label

Jumaat, 31 Ogos 2018

(Mi Casa) Beli Anodized Frying Wok di CJ Wow Shop

Saya share apa yg saya beli di blog bukan niat untuk nak menunjuk tetapi berkongsi maklumat. 

Minggu ini, kuali saya sampai. Saya beli kuali di CJ Wow Shop.

Saya beli Anodized Frying Wok 40cm.

Ini kualinya. Besar & bebas bahan kimia.

Disertakan dgn tempat pengukus & penyepit.

Dapat penutup sekali.

Ni yg best, dapat free lagi kuali ni.

Kuali ni pun dapat free. Kira berbaloi saya beli kuali besar dapat free 2 kuali tak melekat.

Ada yg tanya harga? Harga saya beli RM169 sebab ada offer 1 day special. Harga asal RM187.

Pengalaman saya beli di CJ Wow Shop ialah penghantarannya yg kemas & sistematik.


(Mi Casa) Renovate halaman belakang jadi dapur basah

Alhamdulillah, halaman belakang rumah saya selesai diubah suai menjadi dapur basah.

Dapur basah baharu saya.

Tempat masak saya.

Saya juga tambah paip & suis untuk letak mesin basuh.

Sebelum diubah suai, belakang rumah saya ni saya jadikan tempat bersantai. Disebabkan atas beberapa faktor tertentu, saya buat keputusan untuk jadikan halaman belakang ni sebagai dapur basah.

Bulan lepas & bulan ini, saya agak sibuk juga menguruskan proses pengubahsuaian rumah saya. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. 

Khamis, 30 Ogos 2018

(Makan) Durian D24 Crepe

Dah lama tak makan durian crepe.

Malam ini saya cuba durian d24 crepe.

Durian D24 crepe. 4 biji RM12.

Ya Allah, lazatnya tak tergambar dgn kata2. Berbaloi.

Sedap sangat durian crepe menggunakan isi durian D24 ni. Alhamdulillah.

Rabu, 29 Ogos 2018

(Sekolah) Sebelum balik, masak Maggi ayam

Sebelum balik kerja hari ini, saya masak Maggi ayam di bilik guru. Ada kawan request. Katanya teringin gara2 saya post gambar Maggi ayam 2 hari lepas.

Tara... Maggi Ayam siap!

Beginilah rupanya masak di microwave.

Jemput tengok!

Ahad, 26 Ogos 2018

(Mi Casa) Tukar kipas siling regulator di ruang tamu

Cerita semalam, selain saya tambah suis rumah, saya juga minta jiran saya tukarkan kipas siling rumah.

Saya tukar kepada kipas siling biasa yg guna regulator.

Regulator kipas siling. Saya beli kipas ni secara online di Shopee.

Sebelum ini, saya guna kipas yg ada remote jenama Deka.

Pengalaman saya guna kipas remote ni, dia tak tahan lama. Sampai masa, remote nya rosak & semakin perlahan pusingannya.

Di bilik saya, saya guna kipas siling biasa yg ada regulator nya & masih baik lagi sampai sekarang. Sebab tu saya buat keputusan, guna semua kipas siling biasa di rumah. Tiada lagi kipas remote control.


(Mi Casa) Tambah suis

Semalam saya minta tolong jiran saya wiring rumah saya. Saya tambah suis di semua tempat yg ada suis asas.

Ini suis di ruang tamu saya, saya tambah 4 lagi. Jadi, semua ada 5. Di setiap bilik, saya tambah 1 lagi suis.

Jiran saya cakap, jika banyak guna alat elektrik, lebih baik tambah suis daripada guna soket extension.

Alhamdulillah, jadi lepas ni, saya tak perlu guna soket extension di Mi Casa.

Sabtu, 25 Ogos 2018

(Makan) Mi Hot Plate Restoran Hot Plate

Cerita petang tadi...


Saya makan mi hot plate di Restoran Hot Plate Taman Universiti.

Portion nya banyak & tengok ada cendawan butang besar & 2 isi ayam. Mi dia memang banyak.

Harga sepinggan RM7.50.

Saya minum air bandung.

Inilah restorannya.

Sangat kenyang makan di sini sebab kuantiti makanan setimpal dgn harganya. Bye!

(Mi Casa) Jam meja rosak jangan dibuang

Lihat ni...

