label

Rabu, 5 Julai 2017

(Sekolah) Catatan dugaan 4 hari sebelum pertandingan Bicara Berirama 2017

Minggu ini di sekolah, saya sibuk dengan latihan bicara berirama sebab esok dah pertandingan. Saya nak kongsi catatan 4 hari sebelum pertandingan bicara berirama 2017.

Ahad (2 Julai 2017)
Ramai peserta tak datang sebab baru hari pertama naik sekolah setelah cuti raya dua minggu. Ada seorang peserta mahu tarik diri tetapi berjaya dipujuk oleh kawan saya. Walau bagaimanapun, latihan tetap dijalankan.

Peserta Bicara Berirama 2017

Isnin (3 Julai 2017)
Dua orang peserta demam dan seorang peserta muntah. Walau bagaimanapun, baki murid yang tinggal tetap meneruskan latihan.


Video 3 hari sebelum pertandingan

Selasa (4 Julai 2017)
Konduktor demam selepas latihan.

Konduktor asal pasukan Bicara Berirama 2017.


Video 2 hari sebelum pertandingan

Rabu (5 Julai 2017)
Konduktor tak datang sebab demam. Esok dah nak bertanding. Mujur, ada murid sudi menggantikan konduktor. Malam ni pulak, dapat berita kematian ayah salah seorang peserta. Esok mesti dia tak datang. Huhuhu..

Konduktor bidan terjun. Harap2 esok berjalan lancar.


Latihan pagi tadi

Skrip Bicara Berirama 2017. Ada dugaannya juga. Kena betulkan format last minute. Huhuhu...

Semoga dugaan ini sementara, esok ada kegemilangannya. Doakan ye kawan2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan