(Makan) Restoran K Fry

Pada 19 November lalu, saya berkesempatan makan di Restoran K Fry. Pertama kali saya makan di sini. 

Ayam disaluti keju.

Kentang daging.

Ayam pedas bersalut keju.

Video


Ayam bawang.

Ayam pedas level tak pedas.

Alhamdulillah, kenyang.

Kalau datang ke sini, kena datang ramai-ramai, barulah syok.

Selasa, 30 November 2021

(Cerita) Beli habbatus sauda di Shopee

Semalam habbatus sauda saya dah sampai.

Habbatus Sauda ini saya beli di Shopee. 

Saya makan habbatus sauda 2 biji setiap malam untuk kesihatan. Insya-Allah.

(Cerita) Uruskan fidyah

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan bayar fidyah semalam. Cara saya uruskan fidyah:

1. Rujuk Majlis Agama Islam Johor untuk tahu jumlah fidyah.
2. Saya beli barang keperluan melalui Lotus online untuk diagihkan kepada orang-orang yang berhak menerima.

Mudah beli online di Lotus, mereka boleh hantar sampai depan rumah. Tiada caj lagi.

Beras dan minyak. Rupanya boleh bayar fidyah dengan barang-barang keperluan seperti ini. Kami agihkan sendiri datang ke rumah orang-orang yang berhak menerima.

Saya kongsi di sini, mana tahu boleh jadi rujukan untuk orang lain.

Ahad, 28 November 2021

(Makan) Gerai No. 12 Teluk Sengat, Kota Tinggi

Ini masih kisah 7 November 2021. Selepas dari Batu Layar, kami singgah di Teluk Sengat untuk makan malam.

Kami singgah di Gerai No 12 Teluk Sengat.

Tiada gambar lain yang saya ambil di sini. Jadi, tengok je la video ini.



Alhamdulillah, selesai makan, kami bertolak pulang ke rumah.

(Aktiviti) Masjid Al-Huda Kampung Punggai

Sambungan kisah 7 November 2021. Selepas ke Batu Layar, saya singgah di Masjid Al-Huda Kampung Punggai, Pengerang untuk solat Maghrib.

Madjid Al-Huda. Bagus pengurusan masjid ni, ada sediakan sejadah dan pelitup separuh muka sekali untuk musafir.


Selepas solat Maghrib, saya akan ke destinasi seterusnya. Jumpa di entri seterusnya...

(Aktiviti) Sepetang di Batu Layar

Ini kisah 7 November 2021.

Saya pergi ke Batu Layar. Saya sampai di sini pada pukul 6.15 petang.

Batu Layar.

Datang sini saja-saja ambil angin petang dan nak tengok pantai.

Walaupun hanya berjalan di pinggir pantai, dah cukup bagi saya.

Video


6.45 petang saya bergerak pulang ke rumah.

Saya datang ke sini bersama adik beradik saya. Dapat tengok pantai sekejap pun jadi la...

Khamis, 25 November 2021

(Makan) Sushi King Bonanza

Apabila adik-adik suka makan sushi, hari ini kami ke Sushi King sebab ada Bonanza, satu pinggan RM3.00 (tak termasuk cukai). Saya layankan aja mereka...

Jemput makan...

Sushi yang ni sedap, beef yakiniku.

Ini kali kedua saya makan di Sushi King. Patutlah ramai orang jika ada Bonanza di Sushi King sebab lebih murah daripada biasa. Saya baru tahu....

Selasa, 16 November 2021

(Cerita) Servis kereta

Saya servis kereta hari ini.

Saya merupakan pelanggan terakhir pada hari ini. 

Waktu ini tinggal saya seorang lagi pelanggan di sini.

Ahad, 14 November 2021

(Cerita) Tamat urusan di Hospital Columbia Asia

Assalamualaikum. Ini kisah 5 November 2021.

Hospital Columbia Asia.

Alhamdulillah, pada tarikh ini merupakan hari terakhir berurusan di sini. Laporan perubatan di sini RM150.00. 

Rabu, 10 November 2021

(Cerita) Balik kampung pada perayaan Deepavali

Ini kisah 4 November 2021 pada hari cuti Deepavali.

Saya balik ke kampung untuk berkumpul dengan makcik-makcik dan sepupu.

Di kampung, saya bawa balik cili padi kampung, pisang dan buah kelapa yang dah ada akar. Saya nak tanam pokok kelapa di JB.


Video.

Menu istimewa di kampung, mak cik saya masak sup daging pekat. Terangkat!

Beza balik kampung kali ini, arwah emak dan mak cik saya dah takde. Huhuhu.... Al-Fatihah.

(Cerita) Kejutan kek hari lahir

Assalamualaikum. Saya kembali update blog. Ini kisah 1 November 2021 yang lalu...

Selepas kemas kelas, saya menerima kek hari lahir ini. Memang terkejut sebab hari lahir saya dah lepas.

Terima kasih kepada si pemberi. Nama saya rahsiakan.

Video.


Alhamdulillah. Terima kasih rakan-rakan.

Isnin, 1 November 2021

(Sekolah) Kemas kelas lagi sebelum sekolah dibuka

Hari ini saya datang ke sekolah untuk mengemas sekolah. Saya akan kembali mengajar secara bersemuka bermula 14/11/2021.

Hasil kelas yang telah dikemas dan dilabel.

Meja dilabel kerana murid akan datang secara bergilir.

Selamat kembali ke sekolah.

Ahad, 31 Oktober 2021

(Makan) Pertama kali makan di Sushi King

Setiap orang ceritanya berbeza. Pada 29/10/2021, pertama kali saya makan di Sushi King. Saya bukan peminat sushi tetapi bolehlah masuk kalau makan sushi. Sebelum ini, saya tak tertarik untuk masuk ke Sushi King sebab saya bukan peminat makanan Jepun itu. Nak tahu kenapa saya makan di Sushi King? Teruskan membaca...

Saya makan pun yang biasa-biasa sahaja di Sushi King.

Saya makan di Sushi King sebab adik-adik saya nak makan di sana. Saya pun ikutlah kehendak adik-adik yang suka makan sushi. Hari Jumaat lepas, saya keluar dengan adik-adik saya.

Rabu, 27 Oktober 2021

(Cerita) Dine in kembali

Semalam saya dine in di medan selera AEON Bandar Dato Onn.

Saya makan roti Auntie Anne's & minum air Tealive.

Dah lama tak dine in sejak pkp bulan Mei lalu. Semalam saya dine in sekejap je, orang pun tak ramai.

Jumaat, 22 Oktober 2021

(Cerita) Pengalaman pertama berurusan di Hospital Columbia Asia

Pagi tadi, saya pergi ke Hospital Columbia Asia Tebrau atas sebab-sebab tertentu. Pertama kali saya berurusan dan masuk ke hospital swasta ini... Saya lampirkan beberapa gambar saya di sana.



Memang beza berurusan dengan pihak swasta berbanding kerajaan. Di hospital ini, tak perlu tunggu lama & servis yang diberikan sangat baik. Harganya pun baik juga.