label

Khamis, 18 Julai 2019

(Sekolah) Fire Drill 2019

Hari ini ada latihan kebakaran (fire drill) di sekolah saya. Pihak bomba diundang untuk menunjukkan demonstrasi cara memadamkan kebakaran dgn betul. Saya kongsi gambar2 fire drill pagi tadi.










Terima kasih kepada pihak bomba & guru2 yg terlibat.

Teruskan membaca

Rabu, 17 Julai 2019

(Cerita) Beli GoPro Hero 7 Black di Lazada

Bismillah...

GoPro7 Hero Black saya dah sampai.

GoPro 7 Hero Black. Pada 12/7/19 ada jualan murah di Lazada. Jadi, dapatlah saya beli barang kehendak saya ini. Sebelum ni, ada la menabung sikit2.

Saya beli di Lazada. Selain murah, dapat banyak free gift juga.

Alhamdulillah.
Teruskan membaca

(Cerita) Servis major kereta

Balik sekolah hari ini, saya terus ke pusat servis kereta. Saya dah buat janji temu servis kereta hari ini.

Hari ini kena buat servis major, kena tunggu dalam 1 jam.

Sedap pulak biskut Perodua ni. Biskut rasa buah apa entah... Sedap!

Minum petang di Perodua.

Alhamdulillah, sebelum pukul 4.00 dah siap. Sempat balik rumah tengok drama Turki TV3. Hehehe..
Teruskan membaca

Selasa, 16 Julai 2019

(Cerita) Tak nak order Milo Ais gelas besar lagi...

Petang tadi, saya keluar makan di luar. Selalu saya nampak adik saya minum ni...

Milo Ais Gelas Besar. Saya pun hari ini cuba minum air Milo gelas besar ni...

Saya order chicken chop sekali.

Selepas habis makan & minum, saya rasa cukup sekali saya order air gelas besar ni. Saya tak mampu nak habiskan. Bukan tak sedap, tetapi perut saya tak mampu nak tampung air sebanyak itu.

Selepas ini, sehaus macam manapun, saya akan order air gelas biasa je. Serius, rasa buncit perut seketika minum air gelas besar. Huhuhu...

Teruskan membaca

Isnin, 15 Julai 2019

(Teaser) Pengganti Huawei P9 saya...

Sebenarnya, saya dah beli pengganti telefon Huawei P9 saya cuma belum tukar telefon je... Rasa sayang pulak nak berpisah dgn Huawei P9.

Teaser... Sedikit rupa telefon pintar baharu saya.

Saya rahsiakan dulu jenama & model telefon pintar baharu saya. Pembayang, harganya bawah RM900.

Nak tahu jenama apa? Tunggu saya tukar telefon pintar secara rasmi ye... Nanti saya update di blog.

Teruskan membaca

(Cerita) Huawei P9 saya semakin membimbangkan

Telefon pintar saya semakin lama semakin tidak tahan baterinya. Sekejap je boleh habis baterinya. Kadang2, tiba2 habis bateri di saat saya memerlukannya.

Huawei P9 saya. Saya sayang telefon pintar ni...

Sebelum ini saya pernah update tentang telefon saya. Mungkin sebab motherboard nya dah rosak, tu yang jadi macam sekarang 

Kena terima hakikat, peralatan elektronik, sampai masa akan rosak juga.

Teruskan membaca

Sabtu, 13 Julai 2019

(Cerita) Buku Hijau Saya

Waktu saya belajar di UKM, saya ada buku catatan tentang assignment, program, apa yg perlu dibuat & catatan perkara2 penting. 

Selepas tamat belajar di UKM, saya tak guna lagi buku catatan. Mulai hari ini, saya nak buat balik buku catatan saya supaya saya dapat susun jadual saya dgn lebih sistematik. 

Buku Hijau Saya. Saya beli buku ni di kedai Eco.

Boleh je nak guna smartphone untuk buat catatan tetapi saya lebih suka buku. 
Teruskan membaca

Jumaat, 12 Julai 2019

(Cerita) Beli barang Watsons di Shopee pada 7 Julai 2019

Pada 7/7/2019 ada jualan murah 0707 di Shopee. Saya sempat beli barang2 di Watsons Shopee sebab ada barang2 di bilik mandi dah nak habis.

Semalam barang saya sampai. Kemas bungkusan dari Watsons ni...

