label

Khamis, 31 Disember 2020

(Sekolah) Ibu murid bagi minuman coklat In Tree

Hari Isnin yang lalu saya terima hadiah daripada ibu murid kelas saya.

Saya dapat minuman coklat In Tree.

Terima kasih atas hadiahnya :)

Selasa, 29 Disember 2020

(Sekolah) Penyerahan dokumen murid Tahun 6 secara pandu lalu

Selesai penyerahan dokumen murid Tahun 6 secara pandu lalu hari ini. Dokumen murid Tahun 6 ini termasuklah sijil berhenti sekolah, sijil-sijil, fail dan surat penempatan sekolah menengah. Sejak semalam kami bergotong-royong menguruskan penyerahan dokumen murid.

Di sinilah kami bertugas menunggu ketibaan ibu bapa murid.

Rakan-rakan yang mantap!

Selain itu, pemulangan buku teks juga diselitkan sekali. Jadi, selesai urusan murid darjah 6 di sekolah saya.

Khamis, 24 Disember 2020

(Kenangan) Sambal sardin lauk yang paling kerap dimasak waktu praktikal

Hari ini saya masak sambal sardin sebagai lauk makan tengah hari.

Sambal sardin.

Setiap kali masak sardin, mesti saya teringat zaman praktikal duduk di rumah sewa. Paling kerap masak sambal sardin waktu praktikal. Kalau tak sardin, lauk telur. Saya yang jadi tukang masaknya. Hehehe... Kenangan yang tak akan dilupakan.

(Makan) Bagusnya beli Oden pagi-pagi

Balik dari joging, saya singgah di Family Mart.

Saya beli Oden untuk sarapan pagi. Pagi-pagi dah makan oden.

Bagusnya beli Oden pagi-pagi ni ialah banyak pilihan dan baru dimasak. Jadi, rasanya lebih segar. 

(Aktiviti) Berjoging 02

Selesai berjoging.

Sambil joging, sambil bergambar di tempat yang menarik.

Suasana pagi ini.

Alhamdulillah.

Rabu, 23 Disember 2020

(Minum) Air float A&W

Selamat petang.

Lepak petang sambil minum air float A&W.

Pertama kali saya minum air float A&W ni. Rasanya air sarsi campur aiskrim vanila.

(Cerita) Serius, sedapnya bau Safi Anti-bacterial Shower!

Pertama kali saya cium bau syampu badan Safi ni, terus jatuh hati.

Safi Anti-bacterial Shower. Serius, bau buahnya sangat wangi dan sedap! Saya paling suka bau tembikai.

Di Econsave sedang offer refill Safi shower ni, saya beli empat terus tadi. Satu pek RM7.90. Harga asal tak dapat macam tu...

(Cerita) Saya bukan orang Cina

Pagi tadi, apabila saya bersendirian bermain alat senaman ini, datang seorang nenek berbangsa Cina terus berbual dengan saya. Saya kurang faham dia cakap apa, tetapi saya main jawab je guna Bahasa Melayu (lupa la dia tanya apa). Selepas itu, nenek tu cakap, "saya ingat awak orang Cina". Saya senyum je dan jawab, saya orang Melayu la...

Di sinilah tempatnya...

Lama juga nenek tu berborak dengan saya. Siap dia ajar tips-tips bersenam lagi.

Betullah orang kata, bersenam mengeratkan silaturahim.

(Aktiviti) Riadah pagi

Aktiviti pagi tadi...

Riadah di taman rekreasi.

Suasana pagi tadi...

Saya tak berjoging sebab dah mandi lepas Subuh :) Riadah yang ringan-ringan sahaja.

Selasa, 22 Disember 2020

(Cerita) Beli bakul troli di Lazada

Kelmarin, barang yang saya beli di Lazada dah sampai.

Ini dia! Bakul troli yang macam ada di pasar raya tu...

Ini rupa bungkusan bakul troli yang saya terima. Saya beli waktu sale 12/12, dapat murah sikit.

Ada bakul troli ni memudahkan saya meletakkan barang di dalam kereta dan paling penting, memudahkan saya membawa barang-barang belanja. Tinggal ditarik sahaja  bakul trolinya.

Tercetusnya idea nak beli bakul troli ni apabila saya membeli ikan di pasar borong, tiada troli. Penat bimbit ikan berkilo-kilo (termasuk ikan untuk kucing sekali). Selepas ni, mudah la saya nak beli ikan di pasar borong. Ha, begitulah kisahnya!

Isnin, 21 Disember 2020

(Cerita) Beli biskut wafer Loacker sebab percuma flask

Saya antara orang yang mudah terpengaruh dengan barang percuma (barang-barang tertentu).

