label

Jumaat, 30 Mac 2018

(Cerita) Beli Dexma Vacuum Cleaner di Lazada

Semalam saya terima vakum yg saya beli di Lazada.


Dexma Vacuum Cleaner.

Saya beli waktu promosi. Jimat kan?

Saya beli vakum ni untuk vakum kereta saya.

Kecil, ringan & mudah untuk digunakan. Sedutannya juga kuat.

Saya share di blog ni untuk berkongsi cerita. Mana tahu boleh beri idea kepada korang untuk beli barang seperti yg saya beli.

(Masak) Spageti ayam

Selamat pagi...

Pagi ni, saya masak spageti ayam untuk sarapan. Adik-adik & mak saya request. Hehehe...

Isi ayam saya potong besar sikit supaya lebih tergigit bila makan. Sos spageti ni, saya guna sos spageti cendawan Kimball.

Waktu cuti macam ni, boleh la masuk dapur...

Rabu, 28 Mac 2018

(Sekolah) Latihan Bicara Berirama 2018 bermula, patah bangku

Latihan bicara berirama 2018 bermula hari ini.

Alhamdulillah, dapat murid2 yg sporting.

Kegigihan...

Sampai patah bangku tadi.. Punyalah semangat mereka berlatih hari ini.

Semoga dipermudahkan urusan kami.

(Cerita) Gastrik

Gastrik datang lagi.

Mujur, di rumah ada Gaviscon lagi.

Di sekolah hari ini makan lewat. Mungkin salah 1 sebab juga. Rasanya guru2 faham kot jadual guru yg kadang2 tak tentu masa.

Isnin, 26 Mac 2018

(Cerita) 10 sen je!

Selesai isi efiling (cukai pendapatan).

10 sen je saya dapat daripada lebihan bayaran tahun taksiran 2017.

Tak apalah, yang penting saya telus & tidak menyusahkan saya kemudian hari.

Ahad, 25 Mac 2018

(Makan) Rangka ayam goreng rangup

Selamat pagi.

Selepas cuci kereta sendiri tadi, saya berehat sekejap sambil makan ini...

Rangka ayam goreng rangup. Beli di pasar minggu.

Sedap memang sedap tetapi tak boleh makan selalu. Tinggi kolesterol rangka ayam goreng ni..

Setiap pagi Ahad, di tempat saya ada pasar minggu. Sebab tu pagi2 hari dah boleh makan rangka ayam goreng ni..

Sabtu, 24 Mac 2018

(Makan) Kuih Bom Sambal Kacang

Sarapan saya pagi ini di kampung..

Kuih bom letak sambal kacang & teh tarik. Popular kuih bom ni di sini. Harga 4 biji RM1.00.

Seronok makan bersila beramai2 di atas lantai.

(Aktiviti) Balik ke kampung

Assalamualaikum. Selamat pagi. Malam tadi saya balik ke kampung.

Saya berada di kampung. Gambar ni saya ambil live 6.45 pagi di halaman kampung.

Lagi 1 nak share, di kampung saya dah ada capaian unifi. Best2..

Jumaat, 23 Mac 2018

(Makan) Roti Canai Man Tebar Kg. Melayu

6.45 pagi tadi, saya & adik saya gigih pergi ke sini...

Gerai Roti Canai Man Tebar, Kg. Melayu. Di sini tempat roti canai paling sedap & paling laris di JB.

Roti canai Man Tebar, sekeping RM1 tetapi saiznya besar.

Tengok ni.. Roti canainya lembut & tak banyak minyak.

Kari & sambal tumisnya pun sedap.

Saya share location. Dekat2 dgn dewan Kg. Melayu.

Alhamdulillah, saya dah selesai sarapan roti canai. Puas hati!

Rabu, 21 Mac 2018

(Makan) Masak roti telur untuk sarapan

Pagi ni saya masak roti telur untuk sarapan. Dah lama tak masak roti telur ni.

Saya suka roti telur yg garing & kecoklatan macam ni..

Selamat bersarapan!

Makan dengan sos & mayonis, sedap ui!!

(Video) Jom bersenam!

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Saya nak share video saya bersenam di Pantai Air Papan semalam.


Selamat bersenam!

Selasa, 20 Mac 2018

(Makan) Nasi Ayam Baser Kota Tinggi

Balik dari Pantai Air Papan, kami singgah di Restoran Baser, Kota Tinggi.

Saya nak makan nasi ayam Baser. Sepinggan RM7.00 belum termasuk GST.

Nasinya sedap!

Minum, saya pilih sirap limau ais.

Dah lama tak ke sini, hari ini kembali makan di sini.

Ramai orang makan di sini. Mungkin sebab rasa nasi ayamnya yg asli.

(Aktiviti) Mandi di Pantai Air Papan

Pagi tadi, saya sekeluarga ke Pantai Air Papan untuk berkelah & mandi-manda. Saya suka mandi di pantai ini.

Sampai2 je, saya terus main buai bawah pokok.

Main buai dulu...

Alhamdulillah, hari ini tak ramai orang.

Pantai Air Papan.

Panas terik!

Video saya masuk ke dalam air.

Jom mandi pantai!

Puas mandi...

Tara.... dah siap bilas! Mandi caj RM1.50.

Cuaca panas bak ang!

Dah, jom balik.

Alhamdulillah, tak sunburn.

Balik ke rumah, saya singgah beli keropok lekor & keropok ikan kering. Saya memang sengaja pergi pada hari ini supaya tak ramai orang.

Isnin, 19 Mac 2018

(Mi Casa) Pokok pisang dan nangka dah berbuah

Ingatkan cuti sekolah nak tebang pokok pisang & pokok nangka depan rumah saya... Sekali datang tengok..

Pokok pisang saya dah berbuah.

Pokok nangka pun dah berbuah. 3 biji lagi..

Alamatnya, kena tunggu lagi la... Saya nak tebang pokok2 depan rumah sebab nak simen tanah depan rumah ni.

(Video) Jom bersenam

Selamat pagi.



Video semalam di Tasik Biru.

Mendaki bukit merupakan salah satu senaman juga.

Ahad, 18 Mac 2018

(Makan) Nasi Ayam Penyet Restoran Bibik

Nasi ayam penyet kegemaran saya..

Nasi Ayam Penyet Restoran Bibik. Harga sepinggan RM7.00.

Selepas balik dari Tasik Biru petang tadi, saya singgah di Restoran Bibik di Taman Universiti untuk makan tengah hari yg dah lewat.

(Aktiviti) Mendaki Tasik Biru Kangkar Pulai - Part Akhir

Ini part akhir cerita saya di Tasik Biru pagi tadi...

Jom kita balik. Ada naik bukit lagi..

Penat wei..

Boleh tahan juga mencabar nak keluar balik ni..

Waktu balik, jumpa lagi tasik biru ni..

Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik.

Selepas balik, singgah beli air kelapa gula melaka. Saya punya 2 bungkus sebab haus giler..

Saya pergi sini dengan siapa?

Saya pergi di sini dengan adik2 saya.


Saya naik bukit pukul 9.00 pagi & keluar balik pukul 12.00 tengah hari. Saya berhenti rehat juga sebab kepenatan.

Rekod kesihatan di telefon pintar saya.

Bye!!