label

Khamis, 31 Mei 2018

(Makan) Buka puasa di Hotel Seri Malaysia

Hari ini saya berbuka dengan rakan2 di sini...

Hotel Seri Malaysia.

Buffet Ramadan, RM45 sekepala.

Saya mula berbuka dgn ini..

Saya cuba juga kuih ni...

Saya buka nasi hari ini. Ada lauk ikan keli masak lemak cili padi, ayam sambal, rendang daging & udang sambal serta sayur peria tumis.

Saya cuba mi bandung

Mi sup daging

Air batu campur

Dan pencuci mulut.

Berbaloi buka di sini sebab banyak makanan. Kemudahan pun okey!
Teruskan membaca

Selasa, 29 Mei 2018

(Makan) Sahur roti letak aiskrim vanila

Sahur saya pagi tadi..

Roti letak aiskrim vanila.

Sakit tekak belum pulih sepenuhnya tetapi berkurangan peritnya. Rasa tak selera maksn nasi, tu yg makan roti tu...
Teruskan membaca

(Cerita) Kena simpul biawak lagi

Aduh, malam tadi betis saya kena simpul biawak lagi. Dah dua kali kena di bulan Ramadan ni.

Gambar hiasan.

Kenapa erk? Badan saya kurang kalsium ke?
Teruskan membaca

Ahad, 27 Mei 2018

(Makan) Aiskrim vanila menyejukkan tekak

Malam2 macam ni, saya sejukkan tekak dengan aiskrim vanila.

Orang kata, kalau sakit tekak, elok makan aiskrim vanila ni supaya tekak yg sakit tu sejuk seketika.


Saya beli aiskrim jenama Nestle.

Semoga cepat sembuh untuk diri sendiri.
Teruskan membaca

(Cerita) Buka puasa dengan Strepsils

Hari ini saya buka puasa minum air masak dan makan gula2 Strepsils ni.

Strepsils Max. Saya beli di Watsons.

Tekak saya perit menjadi2 hari ini. Nak telan nasi pun tak mampu. Sakit...
Teruskan membaca

(Cerita) Tayar kereta bocor

Di sekolah, saya tak perasan satu tayar kereta saya bocor. Itupun saya tahu selepas kawan saya beritahu.

Tayar pancit ini disebabkan bocor.

Alhamdulillah, ada seorang kawan saya mengajar sesi petang tengah free. Dia tolong saya buka tayar & bawa ke bengkel untuk tampal. 

Alhamdulillah, bantuan datang sewaktu dalam kesulitan. Terima kasih Syed tolong aku tadi. Jasamu dikenang.
Teruskan membaca

(Makan) Sahur Maggi Ayam

Menu sahur saya pagi ini...

Maggi Ayam.

Sakit tekak saya masih belum hilang. Ini je yg paling sesuai saya makan pagi ni. Tak boleh makan nasi sebab perit.
Teruskan membaca

Sabtu, 26 Mei 2018

(Cerita) Sakit tekak

Dari semalam saya sakit tekak. Bila nak telan air liur, rasa perit kat tekak. Mungkin tanda2 panas dalam.

Mungkin juga dehidrasi di bulan puasa.

Semoga cepat baik tekak ni. Esok nak kerja guna suara. Huhuhu...
Teruskan membaca

Jumaat, 25 Mei 2018

(Cerita) Aduh, terkena simpul biawak!

Aduh, malam tadi semasa tidur, betis saya terkena simpul biawak. Apa lagi, terbangunlah saya lalu menahan kesakitan.

Simpul biawak biasanya berlaku di bahagian betis. Sakitnya nauzubillah.

Berikut info tentang simpul biawak yg saya petik daripada Utusan.

Di kalangan masyarakat Melayu gejala yang dialami Marlina juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung'.

Biasanya ia tidak begitu diberi perhatian kerana dianggap sebagai kesakitan biasa dan tidak berbahaya.

Kejang otot biasa dilihat berlaku pada ahli sukan yang 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan.

Namun serangan itu juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.

Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.

Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.

Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.

"Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

"Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Bagaimanapun tegas beliau, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang.

"Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

"Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Terangnya, dalam situasi sedemikian, wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.

Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.

Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz5GTVtyBBQ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Teruskan membaca

(Sahur) Buah prun kering Yusuf Taiyoob

Assalamualaikum.

Saya mulakan sahur hari ini dengan makan ini...

Buah prun kering Yusuf Taiyoob.

Sedap!