Beli biskut wafer Loacker percuma flask unik.

Unik flask dia...

Sebab flask dia comel dan unik, saya beli biskut wafer Loacker tersebut.

Khamis, 17 Disember 2020

(Sekolah) Selesai sesi persekolahan 2020

Selesai sesi persekolahan 2020 pada hari ini.

Saya datang ke sekolah untuk urusan fail dan sijil berhenti murid Tahun 6.

Sebelum balik, saya pergi ke kelas saya untuk tanggalkan bahan-bahan pada papan kenyataan kelas.

Pada tahun ini, sesi persekolahan lain daripada kebiasaan kerana Covid-19. Saya tak akan lupakan sesi persekolahan 2020 lebih-lebih lagi belajar dalam talian.

Selamat bercuti kawan-kawan.

Rabu, 16 Disember 2020

(Sekolah) Anugerah Guru Aktif Kokurikulum 2020

Alhamdulillah.

Anugerah Guru Aktif Kokurikulum 2020, saya antara yang tersenarai mendapatkan penghargaan ini.

Tak sangka!

(Sekolah) Dahi bercalar

Peristiwa hari ini...

Alamak, dahi saya bercalar...

Nampak tak?

Kalau dari jauh, nampak ketara rasanya...

Patutlah ramai yang tegur tadi... Yang tahu je tahu tentang ini. Saya simpan di sini buat kenangan.

Selasa, 15 Disember 2020

(Cerita) Mizon First Essence

Saya beli produk ini di Shopee. Baru sampai tadi...

Mizon First Essence.

Katanya khasiatnya sama seperti Essence produk SK-II tetapi lebih murah. Harganya RM72.00 sebotol. SK-II sebotol je dah nak cecah RM400.00. Saya beli di Shopee hellojunghana10

Saya baru nak cuba. Ini semua gara-gara tertengok Youtube Faiz Firdaus. Link nya di sini Faiz Firdaus

Harap-harap serasi dengan kulit wajah saya :)

Khamis, 10 Disember 2020

(Sekolah) Antara tugas guru kelas Tahun 6 pada akhir tahun

Hari ini saya datang ke sekolah untuk...

Uruskan sijil berhenti murid kelas saya. Sijil berhenti sekolah yang sudah siap ditandatangani guru besar perlu difotostat satu salinan.

Siap...

Balik dari sekolah, saya singgah di Econsave beli barang dapur.

Tugas saya di sekolah belum berakhir lagi.

(Sekolah) Saya suka beri hadiah pembaris kepada murid

Antara hadiah yang saya suka beri kepada murid ialah pembaris.

Pembaris dan pensel tekan-tekan ini sebagai cenderamata kepada murid saya.

Saya suka beri pembaris sebab tahan lama, boleh digunakan dan berdasarkan pemerhatian saya, murid seringkali hilang pembaris di sekolah.

(Sekolah) Pensel tekan-tekan macam nama saya

Lihat jenama pensel tekan-tekan ini...

Sekali pandang macam nama saya, cuma takde huruf A je...

Saya beli pensel ini di Shopee untuk dijadikan hadiah murid.

Ahad, 6 Disember 2020

(Cerita) Berkelah makan oden di taman permainan

Apabila nak makan oden, tetapi Family Mart penuh, saya makan di sini...

Saya makan oden di taman permainan. Rasa macam berkelah.

Oden Family Mart.

Tenang makan di sini. Angin pun kuat.

Best juga sesekali makan di taman permainan ni. Dah lama juga saya tak berkelah :)

Sabtu, 5 Disember 2020

(Cerita) Minum air lemon madu suam untuk hilangkan batuk

Alhamdulillah, batuk saya semakin berkurangan.

Saya minum air lemon suam campur madu. Kawan saya yang bagi petua ni. Dengan izin Allah, batuk saya semakin berkurangan.

Yang baik, kita sebarkan. 

(Aktiviti) Berjoging 01

Pagi tadi saya mula berjoging. Dah lama tak berlari (walaupun perlahan).



Biar tak banyak kilometer, yang penting ada.

Selasa, 1 Disember 2020

(Cerita) Pak cik saya meninggal dunia

Hari ini keluarga saya dikejutkan dengan berita pemergian pak cik saya, adik belah mak saya.

Arwah meninggal pagi, dalam pukul 6.00 petang baru dikebumikan. Banyak prosedur perlu dijalankan, lebih-lebih lagi musim Covid-19 ini.

Suasana senja di kampung. Waktu ni, urusan pengebumian arwah selesai dijalankan. Alhamdulillah.

Semoga arwah pak cik saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.