label

Rabu, 28 Februari 2018

(Sekolah) Jadi juri pertandingan persembahan Maulidur Rasul 2018

Semalam dan hari ini, saya dipilih untuk menjadi juri bagi pertandingan persembahan murid sempena Maulidur Rasul 2018 esok.

Bersama rakan guru

Pertandingan yg diadakan ialah nasyid, bicara berirama, dikir barat & banyak lagi..

Dikir barat

Bicara berirama

Nasyid

Lakonan

Esok pengumuman pemenang. 

(Cerita) Hati-hati guna cawan kedai RM2

Ya Allah, kejadian tadi..

Saya nak bancuh air Milo dalam cawan, sekali je bila angkat, tapak cawan tersebut tertanggal lalu jatuh ke lantai. Habis kaki saya kena air panas tetapi tak teruk.

Takde rezeki, air Milo jatuh selepas tapak cawan saya tertanggal dari badannya.

Buat pengetahuan semua, cawan tu saya beli di kedai RM2. Nama pun cawan RM2.. Tak sangka pulak kualitinya macam tu. Bahaya wo.... 

Buat pengajaran semua.

(Sekolah) Kenapa awak tengok saya macam tu?

Saya dah perasan lama dah..

Ada seorang murid lelaki darjah 4 ni suka tengok saya lama2 dan buat muka semacam. Bukan perasan tetapi dah banyak kali. Kalau waktu dia berjalan, dia sanggup tengok saya dan toleh ke belakang untuk tengok saya lama2. Mukanya senyum tidak, takutpun tidak.

Hari ini waktu kokurikulum, dia tengok saya lagi tak berkedip2 matanya dan mulutnya macam nak senyum, macam tak nak senyum. Lupa, murid tu kecil molek dan pendiam. Waktu dia dah melepasi saya, dia toleh lagi ke belakang dan matanya tengok je mata saya.

Saya tak puas hati, saya terus tanya, "kenapa awak tengok saya macam tu?" Agak2 apa jawapan murid tu?



Gambaran cara murid tu tengok saya...


Murid tu tak cakap apapun. Dia senyum sedikit lalu pergi... Pelik pelik....

Selasa, 27 Februari 2018

(Makan) Tapai ubi

Malam ini saya makan tapai ubi.

Tapai ubi. Beli di pasar malam Kulai.

Saya lebih suka tapai ubi berbanding pulut. Bye!

Isnin, 26 Februari 2018

(Sekolah) Kerja-kerja mengemaskini fail data

Hari ini di sekolah...


Saya  sibuk melakukan kerja-kerja mengemaskini fail data. Minggu depan ada pegawai PPD nak datang pantau.

Ahad, 25 Februari 2018

(Cerita) Beli Speaker Audiobox BBX500 di Shopee

Minggu lepas, saya beli Speaker Audiobox BBX500 di Shopee.

Speaker Audiobox BBX500. Beli di Shopee murah sikit & free postage.

Hari ini speaker saya dah sampai. Alhamdulillah puas hati.

Dapat percuma mikrofon.


Bunyi speaker ini..

Saya beli speaker ni untuk pengajaran & didik hibuer BM dalam kelas. Selain itu, amat berguna di sekolah untuk bercakap dengan murid yg ramai.

(Makan) Kek Pandan Gula Melaka Dengan Swiss Meringue Buttercream

Panjang betul nama kek ni...

Kek Pandan Gula Melaka Dengan Swiss Meringue Buttercream

Lihatlah lelehan gula melaka di atas kek ini

Aroma pandannya membangkitkan selera!

Saya beli dengan cikgu di sekolah saya. Beliau memang suka buat kek.

Sabtu, 24 Februari 2018

(Cerita) Kelebihan jika datang ke majlis perkahwinan awal

Saya baru balik dari majlis perkahwinan anak rakan sekerja saya. Saya saja datang awal atas sebab2 tertentu.

Majlis perkahwinan di dalam dewan serbaguna Desa Cemerlang.

Kalau datang majlis perkahwinan awal, senang cari parking, orang tak ramai & makanan masih panas & banyak lagi.

Saya akan datang waktu pengantin bersanding jika pengantin itu rakan saya. Hehehe ...

Jumaat, 23 Februari 2018

(Cerita) Gara-gara mimpi...

Alamak, hari ini saya baru perasan kaki saya luka bercalar!

Maaf, tunjuk gambar kaki..

Baru teringat, bangun tidur kelmarin saya bermimpi yg membuatkan saya terkejut lalu kaki saya menendang kaki kipas. Waktu kaki saya menendang kaki kipas, saya ingatkan saya masih dalam mimpi, jadi saya tidur balik. Tak sangka, rupa2nya memang kaki saya luka sebab tertendang kaki kipas. Huhuhu...

