label

Sabtu, 6 Disember 2025

(Sekolah) Hari Pelaporan PBD 2.0

Semalam Hari Pelaporan PBD kali kedua di sekolah.

Bergambar sebelum balik.







2 minggu lagi sesi persekolahan 2025.

Rabu, 29 Oktober 2025

CTR Kelompok (CTRK)


Sehingga sekarang, soalan yg paling selalu ditanya di inbox saya adalah tentang CTR Kelompok (CTRK).

Walaupun dah byk kali sy share, sy ulang lagi la untuk kesekian kali ye sebagai revision bersama 😆🤭

1. Kelayakan CTRK adalah 20 hari setahun. Tidak perlu propotionate. Tidak boleh di carry forward. Akan renew setiap tahun.

2. CTRK ada 18 jenis cuti berkongsi kelayakan yg sama. Jadi, kalau dah takde kelayakan, tak boleh guna CTRK dah untuk mana2 cuti dlm list tu, kena ambik Cuti Rehat atau apa2 cuti yg layak.

3. Cuti utk jaga anak kuarantin, BUKAN guna CTRK. Itu guna CMAKP. Scroll bwh skit ada detail. 

4. Cuti utk jaga keluarga sakit selain sakit berjangkit, boleh guna CTRK. Tertakluk pd perakuan doktor dan kelulusan KJ.

5. Umrah telah dimasukkan dlm CTRK. Boleh ambil maksimum 20 hari asalkan tempoh umrah termasuk dlm tempoh cuti. Tapi, syarat nya masih SEKALI dalam perkhidmatan sahaja.
 
6. Cuti Isteri Bersalin sudah tidak gunapakai 7 hari. Boleh ambik 20 hari terus kalau bos bagi😂

7. Cuti keluarga meninggal sudah tidak gunapakai 3 hari. Ambik la sebanyak mana masa yg diperlukan mengikut baki kelayakan CTRK, asalkan KJ luluskan.

8. Kalau ada interview utk kerja lain, yg boleh menambahbaik nilai hidup, boleh guna Cuti Peperiksaan. Dulu utk periksa je, skang boleh guna utk interview. Online atau semuka dua2 boleh. Asalkan? Diluluskan KJ 😆

9. Christmas Eve kena mohon sehari sebelum Krismas. Hari Raya Haji untuk hari raya haji kedua.

10. Deepavali special skit. Kalau negeri tu tak ambik deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon CTRK deepavali pd hari kejadian. Kalau negeri tu ambik Deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon sehari sebelum atau sehari selepas sebagai tambahan.

11. Pegawai COS juga layak CTRK ni.

12. Ketua Jabatan boleh untuk tidak meluluskan permohonan walaupun ada kelayakan. 🤭🤭 Part ni msti ramai marah ek.

Kemudahan yang ada hendaklah digunakan dengan bijaksana dan telus. Jangan salahguna, jangan manipulate keadaan, jangan menganiaya orang.

Oh BTW. CTRK adalah cuti bergaji penuh, tidak memberi kesan pada perkhidmatan dan pencen KECUALI kalau diambil melebihi kelayakan dan tanpa kelulusan/kebenaran.

Share supaya lebih ramai tahu ye 😉

Kredit: Keknie Sha

Kalendar 2026

Terima kasih kepada yang berkongsi kalendar 2026 ini. Saya simpan di blog supaya tidak hilang.














Takwim sesi persekolahan 2026

Takwim sesi persekolahan 2026 bagi negeri Johor, Melaka. Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan 3 wilayah di Malaysia.



Sekolah bermula pada 12 Januari 2026.

 

Isnin, 8 September 2025

(Aktiviti) Mendaki Gunung ke Lata Kijang, Negeri Sembilan

Pada 31 Ogos 2025, saya telah pergi ke Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan untuk mendaki gunung ke Lata Kijang.











Berikut video vlog saya di sana.

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Pengalaman yang mencabar dan akan saya ingati.

(Sekolah) Hari Pelaporan PBD 2025

Pada 29 Ogos 2025, telah diadakan Hari Pelaporan PBD di sekolah. Dulu-dulu kita panggil Hari Terbuka.








video

(Sekolah) Hakim Pertandingan Pakaian Beragam Kemerdekaan 2025

Pada 28 Ogos 2025, saya ditugaskan untuk menjadi hakim dalam Pertandingan Pakaian Beragam Kemerdekaan Tahun 1.






video