label

Sabtu, 31 Disember 2016

(Aktiviti) Bermain gelongsor air di Austin Heights Water and Adventure Park

Selepas melompat di trampolin Jump Street, kami pergi ke water park Austin Heights Water and Adventure Park.

Kami berada di water park atau taman tema air.

Aktiviti pertama kami, bermain gelongsor ini.


Video kami bermain gelongsor air yang ini.


Video saya bermain gelongsor air. 

Best!

Ini kolam renang di Austin Heights Water and Adventure Park.

Lagi pemandangan di kolam renang Austin Heights Water and Adventure Park.

Kami meneruskan perjalanan ke gelongsor air terbesar di sini.

Lihat ni..


Gelongsor air terbesar di Austin Heights Water and Adventure Park.

Gelongsor air terbesar di Austin Heights Water and Adventure Park.

Kami sudah bersedia untuk mencubanya.

Aduh, lajunya.. Saya rasa ini kali pertama dan terakhir cuba gelongsor air ni..

Vuvuzuela.

Vuvuzuela.


Video adik dan kawan saya bermain vuvuzuela.

Ya Allah, rasa nak tercabut jantung main ni. Cukuplah sekali..

Bergambar di kolam renang sebelum balik.


Main air jap..

Selesai. Hari pun dah petang dan cuaca pun dah gelap.

Kami beli tiket masuk untuk 3 aktiviti di Austin Heights Water and Adventure Park ialah RM50.00 kerana promosi untuk guru. Best kan? Oke tamat dah cerita saya dan kawan-kawan di Austin Heights Water and Adventure Park. 

Esok kembali bertugas di sekolah untuk sesi 2017.

(Aktiviti) Lompat trampolin kali kedua di Austin Heights Water and Adventure Park.

Selepas bermain Adventure Park, kami ke stesen Jump Street untuk lompat trampolin di Austin Heights Water and Adventure Park.

Jom ke stesen seterusnya..

Di Jump Street Austin Heights Water and Adventure Park.

Nak tunjuk pas masuk Austin Heights Water and Adventure Park dan pas masuk Jump Street.

Trampolin. Lompatlah puas2 selama sejam.


Video kami melompat di trampolin.


Video saya melompat di trampolin.

Trampolin macam ni pun ada.

Selesai bermain trampolin, kami akan bermain gelongsor air di Water Park pulak. Bersambung...

Jumpa lagi.

(Aktiviti) Cuba Adventure Park di Austin Heights Water and Adventure Park

Hari ini saya dan kawan2 pergi ke Austin Heights Water and Adventure Park buat kali kedua. Ada beberapa aktiviti yang kami lakukan di sini hari ini.

Di pintu masuk Austin Heights Water and Adventure Park

Saya dan kawan sekerja

Sewa locker, sehari RM40.00 saiz besar (boleh share dengan kawan2). Kalau locker saiz kecil, RM20.00 sehari.

Aktiviti pertama, kami bermain Adventure Park.

Adventure Park ada 2 tempat, indoor dan outdoor. Outdoor lebih mencabar.

Sebelum bermula, kami diberikan taklimat ringkas oleh staf di sini.

Tempat bermula dan berehat.

Saya main satu pusingan je.. Gayat. Hehe..

Walaupun 1 pusimgan, sekurang2nya telah mencuba.

Selepas ini, saya akan kongsi aktiviti melompat di trampolin di Austin Heights Water and Adventure Park buat kali kedua. Bersambung...

Jumpa lagi.

Jumaat, 30 Disember 2016

(Sekolah) Buku RPH dah siap

Buku RPH dah siap diisi dan poket RPT pun dah buat.

Buku RPH saya.

Siapkan awal sebab esok saya ada program dengan kawan2. Ahad dah sekolah kan?

Jumpa lagi.

(Kenangan) Jumlah masa mengajar dari 2010 hingga 2016

Nak ingat balik, jumlah masa mengajar saya di sekolah dari 2010 hingga 2016.

Contoh jadual waktu kelas saya pada tahun lepas

2010: 32 masa
2011: 32 masa
2012: 32 masa
2013: 32 masa
2014: 32 masa
2015: 32 masa
2016: 22 masa

Tahun ini saya 22 masa sebab jadi guru data. Tahun depan, tak tahu lagi..

Jumpa lagi.

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Moral Tahun 5 KSSR

Saya nak share Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Moral Tahun 5 KSSR yang dibuat oleh guru-guru di PPD Pasir Gudang.


Klik: 


Semoga bermanfaat.

Khamis, 29 Disember 2016

(Download) Dokumen lengkap guru Tahun 1 hingga Tahun 6 KSSR

Saya kongsi daripada Sumber Pendidikan:


Semua bahan untuk memulakan persekolahan di 2017.

