label

Isnin, 24 April 2023

(Vlog) Majlis Rumah Terbuka DYMM Sultan Johor 2023

Assalamualaikum. Pada 2 Syawal, saya telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka DYMM Sultan Johor di Istana Besar Johor.

Ramai orang, meriah!


Gambar candid. Dapat juga satu frame dengan DYMM Tuanku Sultan Johor & Menteri Besar Johor.

Cerita selanjutnya di bawah ini.

Vlog.

Selepas keluar dari majlis rumah terbuka tersebut, saya berehat seketika.

Sekarang zaman video, jadi segala cerita saya abadikan dalam bentuk video. Bye!
 

(Vlog) Majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Assalamualaikum. Pada 1 Syawal, saya telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Saya berada di dalam khemah Majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Cuaca panas terik, berpeluh-peluh badan.

Cerita saya di majlis rumah terbuka tersebut ada di vlog di bawah ini...

Pertama kali saya datang ke Majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Alhamdulillah, pengalaman baharu raya untuk saya. Seronok dapat makan free :)

(Sekolah) Video Raya 2023

Assalamualaikum. Ini kisah pada hari Selasa yang lalu, selepas habis sekolah, saya dan kawan-kawan buat rakaman video raya untuk kenangan suka-suka.

Biasa setiap tahun sebelum cuti hari raya, saya akan buat video raya.



Berikut hasil video raya kami pada tahun ini.

Teaser 1.

Teaser 2.

Video Raya 2023.

Terima kasih kawan-kawan sebab sudi layan perangai saya yang macam ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

 

Khamis, 20 April 2023

(Cerita) Berbelanja untuk masak raya

Assalamualaikum. Pukul 8.30 pagi tadi saya dah keluar untuk membeli persiapan masakan raya. Tak tahu raya esok atau Sabtu, saya beli barang siap-siap.

Saya pergi ke tiga pasaraya yang berdekatan.

Mula-mula, saya pergi Lotus untuk beli ayam dan udang.

Selepas itu, saya ke Econsave untuk beli sayur dan bahan-bahan nak masak lodeh.

Akhir sekali, saya ke Maslee untuk beli bahan-bahan yang belum cukup lagi.

Buat persiapan awal, jadi tak kalut.

Ahad, 16 April 2023

(Sekolah) Buka Puasa di Sekolah

Assalamualaikum. Hari ini saya berbuka puasa di sekolah.



Saya ambil menu ini untuk buka.

Moment buka puasa di sekolah hari ini.

Alhamdulillah.

Sabtu, 8 April 2023

(Cerita) Macam nak buat kuih raya sendiri tahun ini...

Assalamualaikum. Pagi tadi saya berbelanja bahan-bahan untuk buat kuih raya di Econsave.

Rasa macam nak buat kuih raya sendiri. Kuih senang2 je... Nak hidupkan nostalgia raya dengan semerbak bau kuih raya di dalam rumah.

Bismillah, mintak2 menjadi... Bahan2 dah beli dah...

Ahad, 2 April 2023

(Cerita) Selepas solat terawih, dapat doorgift

Hari ini selepas solat terawih, setiap jemaah dapat doorgift. First time dapat doorgift selepas solat terawih.

Selepas terawih, moreh minum teh tarik dulu.

Nak tahu isi dalam paper bag yang saya dapat? Tengok pada video ini.

Alhamdulillah. Kepada penyumbang, semoga dimurahkan rezeki berkali2 lipat.