label

Ahad, 31 Disember 2017

(Sekolah) Pendaftaran sesi persekolahan 2018

Hari ini pendaftaran murid & hari pengagihan buku teks murid tahun 1 & 2 bagi sesi persekolahan 2018. Esok sekolah dah...

Saya sebagai AJK pengagihan buku teks tahun 1. Waktu ni, di kaunter saya takde orang datang, jadi saya selfie satu kali. Hehehe...

Suasana hari ini.

Selamat kembali ke sekolah murid2 bermula esok.
Teruskan membaca

Sabtu, 30 Disember 2017

(Cerita) Koleksi tanda nama saya

Saya dah ada 4 tanda nama. Setiap tanda nama ini, ada ceritanya.

1. Tanda nama KRS sewaktu saya di maktab.
2. Tanda nama pertama saya semasa belajar di maktab.
3. Tanda nama magnet saya. Kalau pakai tshirt, senang sikit guna.
4. Tanda nama baharu saya. Baru beli.

Beli banyak tanda nama takpe, boleh buat spare kalau ada kecemasan.
Teruskan membaca

(Sekolah) LDP Pengurusan Stres

Pagi tadi di sekolah saya ada LDP tentang topik Pengurusan Stres.

Bengkel disampaikan oleh En. Maslizam dari JPNJ.

Banyak aktiviti.

Banyak terapi.

Banyak kegembiraan.

Aktiviti urut kepala pun ada.

Santai dan menghiburkan.

Banyak input berguna yang boleh diambil & dijadikan inspirasi. Terima kasih penganjur & penyampai bengkel.
Teruskan membaca

Khamis, 28 Disember 2017

(Sekolah) Peniaga kantin baharu belanja makan

Tahun 2018, kantin sekolah saya akan diambil alih oleh peniaga baharu. Hari ini peniaga baharu tersebut belanja kami makan pagi. Alhamdulillah.

Dapat makan free hari ini.

First time ni...

Sebelum makan, ada bacaan doa selamat.

Jemput makan! Nasi lemak sambal udang.

Terbaik perkhidmatan kantin tahun depan. Terima kasih pemilik tender kantin yg baharu. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Rabu, 27 Disember 2017

(Sekolah) Majlis persaraan Guru Besar bersama PPD dan rakan-rakan

Hari ini majlis persaraan guru besar bersama PPD & rakan-rakan beliau di sekolah.

Mula2 GB tak nak pelamin tetapi apakan daya, ada ibu murid taja pelamin ini.

Tema pakaian hari ini warna hijau.

Ada tarian India.

Ada tarian kipas.

Ada live band daripada cikgu2.

Saya sebagai jurugambar.

Guru besar paling sporting pernah saya jumpa.

Selamat bersara Tuan Hj. Isa! Sedih.....
Teruskan membaca

(Cerita) Nak biar atau tebang?

Selamat pagi! Ini pokok pisang & pokok nangka di luar pagar rumah saya...

Pokok pisang

Pokok nangka yg semakin merimbun

Nak biarkan ke nak tebang? Kalau biar, saya kena potong dahan2 pokok nangka supaya kemas. Tiba2 dilema...
Teruskan membaca

Selasa, 26 Disember 2017

(Cerita) Pengalaman saya mengajar murid yang berbeza aras kefahaman dalam satu kelas

Tiada lagi ranking kelas mengikut kepandaian murid?

Oke, saya nak kongsi pengalaman saya mengajar murid yg berbeza aras kefahaman dalam satu kelas. Ustaz saya cakap, dalam dunia ni tiada orang pandai & kurang pandai. Yang ada, orang yg faham atau kurang faham. Sebab itu, saya guna istilah "berbeza aras kefahaman".

Ada pro & kontra isu ini. Pro nya, murid yg lebih faham boleh bantu murid yg kurang faham. Membantu komunikasi murid dalam kelas.

Realiti, kontra atau pengalaman saya, biasanya murid yg kurang faham akan ditinggalkan jauh oleh murid yg lebih faham. Sebagai contoh, apabila murid diberi latihan, murid yg lebih faham akan siap dulu & mereka terpaksa tunggu murid yg kurang faham siap. Dalam menulis nota atau peperiksaan juga begitu. Jadi, berlaku jurang dalam kelas tersebut. Dari situ, bermulalah episod guru seakan nampak beri lebih perhatian kpd murid kurang faham dlm kelas. Bayangkan emosi murid yg lebih faham? 

Lagi satu, bukan sepanjang masa murid yg lebih faham akan bantu murid kurang faham ni. Ini realiti yg saya nampak.

Kebaikan pengasingan kelas bagi saya ialah memudahkan pelaksanaan pdpc dalam bilik darjah. Cikgu boleh mengajar & beri layanan sama rata dalam kelas. Bukan nak bezakan layanan antara murid. 

Apa-apapun, saya ikut sahaja apa yg telah diputuskan dalam sistem pendidikan.  Guru kan ibarat cecair, masuk dalam gelas, ikut bentuk gelas. Masuk dalam mangkuk, jadi bentuk mangkuk.

Sekian sahaja. Bye!


Gambar hiasan
Teruskan membaca

(Sekolah) Tugas guru 2018

Berikut tugas saya di sekolah bagi sesi 2018.

1. Guru data
2. Naib setiausaha SKPMG2
3. Ketua guru pengawas
4. Guru Bahasa Melayu darjah 4 & 6.
5. AJK perabot sekolah
6. AJK Pengakap
7. AJK Kelab Bahasa Melayu
8. AJK Kelab Badminton
9. Ketua guru rumah Merah

Buku pengurusan 2018

Buku RPH, jadual waktu & diari saya untuk 2018.

Semoga dipermudahkan segala tugas saya di sekolah pada tahun depan.
Teruskan membaca

(Sekolah) Mesyuarat pertama sesi 2018

Hari ini mesyuarat pertama sesi 2018. Ramai guru dah mula bertugas hari ini. Mesyuarat dimulakan dgn bacaan Yasin sebagai pembuka tugas sesi 2018.

Selepas itu, ada sesi akujanji peraturan kakitangan awam.

Balik jalan sesak pulak. Tak selalu macam ni..

Hari pertama sekolah dah mengadap jam..

Okelah, nanti saya sambung lagi...
Teruskan membaca

Isnin, 25 Disember 2017

(Cerita) 2017 Bestnine

Inilah 2017 Bestnine di instagram saya. Fungsi Bestnine ni adalah untuk tunjuk 9 gambar dgn jumlah likes terbanyak.

Cara buat bestnini, dekat google taip 2017 bestnine. Klik & masukkan id kita.

1. Photoshoot Cikgu Aina berpindah
2. Selfie Annual Dinner.
3. Selfie dgn guru besar di Annual Dinner.
4. Jamuan Pengawas.
5. Hari Graduasi 2017.
6. Amali penyembelihan ayam.
7. Sukan pasca peperiksaan akhir tahun.
8. Hari Guru.
9. Hari result UPSR.

Saya share gambar di instagram sebagai kenangan & tatapan orang2 yg ada dalam gambar tersebut.
Teruskan membaca

Jumaat, 22 Disember 2017

(Cerita) Jem Smuckers murah di Econsave

Jem Smuckers ni biasa harganya dalam RM11.00.

Jem Smuckers

Tadi saya beli di Econsave RM8.90. Promosi sampai 26/12/2017. Murah kan?
Teruskan membaca

Khamis, 21 Disember 2017

(Cerita) Franch Oil untuk pelbagai kegunaan

Selamat di rumah memang sentiasa simpan minyak ni..

Franch Oil

Saya ubat jari yg luka ni guna Franch Oil. InsyaAllah, berdasarkan pengalaman sebelum ni, cepat sikit baiknya.
Teruskan membaca

(Cerita) Jari manis terhiris pisau

Aduh, sakitnya jari saya! Berdenyut-denyut rasanya.

Jari manis saya terhiris pisau. Lukanya ada la 1 setengah sentimeter. Banyak darah keluar, jadi saya ikut tisu supaya darah berhenti keluar. Panik juga tadi nampak darah sendiri. Huhuhu...

Malang tidak berbau. Benda dah nak jadi, redha je la...
Teruskan membaca

Selasa, 19 Disember 2017

(Cerita) Beli Lux Shower Cream di Shopee

Lux Shower Cream saya dah sampai. Saya beli cecair mandian ini di Shopee waktu sale 1212.

Lux Shower Cream, 3 pek RM20

Sekarang mudah, nak beli di hujung jari sahaja & paling penting murah.
Teruskan membaca

(Makan) Masak Maggi Kari Perencah Separuh

Teringin pulak makan Maggi Kari sejuk2 macam ni..

Saya masak Maggi Kari letak perencah separuh je. Konon2 menu sihat...

Jemput makan!
Teruskan membaca

(Makan) Lunch di UTM

Saya lunch awal hari ini. Saya lunch di Arked Meranti UTM. Tempat makan favourite saya masa belajar di sini.

Saya suka makan ayam goreng dengan sambal tempe kat sini.

Selain sedap, harganya juga murah. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

(Cerita) Pray For Cikgu Azizan

Saya menyokong Cikgu Azizan walaupun tidak pernah mengenalinya.



Semoga Cikgu Azizan terlepas daripada sebarang tuduhan. Allah bersama orang yang sabar.
Teruskan membaca

(Makan) Sarapan Milo Cereals

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Saya bersarapan Milo Cereals tanpa susu.

Saya memang suka makan cereals macam tu je (tanpa susu). 
Teruskan membaca

Isnin, 18 Disember 2017

(Cerita) Beza saya dan adik saya ambil gambar

Sembang santai, saya nak share beza saya dengan adik saya ambil gambar. Hehehe...

Saya suka melihat gambar itu sebagai satu seni. Kadang2 gambar makanan itu bukan untuk menunjuk2 tetapi lebih kepada mengekspresikan seni.

Nak tahu apa itu seni? Jika anda melihat sesuatu gambar, anda akan kagum pada setiap perincian gambar itu. Bagi saya, itulah seni dalam fotografi.
Teruskan membaca

(Makan) Lunch di Ikea Tebrau

Tadi, saya tunggu adik saya beli menu lunch di Ikea Tebrau.

Saya makan ini... 

Bebola daging

Ikan salmon

Kepak ayam

Semua makanan di atas saya kongsi bertiga. Jadi, jangan cakap saya makan banyak. Heheheh... Saya nak cadang, kalau nak makan di sini, makan lah beramai2 sebab boleh share2. Nak makan 15 biji bebola daging, memang saya tak larat nak habiskan.

Barulah best pergi Ikea tak ramai orang macam ni..
Teruskan membaca

(Cerita) Ikea Tebrau dah tak sesak lagi...

Hari ini saya ke Ikea Tebrau lagi. Alhamdulillah, dah tak sesak lagi. Masa mula2 dibuka, ramainya orang. Nak parking pun berebut.

Tengok ni, boleh santai2 lagi..

Selesa masuk ke dalam tanpa perlu bersesak-sesak...

Makan aiskrim

Datang sini sebab ada benda yg nak dibeli. 

Saya tengah tunggu sesuatu di Ikea ni...

Nak tahu? Nanti saya update lagi...
Teruskan membaca

(Cerita) Tip umrah jimat

Tips Umrah 3: Jimat Tapi Seronok

Ramai yang minta saya kongsikan bagaimana kos perbelanjaan dan perjalanan kami ketika menunaikan umrah hujung November baru-baru ini. Secara ringkasnya kami di Mekah dan Madinah tak pergi melawat ke tempat lain sangat selain dua masjid agung itu.

Di Madinah hanya ke Masjid Quba dan kebetulan 'terserempak' dengan ladang kurma. Di Mekah ke Gua Hira' dan Masjid Jin (ditutup sudah). Sampai Tanah Haram, memang kita akan berkira sangat nak tinggalkan solat berjemaah di sana. Mana taknya, kita dapat 1000x pahala ibadah di Masjid Nabawi dan 100,000x pahala di Masjidil Haram. Auranya sendiri sangat berbeza.

Alang-alang tu, saya kongsi terus la bagaimana kita boleh jimat sejimat-jimatnya tanpa mengikat perut macam orang tak makan sebulan. Senang cerita kos rendah tapi masih boleh enjoy every single precious moments di Tanah Haram. Haks..

Ikutkan kos umrah kami tak jimat. Sebab kos penerbangan kami mahal kerana salah beli tiket dan kami ada kehilangan lebih SAR200 di Mekah. Kalau tolak ni semua, kami hanya belanja RM4000 je ikutkan. Dengan keadaan kami jimat banyak di hotel (masih harga standard) tapi bermewah-mewahan bab makan. Kos makan dan cenderamata tu boleh jimat lagi.

Nak mudah mencongak, anggap je SAR1 (1 riyal) sana sama dengan 1 ringgit kita. Walaupun hakikatnya ringgit kita jatuh (waktu kami di sana, SAR100=RM114). Sob sob sob..

(Nak optimumkan bilangan riyal kita dapat, boleh baca post saya sebelum ni)..

Jumlah kos: RM4863.75
Kos sebelum perjalanan RM3681/pax
1) Tiket penerbangan RM3057/pax
(mahal ikutkan sebab kami tersalah tempah flight😅. Normal kos dalam RM2500 je.)

2) Lain-lain= RM624/pax
Vaksin RM150
Visa + kos travel agency RM440
Travel insurance RM69.25 untuk 2 orang
*Kain ihram RM55

Semasa di Tanah Haram SAR2075 / RM2365.50 (RM1182.75/pax) 
1) Penginapan = SAR370

2) Pengangkutan=SAR310

3) Makanan: SAR329 (~SAR55 sehari)

4) Souvenir: SAR522

5) Lain-lain: SAR544
Internet 1GB SAR25
Luggage Locker Masjid Nabawi SAR14
Air zam-zam SAR32
Duit hilang, sedeqah, misc SAR473

***
Tips Jimat
1) Makan
Kat Madinah dan Mekah, sepinggan nasi mahupun semangkuk kuah tu adalah portion makan untuk dua orang Malaysia. Memang banyak. Biasa nasi beriyani (nasi da siap ayam) SAR10-12 je sepinggan. Nak sedap, tambah kuah kari ayam atau daging dalam SAR10-15 semangkuk. Kuah dhal atau sayur dalam SAR6. Bila kita beli kuah, automatik dapat paling sikit, 2 keping roti nan panas-panas. Kalau mampu habiskan semua ni seorang, memang anda ada perut rare la. Huhu..

Jadi SAR10-30 sekali makan tu da memang cukup untuk 2 orang makan. Sehari dalam SAR60 kos untuk 2 orang makan. Makan dari pagi sampai malam yang memang puas hati punya.

Makan pagi dengan kebab sekitar SAR5 je. Teh O SAR1. Mereka panggil chai. Chai dengan susu SAR2. Kopi biasa, kami cuma sempat jumpa di Madinah. Mekah ada kopi brew yang mahal tu je. Hu3.

Jadi kalau rindu air kopi atau yang lain-lain tu, atau rasa nak jimat, boleh bawa instant 3 in 1 siap-siap dari Malaysia. Dan air panas boleh beli kalau kat bilik tiada cerek. Kena cek la kalau bilik kita sewa ada atau tak, sediakan cerek. Nak jimat habis-habisan, minum air zam zam je sepanjang masa. Masuk kedai, mereka tak kesah pun kita bawa makanan atau air dari luar. Cawan plastik memang disediakan di masjid untuk air zam-zam dan air kosong.

Orang kata makan di Mekah murah sikit dari Madinah. Tapi sebenarnya lebih kurang je. Pandai cari tempat makan orang kebanyakan di sana, harga lebih kurang je. Ringkasnya, nak jimat tapi sedap, pergi makan kat tempat orang tempatan berkumpul.

Di Madinah, di sekitar Bangali Market. Lebih kurang 500m dari Masjid Nabawi Pintu 16. Makanan Pakistan kat sini memang kawww. Telan nasi beriyani yang tak berkuah tu pun da rasa zuppppp.. Perghhh.. Sedap sangat.

Di Mekah, bertentangan dengan Luggage Locker 4, ada pusat membeli-belah. Di sini letaknya Al-Baik, makanan fast food yang khabarnya sangat popular tu. Tapi pada kami biasa-biasa je. Berdekatannya, di mall yang sama, ada yang lagi mengenyangkan dan sangat sedap. Survey la. Nama musafir kan..

2) Cenderamata
Percaya atau tidak, di Mekah ada banyak kedai 2 riyal. Dalam 300m dari Masjidil Haram pintu King Fahd. Di kawasan belakang Clock Tower. Tempat lain pun ada juga tapi jauh sikit dari situ.

Memang dok ternganga je tengok bermacam-macam jenis cenderamata terjual di situ. Fridge magnet, tasbih, minyak wangi, kristal gambar Kaabah semua harga 2 riyal je. Tapi kami rasa nak mengalir air mata juga, sebab da terbeli cenderamata di Madinah siap-siap. Sebab orang dok kata Madinah lagi murah. Huhu.. Tapi takpe, ada hikmah. Sebab di Mekah kami ada cash yang terhad. Allah uji, kami hilang dalam SAR200 lebih sedangkan kami masih ada 3 hari lagi di sana. Jadi memang berjimat bab membeli belah sebelum kami sedar kad ATM boleh guna di sini. Itu pun da nak naik flight balik.

Di kedai 2 riyal ni pun, ada segala macam barang keperluan harian. Paling best takde GST 12 sen. Hahaha..

Jadi, boleh gi tengok dulu kedai 2 riyal ni kalau nak beli cenderamata untuk bawa pulang. Apa kelas, 2 riyal je? Hello, kat kedai lain yang mahal sikit tu pun, benda 100% sama je. Jadi kenapa bayar lebih? Hehe.. Duit hasil berjimat membeli belah tu boleh guna untuk sedeqah pada asnaf dan tukang cuci di masjid-masjid ni.

Untuk kurma ajwa, harga 2 kali ganda lebih murah di Madinah. Di Madinah boleh dapat SAR30 je di Pasar Masjid Quba dan SAR35-40 di pasar dan kedai kurma sekitar Masjid Nabawi. Harga boleh tawar-menawar.

Kurma bersalut coklat yang dalamnya ada badam boleh dapat paling murah di Bin Dawood. SAR50 untuk sekilo. Bin Dawood ni ada di depan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tapi paling meriah Bin Dawood di Madinah.

Di dua Tanah Haram ni, biasanya orang akan terbeli jubah-jubah di sini tanpa sengaja. Baik lelaki mahupun perempuan. Sama je. Huhu..

Di Bin Dawood Madinah boleh dapat jubah wanita 6 helai SAR100. Jubah lelaki setakat jubah yang putih tu SAR10 je di sekitar Masjidil Haram. Akan ada wanita-wanita Afrika yang menghamparkan kain dan jual pelbagai barang termasuk jubah ini di kaki lima dengan harga terlajak murah selepas waktu solat berjemaah.

Itu kot orang kata, nak shopping murah di Madinah. Sebenarnya dua-dua murah. Cuma kena tahu tempat je.

Untuk jerung emas dan seangkatan dengan mami jarum, di depan Masjid Nabawi berderet kedai barang kemas. Dan selalu penuh dengan orang. Design yang memang stail Arab. Kalau anda memang jenis iman senipis kulit bawang bila tengok logam kuning ni, boleh la jenguk.

Kalau nak trade in barang kemas tak berapa nak sayang pun boleh. Tapi kena tanya dulu 18 karat (emas 750) atau 21 karat (emas 916). Yang penting survey dulu. Jangan tergesa-gesa beli walaupun yang tukang jual tu dok mendesak.

3) Pakaian
Bawa baju beberapa helai je datang sini. 4 pun da lebih dari cukup. Kebanyakannya jubah. Tak wajib hitam pun. Sebab sampai sini, macam-macam warna ada.

Kemeja t atau t-shirt tak guna sangat pun di sini. Sampai Tanah Haram, yang lelaki pun tak bernafsu nak pakai kemeja atau t-shirt, sebab mereka di sini memang berjubah je.

Sweater memang perlu pun untuk berhibernasi dalam flight 9 jam. Dan juga nak menapak ke masjid di tengah-tengah pagi. Madinah suhu lebih sejuk dari Mekah. Boleh baca posting saya sebelum ni.

Baju boleh basuh di sini. Basuh pagi, sidai dalam toilet je pun, sampai petang da kering. Tak perlu mesin basuh pun. Udara sini sangat kering.

4) Air Zam-zam 
Kenapa dicadangkan bawa baju sikit je? Supaya boleh penuhkan bagasi dengan cenderamata dan buah tangan dari sini. Dan kalau dapat, boleh bawa balik air zam-zam lebih. Ini paling penting saya rasa.

Ikutkan seorang dibenarkan bawa balik satu kotak air zam-zam je. 5 liter pada harga SAR8. Ada dijual di luar balai pelepasan antarabangsa lapangan terbang Jeddah. Tapi mereka tak cek pasport kita pun. Jadi boleh beli bergilir. Yang penting, bilangan kotak yang berada di luar bagasi mengikut bilangan orang check in flight. Sebab memang airline kita akan check-inkan sekali air zam-zam tu tapi berat tak dikira dengan bagasi.

Jadi, kalau bagasi untuk kita check in masih banyak kosong dan belum capai had berat, boleh letakkan air zam-zam. Boleh timbang percuma di airport. Tak mahu beli, boleh ambil air zam-zam dari Masjidil Haram. Percuma. Boleh beli bekas air tahan lasak sikit di sekitar Masjidil Haram. Tapi 'penyeludupan' ni untuk kegunaan sendiri ya. Tak baik tau ekspoitasi air penuh barakah ni untuk tujuan komersil.

4) Penginapan
Jika agensi anda membenarkan anda tempah penginapan sendiri, anda boleh jimat banyak sebenarnya. Hotel bajet di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat banyak. Bilik kosong pun banyak juga sebab mereka memang da bersedia dengan bilangan pengunjung Tanah Haram yang berpuluh ribu. Dan kebanyakannya tidak ada dalam online website seperti Booking.com dan Trivago.

Jadi, boleh sahaja kita tempah dahulu hotel di online website terlebih dahulu untuk urusan visa. Yang penting, tempah yang ada free cancellation. Maksudnya tempahan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sehingga minit terakhir sebelum waktu check in.