Cuba kongsikan kepada rakan guru anda. In sha Allah bermanfaat dan mudah.
Koleksi RPT Tahun 1 hingga Tahun 6 2017 pelbagai subjek
https://goo.gl/4Y0XAs

Pelaporan tahun 1 hingga tahun 6 2017 pelbagai subjek
https://goo.gl/Afml7W

DSKP Tahun 1 hingga Tahun 6
https://goo.gl/j8z0dy

DSKP KSSM 2017
Tingkatan 1 - https://goo.gl/O2lDOY

Bahan serba lengkap guru penasihat kokurikulum dari Jemaah Nazir
https://goo.gl/Db4Yl7

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 2
Bahagian 1 - https://goo.gl/tU9sKO
Bahagian 2 - https://goo.gl/TR425i

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 3
Bahagian 1 - https://goo.gl/9gVApR
Bahagian 2 -  https://goo.gl/CVcf6N


(Sekolah) Hari pendaftaran murid sesi 2017

Hari ini hari pendaftaran murid bagi sesi persekolahan 2017.

Tugas saya hari ini sebagai jurugambar.

Pendaftaran murid diadakan di dewan terbuka.

Takde orang, bergambar dulu dengan kawan2.

Bergambar dengan bekas murid, Adriana dan Sania. Mereka adik beradik.

Selesai hari pendaftaran, saya membantu memasang tikar getah bilik darjah Abad ke 21.

Macam biasa, selesai pasang tikar getah, bergambar kenangan.

Selesai hari pendaftaran, Ahad sudah bertugas kembali di sekolah. 

Jumpa lagi.

Rabu, 28 Disember 2016

(BM) Kata kerja bunyi binatang

Bunyi binatang dalam Bahasa Melayu.

Sumber: facebook

Kadang2, boleh lupa bunyi binatang ni..

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 6 KSSR

Saya nak berkongsi Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 6 KSSR yang telah dibuat bersama dengan guru-guru PPD Pasir Gudang.



Klik: Download

Semoga bermanfaat.

(Sekolah) Tugas 2017

Berikut tugasan saya untuk sesi persekolahan 2017.

1. Guru data
2. Guru BM 6 tahun 6
3. Ketua guru pengawas (baharu)
4. Guru Pengakap
5. Guru Kelab SPBT
6. Guru badminton (baharu)
7. Ketua guru rumah merah

Selamat tinggal jawatan guru spbt dan guru bola tampar.

Buku RPH untuk tahun 2017


Buku pengurusan 2017.

Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah. 

Jumpa lagi.

Selasa, 27 Disember 2016

(BM) Menulis nama penuh orang Melayu dan India dengan betul

Begini cara menulis nama penuh orang Melayu dan India dengan tatabahasa yg betul.

Saya bergambar dengan murid Melayu dan India di sekolah.

Penggunaan "Noktah Penanda Singkatan" 

1. Nor Azizi bin Mohd. Isa (BETUL)
2. Nor Azizi b. Mohd. Isa (BETUL)
3. Nor Azizi Bin Mohd. Isa (SALAH)
4. Nor Azizi B. Mohd. Isa (SALAH)
5. Nor Azizi B. Mohd Isa (SALAH)

1. Ramasamy a.l. Kandiah (BETUL)
2. Ramasamy A.L. Kandiah (SALAH)
3. Ramasamy a/l Kandiah (SALAH)
4. Ramasamy A/L Kandiah (SALAH)

Tanda garis miring untuk kes di atas sebenarnya mewakil maksud  "dan"  &  "atau".

Jadi, bacaan untuk nama
Ramasamy a/l Kandiah 
ialah
Ramasamy anak dan @ atau lelaki Kandiah.

Jadi, jangan lupa praktikkan. Jumpa lagi!

(BM) Selfie ialah swafoto

Di blog ini, saya akan kongsi juga ilmu Bahasa Melayu dlm segmen BM. Contohnya seperti perkongsian ini..

Swafoto saya di UTM

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort
Tular - Viral

 EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:

1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak✔

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

Sumber: Group Whatsapp Cikgu BM SKTPW

Isnin, 26 Disember 2016

Baju korporat 2017

Hari ini terima baju korporat sekolah untuk 2017.

Warna tema JDT.

Baju ni boleh digunakan dalam majlis2 sekolah. 

Jumpa lagi.

Mesyuarat Kali Pertama Sesi 2017

Assalamualaikum. Hari ini mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2017.

Buku pengurusan untuk tahun 2017


Tugasan untuk 2017 dah tahu. Nanti saya update lagi..

Jumpa lagi!