label

Jumaat, 23 Oktober 2020

(Mi Casa) Tupperware Quick Chef

Saya beli Tupperware Quick Chef di Shopee untuk memudahkan kerja saya memasak di dapur.

Tupperware Quick Chef. Berbaloi beli sebab senang nak kisar bahan-bahan untuk masakan dan jimat elektrik. Senang dan sekejap je nak kisar bahan masakan.

Saya dah guna pagi tadi untuk kisar bawang dan cili padi untuk masak nasi goreng. Memang puas hati!

Pada pendapat saya, tak rugi beli gajet di dapur seperti Tupperware Quick Chef ini sebab memudahkan kita masak.

Jumaat, 16 Oktober 2020

(Cerita) Kembali mengambil chia seed

Saya kembali mengambil chia seed.

Saya beli chia seed ini di Shopee.

Antara kebaikan chia seed ialah membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. insya-Allah.

Khamis, 15 Oktober 2020

(Masak) Bakar ayam guna Air Fryer Perrysmith

Hari ini saya merasmikan air fryer Perrysmith saya. Saya bakar satu ekor ayam di dalam air fryer ini.

Badan air fryer ini ada bahagian lutsinar. Boleh tengok hasil masakan kita di dalamnya.

Hasil ayam bakar saya. Ada hitam sedikit sebab letak madu dalam bahan perapan. Saya masuk 1 ekor terus ayam yang telah dipotong.

Ulasan saya tentang air fryer Perrysmith ini, saya puas hati. Alhamdulillah.

(Mi Casa) Air Fryer 8.5 liter Perrysmith

Saya beli air fryer yang besar sedikit jenama Perrysmith di Lazada. Saya beli sebab besar dan untuk memudahkan urusan memasak saya.

Air fryer dual speed jenama Perrysmith.

Beginilah rupanya.

Saya lebih suka peralatan yang menggunakan butang pusing macam ni...

Rupa dalam air fryer ini.

Bagusnya air fryer ini ada alat berpusing ni. Jika kita goreng kentang, kentang akan masak sekata sebab alat ini akan berpusing.

Rupa periuk air fryer ini. Besar, boleh bakar 1 ekor ayam terus.

Dapat periuk untuk bakar kek juga.

Bagi saya, spefikasi air fryer ini menarik dan harganya berpatutan. Nanti saya share hasil saya masak guna air fryer ini. Jumpa lagi!

Sabtu, 10 Oktober 2020

(Cerita) Tampal gigi

Tampal gigi lagi hari ini. Sebulan tampal sebatang gigi. Dijangka sampai bulan puasa tahun depan, saya akan ke sini untuk tampal gigi.

Saya tampal gigi di Klinik Ukasyah.

Sebelum gigi berlubang besar, lebih baik tampal. Begitulah nasihat doktor.

Jumaat, 9 Oktober 2020

(Cerita) Beli alat pemadam api saiz kecil

Timbul kesedaran dalam diri untuk saya memiliki alat pemadam api sendiri sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara yang tidak diingini sama ada di rumah atau di dalam kenderaan.

Saya beli alat pemadam api bersaiz kecil ini. Kuantitinya 1kg boleh tahan simpan sehingga 10 tahun.

Kalau tiada kebakaran, kita boleh gunakan alat ini untuk memadamkan api ketika membakar sampah dan sebagainya. Kira, tak rugi jika kita ada benda ni.

(Sekolah) Cap nama dan tanda nama jawi saya

Alhamdulillah, cap dan tanda nama jawi saya dah sampai. Saya beli di Shopee.

Saya menyokong kempen memartabatkan tulisan jawi.

Saya tempah cap dan tanda nama di sini. Kalau ada sesiapa nak tempah, bolehlah cari kedai tersebut di Shopee. Recommended!

Beli cap nama dan tanda nama di Shopee lebih murah daripada pasaran biasa. Sebab itu saya suka beli barang di Shopee.

Khamis, 1 Oktober 2020

(Sekolah) Cerita kasut

Ini cerita semalam. Baru hari ini saya sempat update di blog. Selamat mengikuti kisah ini.


Ini situasi di dalam kelas darjah 6 saya semalam...

Saya: Saya nak tanya, ada tak murid kelas ini yang belum pernah pergi zoo?

Seorang murid perempuan mengangkat tangan lalu seorang murid lelaki mengejek murid perempuan tersebut. Kata murid lelaki itu...

Murid: Zoo pun tak pernah pergi. Hahaha... (Ada murid lain ikut ketawa tanda mengejek).

Saya apa lagi, saya tegur murid-murid itu diikuti dengan sebuah cerita kasut.

Saya: Jangan ketawakan orang yang tak pernah pergi zoo. Kehidupan setiap orang tak sama. Tak semua orang dalam dunia ni kaya. Mungkin awak tak pernah rasa miskin tetapi saya dah banyak jumpa murid sekolah yang susah.

Suara saya menjadi sebak, saya sambung cerita saya...

Saya: Saya pernah jumpa murid yang tak pernah makan mewah pada hari raya. Sebab apa? Sebab mereka tak mampu. Duit raya mereka habis beli lauk seharian. Awak tak pernah jumpa kan?

Saya: Pernah dengar tak cerita kasut murid? Pernah keluar tv cerita tu. Itu ialah kisah benar. Seorang abang dan adik berkongsi kasut sebab mereka hidup susah. Si adik selalu datang lewat dengan kasutnya kotor. Si adik juga pernah dirotan kerana lewat. Sebab apa? Sebab adiknya akan pergi ke sekolah selepas abangnya di sesi pagi balik ke rumah. Mereka ada sepasang kasut sekolah sahaja.

Cerita kasut itu telah membuka mata murid. Ada murid yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Suasana di dalam kelas menjadi sunyi sepi. Cuma suara saya sahaja yang berkumandang.

Selepas saya tamat bercerita, seorang murid lelaki lain bersuara. Tiba-tiba, aku jadi sedih. Huhuhu...

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua :)