label

Ahad, 30 Disember 2018

(Sekolah) Ambil daun pandan di sekolah

Daun pandan di sekolah saya.


Kalau saya nak guna daun pandan, saya ambil di sekolah sahaja.

(Sekolah) Petik jambu air di sekolah

Balik sekolah tadi, saya ternampak buah jambu air yg masak ranum di kawasan sekolah saya. Jadi, saya pun singgah untuk memetiknya.

Ini buah jambu airnya.

Pokoknya rendang.

Pokok jambu air di dalam kawasan sekolah saya.

Alhamdulillah, sedap!

Saya ambil dah minta izin tukang kebun tau!

(Lensa) Awan pagi yang cantik

Gambar awan pagi tadi di sekolah saya.

Subhanallah.

Cantik kan?

(Cerita) Harga KFC dah termasuk GST sekali

Kecoh di media sosial harga KFC naik harga. Semalam saya beli snack plate KFC.

Harga snack plate waktu lunch hour RM14.30, bukan lunch hour RM15.30.

Harga tersebut dah termasuk GST. Jadi, bagi saya, masih okey lagilah. 

(Cerita) Festival Kraf Johor 2018

Semalam saya ke sini juga...

Festival Kraf Johor 2018 di Plaza Angsana.

Pelbagai kraf dijual di sini.

Saya nak beli ini je...

Labu sayong

Dan claypot ni...

Seronok datang ke sini. Lagi2 kalau seseorang tu minat seni dan kraf.

(Cerita) Beli buku teks di Badan Cemerlang Plaza Angsana

Semalam saya 
buku teks di Badan Cemerlang Plaza Angsana.

Buku teks yg saya beli. 

Banyak lagi stok buku teks di sini.

Senang ada buku teks sendiri. Kalau tak guna, boleh dijadikan kenangan.

Sabtu, 29 Disember 2018

(Video) Bucida Garden Steamboat

Ini video saya di Bucida Garden Steamboat semalam...


Berbaloi!

(Makan) Bucida Garden Steamboat

Malam semalam saya makan steamboat di sini...

Bucida Garden Steamboat, Seri Alam.

Kita makan dulu. Harga RM24 per kepala dewasa.

Daging lembu dgn kambing dia sedap!

Keju mozarela ada tau! Ambillah nak banyak mana pun...

Antara pencicah, sambal kacang, kicap cili & sambal lada merah.

Favourite saya, makan aiskrim letak buah kabung.

Saya makan dengan keluarga saya.

Sesekali berkumpul makan di luar.

Okelah, bye!

(Review) Pau mini Tesco

Selamat pagi. Saya nak cuba ni...

Pau mini Tesco. First time cuba ni.

Kita letak di pengukus.

Kukuskan.

Siap!

Betul2 lembut & sedap. Paling sedap perisa kacang merah yg warna merah tu. Putih dgn hijau tu inti kaya.

Serius, lembut & sedap. Patutlah saya pernah tengok, ada orang beli banyak pau ni di hari raya. Mungkin dia jamu tetamu dgn pau ni.

Boleh beli lagi nanti. Saya beli semalam waktu offer harganya RM5.99 (18 biji) semestinya di Tesco.

Jumaat, 28 Disember 2018

(Info) Hantar murid dengan kereta jenis sedan, bukan jenis MPV

Semalam ada LDP tentang undang-undang di sekolah.

Pegawai PPD yg beri taklimat.

Dalam banyak2 point yg disampaikan, saya tertarik dgn 1 info yg baru saya tahu semalam.

Jika guru menghantar murid ke pertandingan tertentu dgn menggunakan kereta sendiri, mengikut SOP mestilah:

1. Mendapat persetujuan ketua jabatan.
2. Kereta cikgu mestilah mempunyai bonet belakang (jenis sedan), bukan MPV macam kereta Alza.
3. Kereta cikgu mestilah mempunyai dokumen yg lengkap.

Jadi, guru2 yg menggunakan MPV tak boleh hantar murid dengan kenderaan mereka. Mungkin bahaya jika berlaku apa2.

Khamis, 27 Disember 2018

(Sekolah) KP BM

Saya masih belum move on lagi dengan tugas lama saya. Hari ini saya sebagai KP BM baharu bantu sampaikan hadiah kpd mantan GPK Koko sekolah saya yg bertugas di sekolah baharu.


Masih kekok lagi dengan tugas baharu ini.

(Sekolah) Kembali semula ke bilik guru

Alhamdulillah, tahun 2019 saya ditempatkan di bilik guru semula sebab saya bukan guru data lagi.

Tempat saya di bilik guru.

Seronok dapat duduk di bilik guru balik.

4.30 petang saya balik hari ini sebab tolong kemas bilik guru.

Rabu, 26 Disember 2018

(Sekolah) Tugas 2019

Hari ini saya mula bermesyuarat di sekolah untuk sesi 2019.

Berikut tugas saya tahun depan..

1. Setiausaha Buku Pengurusan (baharu)
2. Ketua Panitia BM (baharu)
3. AJK Pembangunan Keselamatan Sekolah (baharu)
4. Ketua Rumah Sukan Merah
5. AJK Kelab Badminton
6. AJK Persatuan BM
7. AJK Pengakap

Saya dah tak jadi guru data lagi.

Saya kurang sihat & selesema hari ini. Inipun waktu balik baru ambil gambar. Tak terfikir nak ambil gambar waktu mesyuarat.

Semoga dipermudahkan urusan.

Ahad, 23 Disember 2018

(Cerita) Dua biskut ini yang saya suka beli di kedai Eco

Saya antara orang yang suka beli di kedai Eco. Dua biskut ini yang saya suka beli di kedai Eco.

Biskut Gery Dark Chocolatos. Padu rasa coklat dia!

Biskut Munchys Captain Munch. Sedap la biskut ni. Dekat kedai lain tak dapat harga RM2.10.

Itu je saya nak share.

Jumaat, 21 Disember 2018

(Video) Hari ketiga di Langkawi

Jom tengok video hari ketiga saya di Langkawi yg sempat saya rakam. Hari ketiga, saya dah bertolak balik ke JB tetapi singgah dulu di Padang Besar & Seberang Jaya, Pulau Pinang.





Terima kasih kerana menonton.

(Video) Hari kedua di Langkawi

Jom tengok video hari kedua saya di Langkawi yg sempat saya rakam.


Part 1


Part 2


Part 3

Terima kasih kerana menonton.

(Video) Hari pertama di Langkawi

Jom tengok video hari pertama saya di Langkawi yg sempat saya rakam.



Terima kasih kerana menonton.

Khamis, 20 Disember 2018

(Mi Casa) Pengering rambut Philips Dry Care

Saya beli dah lama benda ni tetapi baru hari ini guna..

Pengering rambut Philips Dry Care. Saya beli di Tesco, waktu tu offer dalam RM38 harganya.

Simple & mudah guna. Saya beli untuk menghilangkan masalah kelemumur di kulit kepala.

Selepas hair dryers. Tak boleh pakai selalu, nanti rambut rosak.

(Makan) Indomie goreng

Sarapan saya pagi tadi..

Indomie goreng. Saya masak macam masak mi goreng.

Jemput makan.

Alhamdulillah. Sedap!

Rabu, 19 Disember 2018

(Mi Casa) Beli kuali batu marble Mr. Diy

Akibat terpengaruh dgn viral, saya beli juga kuali batu marble Mr. Diy ni. Ramai yg cakap bagus.

Kuali batu marble Mr. Diy. Harga RM69.00. Okelah, besar juga.

Begini rupa kualinya.

Siap dapat penutupnya.

First time guna, saya masak pancake.

Pancake Adabi.

Best juga pakai kuali ni. Tak melekat.