label

Isnin, 30 November 2020

(Cerita) Susun sijil murid Tahun 6

Selesai susun sijil-sijil murid kelas saya di rumah.

Sambil susun, sambil tengok tv.

Belum siap lagi dokumen murid. Waktu cuti ni kena siapkan.

(Sekolah) Bengkel BM dalam talian

Hari ini PPD mengadakan bengkel Bahasa Melayu melalui Zoom Online.

Kami guru-guru Bahasa Melayu mendengar bengkel di bilik mesyuarat. Pancarkan video dan tonton beramai-ramai.

Bengkel dalam talian bukan atas talian. Ilmu baharu kami dapat hari ini.

Alhamdulillah, bengkel berjalan dengan lancar.

Isnin, 23 November 2020

(Sekolah) Alhamdulillah, penyertaan mereka diterima

Cerita hari ini, Alhamdulillah penyertaan pertandingan video pendek Covid19 sekolah saya diterima dan dapat hadiah saguhati.

Hadiah penyertaan saguhati.

Ada kisah di sebalik hadiah ini...

Pada 5/10/2020 sebenarnya dah tamat hantar penyertaan. Saya baru perasan, tarikh hantar video dah tamat (1/10/2020) tetapi saya nekad berusaha supaya video mereka dapat dihantar. Saya whatsapp pihak penganjur supaya diberi kelonggaran. Alhamdulillah, pihak penganjur beri tempoh masa sehingga petang untuk saya hantar penyertaan. 

Balik kerja, saya ada urusan. Sampai di rumah, saya ada 2 jam lagi sebelum pukul 7.00 petang. Saya target nak hantar penyertaan sebelum pukul 7.00 petang. Tahu tak apa yg berlaku? Streamyx di rumah saya rosak. Saya terpaksa guna data internet yang buat hal juga pada hari itu. Dugaan betul hari itu, banyak kali juga video saya gagal dihantar sebab line slow. Banyak kali saya cuba.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya berjaya hantar 2 penyertaan video sebelum pukul 7.00 petang. Saya tawakkal je hari itu. Sebenarnya, syarat penyertaan 1 sekolah hantar 1 penyertaan, tetapi saya tak sampai hati nak hantar satu sebab ada 2 kumpulan yang buat video (ada kisahnya tetapi biarlah rahsia). Jadi, untuk adil, saya hantar dua-dua video. Apa-apa nak jadi, jadi la...

Hari ini, saya tak sangka dua-dua penyertaan sekolah saya diterima. Alhamdulillah, walaupun cuma hadiah saguhati. Saya puas hati. Lupa, saya guru yg diamanahkan untuk membimbing murid & menghantar penyertaan murid.

Saya tak akan lupa kisah pertandingan ini...

(Sekolah) Siapkan sijil pelaporan PBD

Hari ini saya datang ke sekolah.

Nak cetak dan selesaikan urusan sijil pelaporan PBD murid kelas saya. Murid Tahun 6.

Alhamdulillah, siap.

Banyak lagi kerja saya yang belum selesai di sekolah. Nanti, sambung lagi...

Sabtu, 21 November 2020

(Cerita) Beli paper cutter di Shopee

Ini barang yang saya beli di Shopee pada 11/11/2020.

Paper cutter untuk kegunaan kerja saya.

Ada paper cutter ni, senang sikit nak potong lembaran kerja murid.

Saya beli paper cutter di sini.

Walaupun sekarang sekolah dicutikan, barang ni saya boleh guna pada masa sekolah akan datang. Di sekolah ada benda ni, cuma saya nak benda ni ada juga di rumah :)

Jumaat, 13 November 2020

(Sekolah) Jadi Cikgu Pendidikan Seni Secara Maya

Jika Johor tak cuti sebab Red Zone Covid-19, jadual waktu baharu saya, saya kena ajar Pendidikan Seni Tahun 4. Disebabkan cuti Red Zone, lepas tu sambung cuti PKPB, saya cuba beri tugasan Pendidikan Seni di group whatsapp kelas. Saya tak sangka, respons murid sangat baik.

Antara hasil kerja murid membuat bunga gergasi. Maaf, saya tak pernah ajar mereka sebelum ini. Jadi, saya belum mengenali mereka.

Cuti PKPB bukan cuti duduk di rumah, tetapi bekerja dan belajar di rumah. Hari Jumaat & Sabtu la baru kami cuti.

Hari ini, barulah pagi-pagi boleh masak sarapan :)

Selasa, 10 November 2020

(Cerita) Saya suka agar-agar

Murah pulak Kristal Jeli di Econsave! Sebab murah, saya beli semua perisa.

Kristal Jeli Nona. Sekotak RM2.15 di Econsave sebab sedang promosi Deepavali.

Saya memang suka makan agar-agar ni. Makcik-makcik saya & kawan-kawan rapat saya memang dah masak dengan kesukaan saya ni. Jiran depan rumah saya pun tahu saya suka agar-agar.

Kadang-kadang, kalau hari raya atau ada majlis tertentu, makcik saya akan buatkan agar-agar sebab mereka tahu saya suka agar-agar :)

Ahad, 8 November 2020

(Sekolah) Google Form dan Quizizz

Assalamulaikum. Bermula 2 November 2020, sekolah saya antara sekolah yang terlibat ditutup kerana Zon Merah Covid 19. Esok hingga 17 Disember, sekolah akan terus ditutup ekoran Covid 19. Saya cuma nak cerita hikmah yang saya dapat apabila cuti PKP ni, saya mula belajar buat soalan kepada murid secara dalam talian menggunakan Google Form dan hari ini saya baru belajar buat Quizizz. Kalau tak disebabkan cuti PKP ni, mungkin saya belum tahu lagi buat benda ni..


Buat Quizizz ni lebih interaktif dan menarik.

Sebelum ini, saya beri latihan murid secara dalam talian menggunakan Google Form sahaja. Hari ini, saya cuba guna Quizizz dan saya sukakannya :)

Rabu, 4 November 2020

(Mi Casa) Buat label bahan-bahan dapur

Pagi yang hujan ni, saya manfaatkan dengan buat label bahan-bahan di dapur.

Marker dan pelekat ini saya beli di kedai Eco. Jimat banyak. Kalau beli pelekat yang siap dicetak, harganya lebih daripada ini.

Idea ni dah ramai orang buat. Saya baru nak buat :)

Selasa, 3 November 2020

(Kenangan) Lawatan Sekolah ke Singapura 2010

Ini gambar kenangan semasa saya mengikuti lawatan sekolah ke Singapura pada 2010.

Ini di Pulau Sentosa. Waktu ni, saya guna kamera Canon untuk rakam gambar.

Tersenyum sendiri tengok gambar ni. Hehehe...