Kenapa free cancellation ini penting, sebab bila da sampai sana baru kita sedar betapa lokasi hotel sangat-sangat penting. Amat perlu dapat hotel yang dekat dengan pintu masuk utama masjid, tempat tumpuan orang kebanyakan (ada restoran dan kedai-kedai) dan yang penting tanahnya landai. Di Mekah, di bahagian selatan Masjidil Haram kawasannya berbukit dan bukan pintu masuk utama. Kasihan kami tengok ada pakcik makcik yang terpaksa mendaki dan berjalan jauh ke pintu utama setiap hari untuk beribadah. Memang dapat hotel berbintang-bintang tapi perjalanannya?

Jadi boleh lihat dulu suasana di sini dan tempah semula hotel mana yang sesuai ya. Dua-dua hotel di Tanah Haram yang kami tempah di online kami batalkan tempahan. Kedua-duanya agak jauh. 2km dari masjid. Ikutkan kami biasa je berjalan jauh. Tapi di Tanah Haram ini, percayalah 700m jarak hotel dengan masjid adalah maksimum. Sebab ibadah di sini sendiri makan tenaga. Nak masuk ke pintu bangunan masjid sendiri dari pintu masuk perkarangannya da 100m paling sikit. Itu belum kira sesat nak cari pintu keluar lagi. The struggle is real..

Jadi kami cari sendiri hotel di sekitar masjid. Dapat hotel bajet SAR120 di Madinah untuk 2 malam dan SAR250 di Mekah untuk 3 malam. Bajet-bajet pun, toilet sangat bersih. Peti ais dan penghawa dingin tersedia. Kedua-duanya terletak di kawasan tumpuan penduduk. Jadi makan minum dan beli belah kami amat mudah dan murah. Nak ke masjid pun 10-15 minit jalan da sampai. Pokoknya bukan berapa bintang. Tapi lokasi hotel itu lebih penting.

5) Keperluan Umrah
Suami dapat beli kain ihram yang tebal dengan harga RM55 di Malaysia. Di Madinah ni ada je dijual harga lebih kurang. Jadi kalau tak dan nak beli di Malaysia, boleh beli di Madinah je. Masjid Bir Ali tempat miqat pun ada jual.

Orang cadangkan beli kasut tapak yang lembut untuk tawaf. Pada saya, tak perlu pun tak pe. Pakai waktu tawaf dan saie tu je. Lepas tu da tak pakai. Membazir. Kalau nak sangat, boleh beli di Madinah. SAR10 boleh dapat. Itu yang sangat best kalau kita ke Madinah dulu, baru ke Mekah. Tapi ni terpulang pada individu. Untuk orang yang macam saya, esok flight, esok juga la baru dapat cuti, memang ke Madinah dulu adalah pilihan terbaik. Tambahan pula, kondisi dan servis di lapangan terbang Jeddah tidak seefisien lapangan terbang Madinah.

6) Pengangkutan
Kalau kita ada keperluan nak ambil teksi, boleh survey dulu harga Uber yang jauh lebih murah dari teksi. Kami sayangnya tak dapat tempah Uber. Ada masalah dengan apps sebab tak pernah guna sebelum ni di Malaysia.

Teksi di sini memang letak harga yang mahal. Biasanya double dari harga biasa. Tak pandai tawar menawar, memang duit melayang banyak la.

Pengalaman pertama kami naik teksi sewaktu hendak ke Jabal Nur (Gua Hira'). Sebelum tu kami banyak naik bas je. Tahan teksi di depan hotel lebih kurang pukul 3 pagi. Ingatkan "thirteen riyal", rupanya "thirty riyal". Kami tak sempat nak tawar menawar, ie minta kurang lagi, sebelum masuk teksi tu. Silap di situ. Orang sini memang English ke laut. Jadi kena deal betul-betul dengan mereka. Jangan masuk teksi sebelum dapat harga yang puas hati.

Perkhidmatan bas jauh lebih murah. Tapi kebanyakan tempat lawatan orang seperti Jabal Nur, ladang unta etc tiada bas. 
Ni harga tiket bas kami survey: 
- Bas SAPTCO dari lapangan terbang Madinah ke Masjid Nabawi SAR10
- Bas SAPTCO dari Madinah ke Masjidil Haram SAR65. 
- Bas SAPTCO dari Masjidil Haram ke Airport Jeddah SAR30 (tapi kena ambil shuttle bus SAR20+ pula lepas tu untuk ke balai pelepasan antarabangsa yang 20km dari situ. Dan shuttle bus ni hanya beroperasi sehingga 12 tengah malam. Alternatif, ambil teksi ke terminal ni tapi harga SAR50 lah).
- Bas dari Masjidil Haram ke Tanaim (untuk miqat umrah dari Mekah) dalam SAR4, tunggu bas di depan masjid.

7) Sedeqah
Yang paling penting, jimat-jimat juga. Ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersedeqah. Kita bagi sikit, Allah balas banyak. Di depan Masjidil Haram, ada banyak kedai makan yang sediakan makanan untuk faqir miskin dengan sedeqah yang kita beri. SAR100 tu boleh pilih untuk beri kepada berapa orang asnaf. Kalau sesiapa nak bayar kafarah ke memang mudah la di sini.

****
Apa pun, sentiasa tanamkan dari awal, umrah itu mudah. Kita fikir mudah, Allah bagi mudah la.. Kita nak pergi beribadah di rumah Allah, kita nak ziarah rumah kekasihNya. Pasti Allah akan mudahkan. Letakkan nawaitu dari awal, hendak ke sini. Allah akan lorongkan jalan untuk hambaNya yang meminta dan berusaha.

Alhamdulillah walaupun umrah kami banyak yang buat sendiri, khidmat dan support dari travel agency kami amat terbabow. Touched down sahaja di Arab Saudi, imigresen tak tanya pun mutawif kami mana, kami ikut agensi mana. Dan kami sangat puas hati sebab kami dapat laksanakan umrah ikut cara yang kami nak.

Paling penting, moga Allah terima ibadah kami dan kita semua. Dan moga Allah beri kesempatan untuk kita semua untuk jejakkan kaki ke sini. Amiin..

Dipersilakan untuk share supaya lebih ramai beroleh manfaat.

Tips Umrah 1: Suhu Sejuk

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10215304277030256&set=a.2022911062480.123138.1535085079&type=3&theater

Tips Umrah 2: Tukar Duit

https://www.kofkino.com/chronicle/cara-mudah-menukar-matawang-asing-ketika-mengerjakan-umrah/

Kedai 2 Riyal

Kredit: Facebook Nur Suhaila Zulkifli
Teruskan membaca

Ahad, 17 Disember 2017

(Cerita) Beli makanan kucing pun di Lazada

Makanan kucing pun, saya beli online di Lazada.


Semasa sale 1212 hari tu, murah juga harga makanan kucing ni.
Teruskan membaca

Sabtu, 16 Disember 2017

(Makan) Jagung dalam cawan

Hujan2, makan jagung dalam cawan, memang terbaik.

Jagung dalam cawan.

Di tempat saya, jagung ini masih dijual RM2 secawan. Murah kan?
Teruskan membaca

(Info) 9.6 juta rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi

Untuk kesedaran bersama, saya nak share...

9.6 juta rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi.

Sumber: National Health & Morbidity Survey 2015

Bahaya kolesterol tinggi, boleh menyebabkan strok (lumpuh). Mencegah sebelum parah, jaga pemakanan semua!
Teruskan membaca

(Info) Kebaikan ambil oat beta-glucan

Kenapa saya minum Biogrow Oat BG22? Sebab oatnya ialah oat beta-glucan.

Saya share gambar kebaikan ambil oat beta-glucan...


Inilah sebab saya pilih Biogrow Oat BG22.
Senang nak minum, bancuh dgn air sejuk & minum. Selalu saya campur dalam susu Omega. Sedap!


Korang pun boleh cuba juga! 
Teruskan membaca