label

Isnin, 31 Ogos 2020

(Sekolah) Menang Hadiah Utama Cabutan Bertuah Hari Ulang Tahun Perkahwinan Rakan

Alhamdulillah, ini cerita semalam. Rakan guru di sekolah saya, sepasang suami isteri meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka di bilik guru. Ada jamuan dan paling unik, ada cabutan bertuah. First time, saya jumpa sambutan ulang tahun perkahwinan seperti ini.

Dalam cabutan bertuah semalam, saya dapat hadiah utama. Dalam gambar ini, merekalah sepasang suami isteri yang meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Memang senyum besar saya semalam sebab dapat tempat pertama.

Ini hadiah yang saya dapat.

Alhamdulillah, saya dah ada akaun GAP Public Bank.

Terima kasih Allah. Terima kasih Ustaz Zuhrim dan Ustazah Sumayyah.

Jumaat, 28 Ogos 2020

(Makan) Hantu Takoyaki

Lihatlah takoyaki yang saya beli hari ini...

Hantu Takoyaki namanya...

15 biji RM10.00. Takoyaki campur, udang, sotong dan jejari ketam.

Saiznya besar...

Saya beli di gerai ini di Taman Pulai Indah.

Maklumat ini mungkin berguna untuk anda.

Alhamdulillah, puas hati.

Rabu, 26 Ogos 2020

(Sekolah) Jute bag saya

Saya pun beli jute bag ini...

Alhamdulillah, dah sampai hari ini. Nanti reben tu boleh buka.

Terima kasih kepada rakan guru yang menguruskan pesanan beg ini.

Ahad, 23 Ogos 2020

(Masak) Sampai satu masa, kita akan masak juga lauk macam ni...

Assalamualaikum. Saya baru selesai memasak untuk makan tengah hari.

Inilah lauk yang saya masak. 

Ikan selar masak singgang. Sebenarnya saya "kureng" makan ikan singgang ini, hari ini saya masak untuk emak.

Ikan selar goreng. Saya masih tak biasa siang ikan. Huhuhu...

Sayur peria tumis. 

Sebab dah selalu sangat masak lauk ayam, sampai satu masa kita akan masak lauk yang dulu emak kita biasa masak macam ni... 

Jumaat, 21 Ogos 2020

(Masak) Hari ini masak 4 menu

Hari ini saya banyak menghabiskan masa di dapur. Saya masak 4 menu dari sarapan hingga makan malam. Inilah 4 menu yang saya masak...

Pasta goreng, bubur nasi, nasi goreng dan nasi lemak. Ceritanya ada di bawah...

Sarapan, pasta goreng. Saya masak guna bahan-bahan yang ada di dapur.

Makan tengah hari, nasi goreng. Saya terpaksa masak nasi goreng sebab baki nasi semalam banyak lagi.

Permintaan khas, bubur nasi. Bubur ni untuk emak saya.

Makan malam, nasi lemak ayam goreng. Sepatutnya saya nak masak ni untuk tengah hari, tetapi disebabkan tengah hari dah masak nasi goreng, menu ni saya forward ke makan malam.

Saya letak di sini untuk dijadikan kenangan hari ini.

Isnin, 17 Ogos 2020

(Sekolah) Pelancaran Bulan Kebangsaan 2020

Pagi tadi diadakan pelancaran Bulan Kebangsaan di sekolah mengikut norma baharu.

Cikgu yang free waktu pagi sahaja yang berhimpun di dataran.

Murid-murid lain duduk dan dengar di dalam kelas sahaja.

Saya sebagai jurugambar pagi tadi.

2020 akan menjadi kenangan.

(Cerita) Hari pertama pembukaan Maslee Taman Molek

Hari ini hari pertama pembukaan Maslee Taman Molek. Saya tak nak melepaskan peluang untuk datang ke Maslee Taman Molek pada pukul 5.30 petang. Mana tahu dapat beli barang murah?

Inilah antara promosi hari ini...

Murah giler Hami Melon ni... Saya beli sebiji.

Saya beli kentang...

Ikan kerisinya segar. Saya beli ikan ni...

Ikan kembong pun segar. Saya pun beli ikan ni...

Saya beli sawi Jepun ni...

Saya beli bawang besar yang ni...

Saya beli kentang goreng ni...

Selesai beli barang dapur...

Banyak bunga di hadapan Maslee Taman Molek hari ini.

Maslee merupakan antara tempat saya beli barang dapur sebelum ini. Dah ada Maslee Taman Molek, dekat juga dengan rumah saya.

Sabtu, 15 Ogos 2020

(Masak) Sedaplah masak tom yam guna pes tom yam cap udang ni...

Cerita petang tadi, saya masak tom yam guna pes tom yam nombor satu paling sedap orang ramai kata.

Pes tom yam cap udang. Saya kirim kawan sekerja saya beli di Perlis waktu cuti raya haji yang lalu.

Saya setuju. Memang sedap masak tom yam guna pes ni. Rasanya lebih padu berbanding jenama lain.

Gunalah pes tom yam cap udang.

Emak saya makan dua kali tambah. Saya pun berselera makan petang tadi.

(Sekolah) Majlis Perpisahan, Hari Guru dan Sambutan Aidilfitri 2020

Hari ini ada majlis 3 dalam 1 di Savanna Hill.

Saya berada di Savanna Hill pagi tadi.

Majlis hari ini ialah majlis perpisahan 4 orang rakan guru, sambutan hari guru & sambutan Aidilfitri.

Menu hari ini, nasi arab.

Hari ini saya jadi AJK protokol. First time dapat tugas ni.

Ahad, 9 Ogos 2020

(Cerita) Hari ini hari berpeluh-peluh


Hari ini dari pagi (waktu sekolah) sehingga malam ini saya berpeluh-peluh.

Petang tadi, saya memasak di dapur pun peluhnya macam selepas berlari.

Sampai sekarang pun saya masih berpeluh. Selamat malam.

Sabtu, 8 Ogos 2020

(Cerita) Cuci gigi

Hari ini saya ada janji temu dengan doktor gigi. Saya nak cuci gigi atau istilahnya dipanggil scaling.

Selepas cuci gigi. Dah lama tak cuci gigi, doktor kata gigi saya banyak karang dan berlubang.

Saya cuci gigi di Klinik Pergigian Ukasyah.

Selepas ini, saya akan ke sini lagi untuk tampal gigi berlubang pula.

Jumaat, 7 Ogos 2020

(Sekolah) Waktu rehat norma baharu saya

Saya nak kongsi rutin waktu rehat saya di sekolah mengikut norma baharu. Setiap guru akan bungkus makanan di kantin dan makan di tempat duduk masing-masing. Sebab saya duduk di bilik guru, saya makan di bilik guru. Disebabkan rasa tidak puas makan di dalam bekas makanan, saya pun bawa pinggan sendiri. Rasanya lebih puas makan dan senang dicuci. Kalau bawa bekas makanan, saya malas nak cuci minyak di sudut-sudut bekas tu.

Ini makanan yang saya makan minggu semalam. Pinggan saya beli di Eco. Senang bawa pinggan sendiri.

Isnin 3/8/2020 - Lauk ayam masak merah & kacang panjang.

Selasa 4/8/2020 - Lauk ikan keli balado (kegemaran saya ni...)

Rabu 5/8/2020 - Lauk kari ayam dan sambal pedal.

Khamis 6/8/2020 - Lauk ayam masak cili padi dan kacang panjang.

Air kegemaran saya Milo ais. Kalau saya pergi kantin, saya cuma cakap air macam biasa, orang kantin dah tahu dah. Kebanyakan hari, saya makan pukul 11.30 pagi sebab waktu tu la saya banyak masa free. Waktu rehat pukul 10.00 pagi, saya terlibat duduk di kelas bersama murid. Setiap hari di sekolah, saya menjadi penonton murid-murid makan di dalam kelas. Saya tak pernah makan di dalam kelas bersama murid lagi sebab tidak selesa. Hehehe...

Setakat ini sahaja cerita waktu rehat saya. Bye!

(Mi Casa) Beli cobek

Saya saja je beli cobek ni. Rasa macam best je tengok orang buat sambal guna cobek.

Cobek. Di Indonesia, ramai orang buat sambal guna cobek. 

Harga cobek ni RM18.00. Sebelum guna cobek ni, kena rendam dan bersihkan dulu. Saya belum pernah cuba lagi benda ni... Nanti saya dah guna, saya update di blog.

Khamis, 6 Ogos 2020

(Cerita) Servis kereta norma baharu

Hari ini, selepas habis kerja, saya ke pusat servis kereta untuk servis kereta. Servis kereta pun ada norma baharu.

Janji temu saya pukul 2.00 petang. Pukul 2.00 petang baru boleh masuk pusat servis. Seperti biasa, orang tak ramai sebab penjarakan sosial.

3.30 baru kereta saya siap servis.

Bagus juga orang tak ramai dalam pusat servis kereta hari ini.

Rabu, 5 Ogos 2020

(Sekolah) Datang lewat gara-gara ini...

Saya tak akan lupakan peristiwa pagi tadi...

Jalan sesak kerana ada jalan yang ditutup kerana kerja-kerja menurap jalan. 

7.30 pagi saya sampai di sekolah. Alhamdulillah, waktu saya beritahu saya lewat dalam group whatsapp sekolah, ada cikgu yang whatsapp saya secara peribadi untuk relief kelas saya jika ada (sebenarnya tidak ada).

Sabtu, 1 Ogos 2020

(Cerita) Jualan murah Bath and Body Works

Hari ini ada jualan murah Bath and Body Works. Penjagaan badan hanya RM39.00 sahaja (harga asal RM78.00). Seawal pukul 11.00 pagi saya sampai di Southkey Megamall.

Saya berada di Bath and Body Works Southkey Megamall.

Datang awal, orang belum ramai lagi.

Perfume limited edition inipun harganya RM39.00.

Selesai beli. Jika anda beli 5 botol ke atas, dapat diskaun 10% lagi.

Saya nak simpan sini untuk rujukan. Parking hari cuti umum RM3.00 untuk 1 jam pertama dan tambahan RM1.00 bagi 1 jam seterusnya. Kalau hari biasa, RM2.00 untuk 1 jam pertama.

Kalau ada sale, datanglah awal pagi sebab orang tak ramai lagi.