Lepas ni tidur, kena hati2.. Lupa la mimpi tentang apa, yg pasti saya terkejut sampai kaki sekali bergerak.

(Makan) Makan mi rebus, teringat waktu tingkatan enam

Balik dari pasar pagi tadi, saya singgah bungkus mi rebus Haji Wahid di Smart.

Mi rebus Hj. Wahid

Kuahnya pekat likat..

Sedap!

Setiap kali makan mi rebus, saya teringat waktu saya di tingkatan 6. Dulu waktu saya Tingkatan 6, hampir setiap hari saya makan mi rebus pada waktu rehat. Sampai mak cik kantin dah tahu, kalau nampak saya, dia terus ambil mi rebus. Dulu semangkuk mi rebus harganya RM1.20.

Khamis, 22 Februari 2018

(Sekolah) Bengkel Data 2 2018

Hari ini saya terlibat bengkel data kali kedua pada tahun ini.

Lokasi bengkel di SMK Taman Megah Ria

Panas terik hari ini tetapi ada berita baik yg diterima demi kebajikan guru data. Alhamdulillah.

Rabu, 21 Februari 2018

(Cerita) Murid ajak bercuti

Saya nak share mesej di instagram saya hari ini...

Ada seorang murid darjah 4 minta saya bawa dia bercuti pada waktu cuti sekolah.


Petikan perbualan saya dgn dia.

Saya beritahu dia baik2, kalau nak bercuti dgn guru2, boleh join lawatan sekolah. 

Tak sangka, murid ni berani mesej saya di instagram tanya tentang bercuti.

(Makan) Ayam gunting pasar malam

Dah lama tak makan ayam gunting. Tadi ke pasar malam jap semata2 nak beli ayam gunting.

Ayam gunting pasar malam.

Alhamdulillah. Sedap & kenyang.

Selasa, 20 Februari 2018

(Cerita) Dah dapat kad ahli Ikea

Saya dah terima kad ahli Ikea.

Kad Ikea saya

Saya suka pergi ke Ikea untuk tengok promosi barang2 dapurnya :)

Isnin, 19 Februari 2018

(Cerita) Butik Sangkapuri Project, temankan adik

Antara tempat yg saya pergi selepas Maghrib tadi..

Butik Sangkapuri Project, baru 3 hari dibuka di BBU. Saya temankan adik perempuan saya beli baju & seluar di sini.

Ada sale sekarang ni!

Sebab baru 3 hari dibuka, papan tanda butik belum ada lagi. Butik ni terletak sebaris Kamdar & di atas butik La Grandeur.

(Cerita) Bersiar-siar di petang hari

Walaupun esok pagi dah mula sekolah, petang tadi saya sempat berjalan-jalan.

Subhanallah, langit petang tadi.

Saya pergi ke mana? Jalan2 di sekitar Bandar Baru Uda sahaja.

(Makan) Pizza Hut

Malam ini saya tapau Pizza Hut. 

Pizza ayam BBQ

Pizza Hawaian Chicken

Makan pizza malam ni. Esok dah start kerja. Selamat kembali ke sekolah semua.

Ahad, 18 Februari 2018

(Cerita) Beralih kepada susu Anlene coklat campur oat

Selepas susu Omega saya habis, saya beralih kepada susu Anlene coklat pulak. Biasanya malam saya bancuh susu sebelum tidur.

Susu Anlene coklat campur oat.

Rasanya sedap dan berlemak (tapi bukan lemak).

Susu Anlene untuk tulang saya & oat untuk turunkan kolesterol saya. InsyaAllah.

Jumaat, 16 Februari 2018

(Makan) Ketupat Rendang Tahun Baharu Cina

Hari ini mak saya masak menu raya...

Ketupat, rendang daging & serunding.

Rendang daging mak..

Jemput makan..

Sebab waktu cuti ni, semua adik beradik saya ada di rumah, maka mak saya pun masak istimewa sikit hari ini. Alhamdulillah.

(Makan) Maggi Tom Yam sebelum Solat Jumaat

Sebelum Solat Jumaat, saya sempat masak Maggi Tom Yam...

Maggi Tom Yam

Letak udang, sosej & daging, memang terbaik rasanya...


Video masak tadi.

Jemput makan!

Alhamdulillah, sedap!

(Kenangan) LDP 2010

Kenangan suasana LDP pada tahun 2010 di bilik mesyuarat. 
























Saya masih simpan lagi gambar ni.. Tu yang share untuk tatapan kawan2 lama atau kawan yang sekarang.