Selamat bersahur!
Teruskan membaca

Khamis, 24 Mei 2018

(Sekolah) Ambil daun limau purut di sekolah

Balik tadi, saya singgah di Taman Sains sekolah.

Saya ambil daun limau purut ni..

Ingat nak masak paprik. Tak tahu bila? Tengok je la nanti..
Teruskan membaca

Rabu, 23 Mei 2018

(Sekolah) Bengkel Evidens Audit Proses SKPMg2

Hari ini, saya terlibat dengan Bengkel Evidens Audit Proses SKPMg2 bersama setiausaha SKPMg2 & GPK Hem.

Bengkel diadakan di SK Tmn Megah Ria.

Saya datang awal sebab nak cop tempat. Hehehe...
Teruskan membaca

Isnin, 21 Mei 2018

(Sekolah) LDP Perancangan Kewangan Islam

Live update!

Saya sedang mengikuti LDP Perancangan Kewangan Islam.

Penting ni!
Teruskan membaca

Sabtu, 19 Mei 2018

(Cerita) Dugaan puasa hari ini

Dugaan puasa saya hari ini...

Saya pergi ke Mi Casa hari ini untuk bersihkan tahi kucing. Banyak tahi kucing jiran saya di halaman rumah. Dalam hati waktu menyental tu, hanya Allah yg tahu. Sabar...

Selepas itu, di luar pagar pula bersepah dengan buah nangka gugur. Saya tak nak ambil risiko lagi, lalu saya menebang pokok nangka di luar rumah. Penatnya tebang pokok, hanya Allah yg tahu. Sabar...

Tiada lagi pokok nangka di luar rumah.

Selepas itu, saya basuh selimut dalam bilik. Mesin basuh saya dalam bilik. Saya pun baring kejap. Lepas baring, saya dapati habis bilik saya banjir. Saya lupa nak halakan hos air ke dalam lubang air. Satu keje nak mengemop air yg melimpah tu. Penatnya mengemop, hanya Allah yg tahu. Sabar...

Sebelum balik, saya panjat tangga nak ganti lampu bilik tidur. Saya nyaris2 nak jatuh kerana permukaan lantai licin. Selamat adik saya sempat tahan tangga tu. Alhamdulillah.

Coretan hari ini akan jadi kenangan saya di blog ini. Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini hari ini. Kejap lagi nak berbuka. Selamat berbuka semua!
Teruskan membaca

Jumaat, 18 Mei 2018

(Sekolah) Hadiah ini buat saya tersentuh

Banyak2 hadiah hari guru, hadiah ini yg paling buat saya tersentuh. Bukan sebab isinya tetapi kisah murid di sebalik hadiah ini..


Murid yg beri saya hadiah ini ialah murid yg paling banyak buat saya marah & banyak kena marah dgn saya dalam kelas tahun ini. 

Saya tak sangka, dia datang jumpa saya & hulurkan hadiah ini kpd saya. Huhuhu...Terima kasih. Saya marah tanda sayang tau. 
Teruskan membaca

(Sekolah) Hadiah pemberian murid sempena Hari Guru 2018

Hadiah2 Hari Guru yg saya terima...

Jambangan coklat

Lagi..

Hadiah.

Set pen & magnet.

Pen merah.

Terima kasih semua.
Teruskan membaca

(Sekolah) Door gift Hari Guru 2018

Inilah door gift Hari Guru yang saya order di Shopee sebelum ini.

Set cawan minum petang jenama Tupperware.

Ramai yg suka cawan ni. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Khamis, 17 Mei 2018

(Sekolah) Sambutan Hari Guru 2018 part 2

Sambutan Hari Guru 2018 part 2.

Pertama kali saya main bola jaring semalam. Sukan hari guru semalam, cikgu lelaki lawan bola jaring. Cikgu perempuan pula lawan futsal. 

Berikut gambar2 perlawanan bola jaring antara guru lelaki semalam.











Mencabar juga main bola jaring ni. Bersambung...
Teruskan membaca

(Video) Salam Ramadan 1439H

Assalamualaikum.

Salam Ramadan 1439H.

Daripada saya & rakan2.


Video ucapan Ramadan.
Teruskan membaca

Rabu, 16 Mei 2018

(Sekolah) Sambutan Hari Guru 2018 part 1

Selamat hari guru! Saya nak share gambar2 sambutan hari guru di sekolah saya bahagian pertama.

Cuba teka tema hari guru sekolah saya?

Tema kembar.

Kembar saya.

Gambar guru2.





Sebenarnya banyak gambar, tetapi saya share yg ini dulu. Bersambung part 2....
Teruskan membaca