label

Ahad, 19 April 2020

(Kenangan) Pas masuk dan tiket Sentosa, lawatan sekolah ke Singapura 2011

Saya jumpa lagi kenangan lama sewaktu mengemas rumah.

Pas masuk dan tiket Sentosa, lawatan sekolah ke Singapura 2011.

Pertama kali saya jejak kaki ke Singapura pada 18/10/2011. Itupun saya ikut lawatan sekolah ke sana.

(Kenangan) Pelekat motosikal IPTI

Selamat pagi. Waktu cuti PKP ni, antara aktiviti yang saya lakukan ialah mengemaskini tempat-tempat yang dah lama saya tak kemas. Waktu kemas sebuah almari ni, saya terjumpa balik ini...

Pelekat motosikal IPTI. 

Sedikit cerita tentang pelekat ini, saya menunggang motosikal sewaktu belajar di maktab dulu. Pelekat ini antara saksi kenangan saya menunggang motosikal ke maktab.

Isnin, 6 April 2020

(Resipi) Mi bandung guna pes Mak Pon cara saya

Selamat pagi. Pagi ini saya masak mi bandung guna pes mi bandung Mak Pon. Ceritanya, tahun lepas ada orang bagi pes mi bandung ni. Disebabkan tarikh expired pes tu hujung tahun ni, saya masak mi bandung pagi ini. 

Pertama kali saya masak mi bandung. Begini rupanya.

Saya share resipi mi bandung cara saya di bawah. Saya masak banyak untuk keluarga saya.

Resipi Mi bandung pes Mak Pon cara saya:

Bahan:
2 kg Mi kuning dicelur

Kuah:
1 pes mi bandung Mak Pon
10 biji lada kering
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
Garam
Gula
Air rebusan daging
Air
Minyak
Sos tiram 1 sudu
Isi ayam
Udang
Daging yang dah direbus & dihiris tebal.
Lobak
Sawi
Telur
4 biji keledek rebus dikisar

Cara-cara:
1. Kisar lada kering, bawang putih & bawang merah.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan daging (ikut selera).
5. Masukkan ayam dan daging.
6. Masukkan pes Mak Pon.
7. Masukkan air.
8. Masukkan lobak.
9. Masukkan udang.
10. Masukkan keledek kisar.
11. Masukkan garam & gula.
12. Masukkan sawi.
13. Pecahkan telur. Saya guna 3 biji.
14. Masak sehingga menggelegak pada kuah. 
15. Sajikan dengan mi kuning yang sudah dicelur.
Siap.

(Sukatan ikut citarasa)

Kalau ikut cara saya, dapat banyak kuahnya.

Rasanya sedap. Selamat mencuba!

Ahad, 5 April 2020

(Cerita) Cuba buat cecair sanitizer sendiri

Pagi tadi pergi Tesco, ada jual pun Dettol Multi Surface Cleaner. Benda ni memang saya cari sebab saya nak buat cecair sanitizer sendiri.

Cara saya buat sanitizer sendiri, satu penutup Dettol ni campur dengan 2 penutup air paip. Saya gunakan botol penyembur Febreeze saya yang dah habis. Kitar semula dan jimat duit.

Cecair sanitizer ni bukan guna untuk tangan tetapi untuk saya sembur pada barang2 saya dan pakaian saya selepas saya balik dari pasar. Boleh juga sembur pada kerusi kereta. Jimat banyak kan? 

Selamat mencuba!

(Cerita) Merasa beli petrol murah

Minggu ini minyak petrol Ron95 RM1.30 seliter. Murahnya...

Hari ini saya keluar beli barang dapur. Balik dari beli barang dapur, saya isi minyak kereta saya. RM30.00 dah penuh tangki minyak. Selalu saya isi RM50.00 untuk kegunaan biasa.

Alhamdulillah, dapat rasa beli petrol murah di waktu PKP ni. Sebelum cuti PKP, minyak kereta saya memang tinggal sikitpun. Jadi, saya rasa bertuah dapat beli minyak petrol murah minggu ni :)

Sabtu, 4 April 2020

(Cerita) Beli ubat gigi pada Jualan Hari Jadi Lazada

Pada 27/3/2020 ialah Jualan Murah Hari Jadi Lazada. Saya hanya beli ini sahaja di Lazada.

Ubat gigi Colgate 12 tube percuma berus gigi. ED kira2, harganya lebih murah daripada pasar raya.

Waktu ini, kena berjimat. Beli yang perlu sahaja.