Saya tunjukkan apa yg saya beli...

Saya beli penimbang. Hehehe...

Saya beli eye glo..

Saya beli syampu..

Saya beli skrub muka. Pertama kali cuba skrub muka St Ives Green Tea.

Saya beli refill Lux. Beli banyak terus sebab murah.

Dah lah murah, saya dapat diskaun RM17 lagi belu pada 7/7/19. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Khamis, 11 Julai 2019

(Makan) Durian Cheese Tart Ikea

Test.. test..

Malam ni saya nak cuba makan ini...

Durian cheese tart Ikea. Cashier Ikea yg cadangkan cuba cheese tart ni sebab sedap.

Betul la... Sedapnya! Halus je intinya masuk dalam tekak. Rasa durian D24 nya terasa di mulut. 

Harga sebiji tart durian ini RM6.50. Berbaloi dgn kualitinya.

Cubalah! Memang sedap! Alhamdulillah.

Teruskan membaca

Isnin, 8 Julai 2019

(Sekolah) Potluck Syawal Yang Tertunda

Disebabkan pada bulan Syawal, cikgu2 sibuk, hari ini kami mengadakan potluck sempena Syawal yg dah berlalu. Namanya Potluck Syawal yang Tertunda.

Siap ada kek.

Saya bawa kurma ayam. Gigih bangun awal masak kurma ayam.

Cerita selanjutnya di video ini...


Seronok makan ramai2 macam ni. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Khamis, 4 Julai 2019

(Sekolah) Potluck Durian 2019

Musim durian tiba lagi...

Hari ini ada potluck makan durian di sekolah saya. Berikut gambar & video potluck durian siang tadi...


Tengok video dulu...

Meriah kan?






Ada pulut & serawa durian sekali...

Terima kasih kpd kpd penganjur potluck durian ini. Alhamdulillah.

Teruskan membaca

Selasa, 2 Julai 2019

(Sekolah) Bengkel Teknik Menjawab Kertas Penulisan Bahasa Melayu 2019

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Penulisan Bahasa Melayu 2019 diadakan pada hari ini. 

Alhamdulillah, satu program panitia BM dah dilaksanakan.

Banyak cabaran yg dihadapi untuk mengadakan bengkel ini. Alhamdulillah, kawan2 banyak tolong saya. Jasa kalian dikenang.
Teruskan membaca

(Cerita) Tangan kering dan sensitif

Waktu rehat makan di kantin pagi tadi, saya tak perasan jari tengah saya luka berdarah.

Maaf, nampak darah saya.

Saya tak tahu berdarah sebab apa? Yang saya tahu, saya mengalami masalah kulit kering & sensitif. Bukan mengada2, tetapi jari saya mudah cepat luka.

Saya ada aqua cream tetapi kebiasaannya, malas pulak nak sapu. Huhuhu...

Teruskan membaca

Isnin, 1 Julai 2019

(Sekolah) Rewang stapler bahan bengkel

Esok ada bengkel teknik menjawab soalan BM Penulisan UPSR 2019. Pagi tadi, penceramah baru hantar telegram bahan untuk murid. 

Pagi tadi, saya print & hantar raso bahan untuk bengkel esok di pejabat. Terima kasih kpd kerani yg bantu saya.

Selepas habis pdpc, barulah saya & kawan2 stay di sekolah jap untuk stapler bahan tersebut. Terima kasih kawan2...

Bahan bengkel esok.

Saya videokan kenangan stapler bahan bengkel bersama kawan2 petang tadi. 


Walaupun penat tetapi seronok dapat team kerja yang baik. Alhamdulillah.

Semoga bengkel esok berjalan lancar.
Teruskan membaca

Jumaat, 28 Jun 2019

(Mi Casa) Beli cat repellent di Daiso

Selepas ke Pejabat Pos Bandar Dato Onn, saya singgah ke Aeon Bandar Dato Onn untuk pergi ke Daiso.

Saya beli cat repellent di Daiso. Tujuannya, supaya tiada kucing yg berak di halaman rumah saya.

Kawan saya yg cadangkan produk ini. Nanti saya cuba ye... 

Untuk pengetahuan anda, jiran saya ada bela banyak kucing. Kucing dia suka berak di halaman rumah saya. Jadi, saya perlukan produk ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Harap2 berkesan.


