label

Selasa, 14 Ogos 2018

(Makan) Mi Celup Kedai Makan Kak Yah

Selepas selesai petik pulasan, saya & kawan2 pergi ke Kedai Makan Kak Yah, Batu 16 Sungai Tiram.

First time saya cuba mi celup.

Mi celup & sirap limau ais. Sedap la mi celup ni... Segar hirup kuah dia!

Saya & kawan2.

Boleh cuba lagi ni.. Sedap & berbaloi!
Teruskan membaca

(Aktiviti) Petik pulasan

Cerita balik sekolah hari ini..

Saya pergi ke dusun kawan saya petik buah pulasan. 

Rimbun pokoknya, banyak buahnya...

Panas terik, saya ke sini dengan pakai baju kerja. Layan....

Terima kasih kpd kawan saya. Alhamdulillah, nikmatnya makan buah pulasan.
Teruskan membaca

Ahad, 12 Ogos 2018

(Sekolah) Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018

Hari ini ada Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018 di sekolah.

Kek ini untuk gimik perasmian.

Saya sebagai jurugambar.

Gimik perasmian.

Nyanyian lagu Merdeka.

Alhamdulillah, pelancaran berjalan lancar.
Teruskan membaca

Sabtu, 11 Ogos 2018

(Makan) Burger Whopper Burger King

Balik dari mesyuarat, saya singgah di Burger King Petronas Jalan Tun Abdul Razak.

Pilihan lunch daya hari ini, burger daging Whopper. Harga 1 set termasuk air & kentang goreng RM13.50.

Besar saiznya.

Penuh isinya.

Banyak sayurnya.

Dagingnya betul2 rasa dipanggang.

Alhamdulillah, kenyang.
Teruskan membaca

(Aktiviti) Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru-Guru Johor Berhad

Live update!


Saya sedang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru-Guru Johor Berhad Kali Ke-50. Saya anggota koperasi tersebut.

Paling best mesyuarat ni ialah tuntutan perjalanan yg wow!

First time, saya dengar mesyuarat ni sampai habis.

Bye!
Teruskan membaca

Khamis, 9 Ogos 2018

(Makan) Gerai pisang goreng Sungai Tiram

Balik kerja, gigih singgah ke Sungai Tiram semata-mata nak beli pisang goreng & sebagainya. Semuanya sedap & paling sedap, sambal kicapnya. 

Lokasi, selepas simpang Kg. Tenang, jalan sikit & terus nampak gerai di tepi jalan.

Pisang gorengnya saiz besar. Banyak kerak.

Cempedak goreng. Manis sekali rasanya.

Keropok lekor & cekodok pisang.

Paling best, sambal kicapnya. Sedap wei!

Ini gerai pisang gorengnya.

Selepas jumpa simpang Kg Tenang, jalan je terus & akan jumpa gerai ini.

Aneka gorengan yg dijual.

Air kelapanya pun segar tau! Sesuai la drive balik ke rumah sambil sedut air kelapa ni.

Berbaloi & puas hati beli di gerai ini. Cubalah!
Teruskan membaca

Isnin, 6 Ogos 2018

(Cerita) Adapun krim rambut kegemaran saya..!

Sebelum ni cari di mana2 pasar raya tak jumpa. Hari ini jumpa balik krim rambut kegemaran saya...

Krim rambut Brylcreem hijau. Saya jumpa di Econsave.

Sebelum ni, saya memang guna jenama ni. Waktu tak jumpa tu, terpaksa saya guna jenama lain. Alhamdulillah, hari ini jumpa balik & terus beli. Kebetulan krim yg lama dah nak habis.
Teruskan membaca

(Cerita) Susu kurma Goodday melawaskan

Hari ini, first time cuba minum susu kurma Goodday.

Susu kurma Goodday.

Saya minum sekitar pukul 2.30 petang & pukul 6.00 petang terus rasa nak membuang. Alhamdulillah, lancar!

Susu ni melawaskan. Kalau sesiapa yg susah membuang, boleh cuba susu ni...
Teruskan membaca

Sabtu, 4 Ogos 2018

(Cerita) Buy 1 free 1 di Watsons

Seronok bila dengar Watsons buat promosi beli 1 percuma 1 minggu ini.. 

Saya beli pencuci muka.

Lip balm.

Alhamdulillah, jimat banyak.
Teruskan membaca

Jumaat, 3 Ogos 2018

(Makan) Maggi goreng daging pedas

Baki daging rebus & sawi semalam ada lagi. Jadi, saya masak Maggi goreng pagi ini sebab tak nak simpan baki tersebut lama2 dalam peti sejuk.

Maggi goreng daging pedas. Terpedas pulak rasanya sebab saya letak 2 biji cili padi.

Jemput makan. Nampak tu cebisan telur kuning tu. Hehehe...

Selepas makan, habis muka dibasahi peluh sebab kepedasan.
Teruskan membaca

Khamis, 2 Ogos 2018

(Makan) Teringin makan mi goreng masak sendiri

Waktu balik sekolah tadi dah terfikir nak masak mi goreng malam ini. Balik dari sekolah, saya singgah di Econsave beli bahan2.

Inilah hasilnya masakan saya malam ni...

Mi goreng cara saya.

Tiba2 hari ini teringin masak & makan mi goreng. Alhamdulillah, sedap (maaf, puji diri sendiri). Hehehe...
Teruskan membaca

Rabu, 1 Ogos 2018

(Mi Casa) Selamat tinggal pokok pisang

Selamat tinggal pokok pisangku!


Licin-licau halaman rumah.

Saya upah pekerja untuk bersihkan halaman rumah saya.
Teruskan membaca

Selasa, 31 Julai 2018

(Cerita) Power ink flushing printer Epson L210

Sebelum ni, ink warna saya tak berfungsi pada printer Epson L210.

Hari ini godeh2, try tekan power ink flushing.

Amekaw! Terus pulih ink warna saya.

Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Sabtu, 28 Julai 2018

(Gambar) Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018

Sebelum balik dari Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018, saya & rakan2 sempat bergambar dengan pengacara program ini, Abang Joe.









Alhamdulillah, selesai program Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018 di UTM hari ini.
Teruskan membaca

(Cerita) Saya tak nampak macam cikgu ke?

Cerita di UTM tadi, saya duduk di sebelah murid sekolah Batu Pahat ni.. Hari ini saya pakai baju korporat siap nama dgn logo sekolah sekali.

Waktu take 5, murid tersebut nak ke tandas. Dia cakap macam ni pada saya..

"ACIK, TOLONG JAGAKAN FAIL SAYA, SAYA NAK PERGI TANDAS..."

Dia panggil saya acik, padahal dia nampak saya menanda kertas periksa di sebelah dia.

Saya tak ambil hatipun, cuma kelakar dengan gelaran acik tu. Mungkin nak kena letak gambar sekolah kat dahi, baru orang tahu saya cikgu. Hehehe... (gurau je...)
Teruskan membaca

(Cerita) Saguhati untuk guru pengiring Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018

Untung juga jadi guru pengiring Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018 hari ini.

Dapat set lego Tesco & baucar Tesco RM50.

Alhamdulillah, rezeki.
Teruskan membaca

(Cerita) Selesai tanda kertas Percubaan UPSR di UTM

Akhirnya! 

Saya selesai tanda kertas Percubaan UPSR Penulisan di UTM. Kertas Pemahaman saya dah siap tanda sebelum ini.

Saya mula tanda dari pagi tadi.

Alhamdulillah siap dah.
Teruskan membaca