label

Ahad, 29 April 2018

(Sekolah) Gambar-gambar sekitar Pertandingan Bicara Berirama 2018

Gambar-gambar sekitar Pertandingan Bicara Berirama 2018 semalam.

Sebelum bertolak ke lokasi pertandingan..



Di lokasi pertandingan. Sebelum balik, bergambar ramai2 sebagai kenangan.





Semalam, selain pertandingan bicara berirama, ada juga pertandingan bercerita & bahas ala parlimen. Sekolah saya johan bahas ala parlimen. Tahniah!
Teruskan membaca

(Video) Persembahan penuh Bicara Berirama SKTPW 2018

Semalam pertandingan bicara berirama 2018 peringkat daerah.

Saya kongsikan gambar2 & video penuh murid2 sekolah saya.









Video

Mereka telah lakukan yg terbaik tetapi masih belum ada rezeki. Takpe, jangan putus asa. Kita cuba lagi pada masa yg akaxn datang.
Teruskan membaca

Sabtu, 28 April 2018

(Cerita) Dugaan balik dari Pertandingan Bicara Berirama 2018

Hari ini pertandingan Bicara Berirama 2018. Esok baru saya update tentang pertandingan itu.

Sebelum tidur, saya nak kongsi kisah saya semasa nak balik dari pertandingan tersebut.

Waktu hantar murid, hujan turun dgn lebatnya. Saya belum makan nasi seharian atas sebab2 tertentu.

Nak balik rumah, jalan jammed sebab hujan & banjir di sesebuah tempat.

Alamak perut saya semakin lapar sebab belum makan nasi. Saya cuma makan roti je pagi tadi.

Jam dah 5.44 ptg. Perut semakin lama semakin lapar.

Nak singgah McD Pandan, ramai orang.

Saya pusing & pergi  di McD Tebrau. Pun ramai orang.... Saya memang nak makan di restoran makanan segera sebab cepat & nak hilangkan penat duduk lama dalam kereta. Bosan terperangkap dalam kesesakan.

Akhirnya saya makan di KFC Taman Molek.

Tengok, mata saya merah sebab kurang minum air.

Pukul 7 baru sampai umah.

Sampai rumah, sedapnya mandi & dapat baring dalam bilik.
Teruskan membaca

Jumaat, 27 April 2018

(Sekolah) Skrip Bicara Berirama 2018 siap!

Skrip bicara berirama untuk pertandingan esok dah siap.

Saya sediakan 5 salinan untuk hakim.

Skrip ni kena murnikan & cetak paling akhir sekali sebab semasa latihan, ada sahaja dialog yg diubah suai.

Doakan kami esok!
Teruskan membaca

Khamis, 26 April 2018

(Sekolah) Latihan terakhir Bicara Berirama tahun ini

Diam tak diam, hari ini hari terakhir latihan bicara berirama pada tahun ini. Sabtu ni dah nak bertanding.

Selepas latihan hari ini, bergambar kenangan bersama pasukan bicara berirama sekolah saya. 





Raptai penuh semalam.

Doakan pasukan sekolah saya menang lusa. Good luck semua!
Teruskan membaca

Rabu, 25 April 2018

(Sekolah) Pertandingan boling Hari Guru 2018

Cerita malam semalam.

Pertandingan boling Hari Guru 2018.

Pertandingan diadakan di Tiram Bowl.

Hubungan rapat guru2 sekolah saya.

Selesai pertandingan.


Saya tak menang tetapi tetap tersenyum. Just for fun.

Habis main boling, singgah kedai makan jap dgn kawan2.

Pukul 12.45 sampai rumah malam tadi.
Teruskan membaca

Selasa, 24 April 2018

(Sekolah) Kertas soalan peperiksaan siap

Alhamdulillah...

Kertas soalan peperiksaan setengah tahun siap.

Khamis ni dateline..
Teruskan membaca

(Cerita) Kek Secret Recipe diskaun RM21 habis

3.22 petang saya singgah di Secret Recipe untuk beli kek diskaun RM21 tu...

Sampai di kedai, kek diskaun tu dah habis. Cepatnya habis... Takpe, saya takde la tahap mengidam nak makan kek.

Tak dapat beli kek diskaun takpe, saya singgah KFC untuk tapau lunch.

Sementara tunggu naget siap di masak, saya selfie jap.. A a.. Patutlah orang tegur mata saya merah hari ini.

Inilah takdir kehidupan. Lain yg kita nak beli, lain pula yg kita beli.
Teruskan membaca

Isnin, 23 April 2018

(Cerita) Tolak ajar tuisyen

Ini cerita yg semua kawan saya tak tahu.

Minggu lepas, saya telah ditawarkan menjadi guru tuisyen di salah sebuah tempat ni. Ibu bapa hanya suruh saya ajar anak mereka (8 tahun) membaca sahaja di rumah.

Jumaat, 9.00 malam saya bawa bahan ini untuk interview dgn pihak pusat tuisyen tersebut.

Alhamdulillah, saya berjaya & lulus interview. Tetapi.... Saya baru tolak tawaran tersebut. 

Saya risau saya tak mampu beri komitmen sepenuhnya kerana masa yg ditawarkan tidak sesuai dengan saya.
Teruskan membaca

(Cerita) Dah pandu kereta, baru teringat...

Situasi balik sekolah tadi..

2.00 petang : balik awal dari sekolah.

2.30 petang: sampai rumah.

2.35 petang: mandi & bersiap

2.45 petang: makan jap..

3.15 petang: masuk kereta & start enjin balik. Nak pergi ke kedai kek.

Dalam kereta...

Alamak lupa, promosi kek Secret Recipe, bukan hari ini tetapi esok.

Mati2 ingatkan hari ini 24 April. Last2, saya singgah kedai runcit beli roti je...

Dah la hari hujan...

Bertabahlah.
Teruskan membaca

Ahad, 22 April 2018

(Sekolah) Pelancaran Highly Immersive Programme 2018

Cerita pagi tadi...

Pelancaran Highly Immersive Programme 2018.

Setiap guru dapat badge ni. Speak English with me, please...!



Gimik perasmian.


Nyanyian murid.

Program ini melibatkan kerjasama ibu bapa & pihak luar.
Teruskan membaca

Jumaat, 20 April 2018

(Cerita) Mydin Kulai

Pertama kali berbelanja di sini...

Mydin Kulai.

Murah Nutrifres ni..

Kekok juga nak berbelanja di sini sebab tak biasa. Suasananya pun lain dgn Mydin yang selalu saya pergi.
Teruskan membaca

Khamis, 19 April 2018

(Sekolah) Main lipstik

Cerita di kelas tahun 6 pagi tadi, ada 2 orang murid perempuan datang mengadu...

Murid: Cikgu, semalam Zack (bukan nama sebenar) main lipstik.

Saya: Ha? Main lipstik? (Buat apa budak laki bawa gincu pulak ni...)

Saya: Kelas, boleh ke bawa lipstik ke sekolah?

Murid lain: Lipstik apa cikgu?

Saya: Lipstik la... Gincu!

Murid tadi cakap balik..

Murid: Lipstik getah tu la cikgu.

Saya: Itu lastik, bukan lipstik.

Hehehe... Maaf, saya terus ketawa.


Pengalaman lucu hari ini.
Teruskan membaca

Rabu, 18 April 2018

(Cerita) Kebiasaan sebelum tidur

Sebelum tidur, biasanya saya akan...

1. Gosok gigi
2. Kumur guna ubat kumur
3. Pakai retainer gigi
4. Cuci muka
5. Pakai minyak argan pada muka

Selepas siap 5 langkah di atas..

Oke, dah boleh tidur. Selamat malam.
Teruskan membaca

(Sekolah) LDP VLE Frog

Pukul 2.00 petang tadi...

Bengkel LDP VLE Frog

Jumpa balik rakan lama yg pernah menjadi guru di sekolah saya. Beliau kini pegawai di PKG.

Itu je nak share. Hehehe...
Teruskan membaca