Teruskan membaca

(Cerita) Beli Giselle Food Processor di Shopee

Barang yg saya beli di Shopee dah sampai di Pejabat Pos Bandar Dato Onn hari ini. Pagi tadi, saya pun pergi mengambil barang tersebut...

Saya beli Giselle Food Processor di Shopee. Beli kelmarin, hari ini dah sampai. Cepatnya...

Nanti saya dah buka kotak ini, saya kongsi cerita tentang food processor ini ye...

Tunggu update seterusnya...

Teruskan membaca

Khamis, 27 Jun 2019

(Cerita) Kenapa harga Cool Blog coklat tak sama?

Kerana ingin kepastian, saya beli lagi Cool Blog coklat di Tesco Plentong hari ini.

Ceritanya begini, sebelum ini saya pernah beli Cool Blog coklat di Econsave Taman Daya. Harganya RM6.30. Saya terkejut sebab sebelum ni beli di Tesco Plentong harganya tak sampai RM5.00.

Hari ini saya beli di Tesco Plentong lagi. Harganya RM4.80 untuk Cool Blog perisa coklat campur bubble.

Bila tanya staf, memang harga Cool Blog di setiap tempat tak sama ke? Jawapan pekerja itu, harga ikut francais. Harga Cool Blog RM6.30 tu dah termasuk harga bubble & smoothies (sepatutnya pilihan pembeli). Di Econsave Taman Daya dah ditetapkan RM6.30. Kalau di Tesco Plentong, pekerja akan tanya pembeli dulu. Selalu saya beli Cool Blog coklat campur bubble sahaja.

Begitulah cerita Cool Blog & saya.

Teruskan membaca

(Cerita) Pertama kali kena saman MBJB

Hari ini pertama kali saya kena saman dengan MBJB. Sebabnya saya parking kereta tak letak kupon sewaktu makan di Restoran Remaja, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda. Saya tak tahu parking depan restoran tu kena ada kupon.

Notis kompaun. Kena denda RM30.00.

Selepas kena, saya terus ke MBJB di Jalan Dato Onn untuk dapatkan diskaun 60%. Jadi, tadi kena bayar RM12.00 sahaja.

Pengajaran untuk saya hari ini. Selepas ini, kena berhati2 ketika parking kereta di BBU.

Teruskan membaca

Selasa, 25 Jun 2019

(Cerita) Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Udara Kali Kedua

Hari ini sekolah saya dicutikan sehingga hari Khamis akibat pencemaran udara di Pasir Gudang. Kali kedua dah cuti sekolah khas sebab pencemaran teruk di Pasir Gudang.


Saya sempat ambil gambar kolam ikan di sekolah kelmarin. Tiada kaitan gambar ini dgn pencemaran udara.

Kebaikan cuti ni untuk saya ialah saya memang tidak sihat & batuk2. Jadi, bolehlah saya berehat secukupnya di rumah.

Semoga masalah ini cepat selesai.

Teruskan membaca

Isnin, 24 Jun 2019

(Kenangan) Kajian Luar di Tanjung Gemok 2009

Gambar kenangan 10 tahun lepas...

Kajian Luar Kajian Sosial di Tanjung Gemok, Pahang.

Waktu saya KPLI ni... Satu perangai saya dari dulu sampai sekarang ialah suka bergambar. Kadang2 bergambar yg pelik2. Hehehe....
Teruskan membaca

Ahad, 23 Jun 2019

(Review) Brown Sugar Bubble Milk Family Mart

Ini cerita semalam. Akhirnya setelah 3 kali ke Family Mart, kali keempat baru dapat beli air ni. Asyik habis je kalau saya datang ke Family Mart.

Brown Sugar Bubble Milk.

Harganya RM4.90 tengah offer sampai 25/6/2019. Susunya daripada susu segar jenama Farm Fresh & diletak bubble hitam tu & gula perang. Rasanya tidak terlalu manis. Rasa manisnya dapat daripada bubble & gula perang. Okelah...

Selamat mencuba!
Teruskan membaca

Sabtu, 22 Jun 2019

(Sekolah) Jamuan Raya 2019 - Part 2

Sambungan gambar Jamuan Raya di sekolah saya pagi tadi...









Hari ini saya sebagai jurugambar sekolah. Jadi, bolehlah ambil.gambar banyak2...

Teruskan membaca