Jam meja saya yang dah rosak, saya inovasikan dengan jam dinding Ikea.

Saya sayang nak buang jam meja ni sebab kenangan saya dapat cabutan bertuah. Jadi, fikir punya fikir, saya letak penyangkut kedai RM2 di permukaan jam & saya gantung jam dinding Ikea saya pada permukaan tadi.

Inilah hasilnya.. Boleh la...

Jadi, jam meja saya yg dah rosak kembali berfungsi. Alhamdulillah.

Jumaat, 24 Ogos 2018

(Makan) Masak mi goreng tanpa tauge

Selamat pagi.

Pagi ini saya masak mi goreng untuk sarapan.

Mi goreng tanpa tauge.

Tauge saya dah busuk dalam peti sejuk sebab mungkin lama sangat tersimpan. Jadi, takde tauge dalam mi ni.

Saya jenis suka letak tauge dalam mi goreng. Bila takde tauge, rasa tak best pulak makan.

Lepas ni, masak mi goreng, kena letak tauge jugak.

Khamis, 23 Ogos 2018

(Lensa) Masjid Taman Impian Emas

Saya suka tangkap gambar pemandangan yg cantik. Inilah segmen baharu di blog saya, segmen Lensa. 

Gambar yg saya rakam menggunakan Huawei P9 saya petang tadi ialah Masjid Taman Impian Emas. Gambar di bawah ini tanpa edit tau!

Sebelum azan Maghrib.

Sewaktu azan Maghrib.

Selepas solat Maghrib.

Subhanallah, cantik langit petang ini.

(Mi Casa) Peti sejuk sampai

Peti sejuk yang saya beli di Tesco dah sampai.

Peti sejuk Samsung

Terima kasih Tesco hantarkan.

Dapat baucar Tesco RM100. Jadi, memang jimat.

Alhamdulillah.

Rabu, 22 Ogos 2018

(Makan) Menu Aidiladha 2018

Salam Aidiladha.

Ini menu raya haji di rumah saya pagi tadi..

Ketupat Adabi, rendang daging, ayam masak merah & sambal goreng.

Ayam masak merah.

Sambal goreng.

Semua ni mak saya masak.

Alhamdulillah. Selamat hari raya haji.

Selasa, 21 Ogos 2018

(Cerita) Tips rebus ketupat segera supaya cepat masak

Saya nak kongsi tips rebus ketupat segera supaya cepat masak jika guna periuk tekanan tinggi atau masak guna dapur gas..

Rendam dulu ketupat segeranya. Kalau pagi ni nak rebus, malam tadi dah boleh rendam biar beras kembang.

Selamat mencuba.

Isnin, 20 Ogos 2018

(Mi Casa) Beli peti sejuk

Alhamdulillah, jumpa pun peti sejuk offer.

Peti sejuk Samsung 220 liter, 2 pintu & freezernya besar. Dapat free baucar Tesco RM100. Bagi saya, berbaloi!

Rupa peti sejuk yg saya beli.

Beli sikit2 barang untuk Mi Casa. Nak beli peti sejuk ni pun, saya kena kumpul duit juga sebelum ni. Jumpa yg murah & sesuai, baru beli.

Ahad, 19 Ogos 2018

(Cerita) Duit tol pengantin Johor

Uniknya pengantin di Johor, jika pengantin perempuannya dari Johor, pihak pengantin lelaki perlu memberikan duit tol. Ini antara adat suka-suka di Johor.

Saya dapat duit tol.

Hari ini saya menghadiri majlis kahwin sepupu saya. Selamat pengantin baharu!

Sabtu, 18 Ogos 2018

(Makan) Masak spageti

Selamat pagi.

Rasa dah lama tak masak. Pagi ni saya nak masak untuk sarapan.

Ini dia, spageti. Saya guna sos spageti Kimball.

Jemput makan!

Kalau masak sendiri, boleh tambah banyak kali. Hehe...

Jumaat, 17 Ogos 2018

(Sekolah) Kelas Tambahan Cuti Sekolah 2018

Cerita pagi tadi..

Tahun ni, ini kali pertama kelas tambahan cuti sekolah diadakan.

Kita sarapan dulu..



Mi sedap!

Alhamdulillah, ramai murid hadir hari ini.

Semoga bermanfaat.

UPSR semakin dirasai.