label

Isnin, 31 Julai 2017

(Sekolah) Antara perkara paling menggembirakan bagi seorang guru

Hari ini kali kelima saya ajar Sejarah di kelas tahun 4 terakhir. Dalam kelas tersebut, ada seorang murid istimewa (masalah pembelajaran). Begini ceritanya,

Kali pertama: dia tak bawa buku teks & buku tulis sebab nak main kapal terbang. Saya marah dia sebab tak nak manjakan dia. Saya suruh dia simpan permainannya.

Kali kedua: dia mula bawa buku teks tetapi buku tulis takde. Takpe, asal dia tak main dalam kelas dan bawa buku teks, bagi saya dah oke.

Kali ketiga: masih sama, bawa buku teks sahaja.

Kali keempat: sama lagi. Bila murid lain menulis, dia duduk diam buat hal sendiri.

Hari ini, saya rasa gembira kerana..

Dia bersungguh menulis nota Sejarah yg saya tulis di papan putih. Siap lukis cantik lagi. Paling terharu, buku tulisnya, buku baru.

Alhamdulillah, inilah antara perkara yg menggembirakan bagi seorang cikgu apabila melihat perkembangan positif muridnya.

Nota kaki: murid tersebut bukan malas tetapi dia ada masalah pembelajaran. Jika kad OKU dia dah siap, dia akan berpindah ke sekolah khas.
Teruskan membaca

Ahad, 30 Julai 2017

(Sekolah) Potluck Pasca Raya

Beginilah suasana di bilik guru sebelum potluck bermula.

Aneka juadah terhidang rapi di atas meja. Ada nasi, lauk ayam, laksam, daging lada hitam, kek, kuih & macam2 lagi.

Hari ini kami buat potluck pasca raya di bilik guru. Rasa kenyangnya di sekolah, macam kenyang pada raya pertama. Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Sabtu, 29 Julai 2017

(Makan) Masak ayam masak merah untuk potluck

Esok ada potluck pasca raya di sekolah.

Selesai masak ayam masak merah untuk dibawa esok. Nampak berkecah tetapi rasanya boleh buat orang makan bertambah. Hehehe..

Okelah, selamat malam!
Teruskan membaca

(Download) Teks Pengacara Perhimpunan Rasmi Mingguan Sesi Pagi

Saya nak share Teks Pengacara Perhimpunan Rasmi Mingguan Sesi Pagi sekolah saya (sekolah Johor).


Download:



Teruskan membaca

(Cerita) Mudahnya bayar bil dengan Jom Pay

Selamat pagi.

Saya baru je bayar bil air dan Indah Water dengan menggunakan Jom Pay pada CIMB Clicks saya. 


Caranya mudah:

1. Buka CIMB Clicks

2. Klik Pay

3. Klik Akaun kita

4. Klik Jom Pay

5. Isi Biller Code (ada tulis dalam bil, ikut je nombor yang diberi).

6. Klik setuju & isi Ref-1 (rujuk bil)

7. Masukkan nombor TAC

8. Klik confirm.

9. Siap!


Lepas ni, tak perlu beratur lagi di Pejabat Pos atau di tempat pembayaran bil. Bayar di rumah sahaja.
Teruskan membaca

Jumaat, 28 Julai 2017

(Makan) Resipi kastad jagung mudah

Selamat pagi.

Pagi ini, saya buat kastad jagung. Saya nak share resipi dengan korang.

Kastad jagung. Baru siap letak dalam bekas, tinggal nak sejukkan.

Resipi:
1 cawan tepung kastad
1 tin susu cair
1 tin krim jagung 
2 1/2 cawan air
1 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit esen vanila
sedikit minyak jagung

Campur semua dalam periuk & panaskan dgn api yg kecil. Kena sentiasa kacau supaya masak merata.

Sentiasa kacau sehingga pekat macam ni..

Lepas kental, boleh dimasukkan ke dalam bekas & sejukkan.

Resipi saya ambil di facebook & ubahsuai sikit ikut selera saya.

Pada hari raya yg lepas, saya buat untuk saudara mara saya, laju sepupu2 saya makan. Sedap, lemak berkrim katanya. Hehehe.. 
Selamat mencuba!
Teruskan membaca

Khamis, 27 Julai 2017

(Sekolah) Update data

Selesai menanda, tugas kemas kini data menanti.

Hari ini, sambung kerja guru data pulak. Banyak juga data perlu dikemas kini.

Di bilik akses guru.

Tak siap keje ni di sekolah, saya akan sambung di rumah pula.

Teruskan membaca

Rabu, 26 Julai 2017

(Sekolah) Soalan awak mampu buat saya ketawa je...

Di dalam kelas Sejarah kelas darjah 4 (kelas terakhir)...

Saya: buka buku teks sejarah dan awak tengok dulu gambar zaman prasejarah.

Murid: cikgu, mereka tak pakai baju.

Saya: zaman prasejarah (dulu2) belum ada baju dan seluar macam sekarang. Manusia pada zaman itu guna daun & kulit binatang sebagai pakaian mereka.

Seorang murid Cina terus menyampuk...

Murid: cikgu!

Saya: ya, kenapa?

Inilah muka surat dalam buku teks yang murid2 tengok..

Murid: habis, perempuan nampak t***k la?

Saya & murid lain ketawa dalam kelas. Hahaha...

Maaf, saya tak mampu nak jawab. Jujur sangat perkataan kau! 

Harap2 murid itu faham kenapa saya ketawa. Cabaran ajar kelas last, mereka tak faham apa yg mereka tanyakan. Jarang saya ketawa dalam kelas tu.. Hehehe...
Teruskan membaca

(Sekolah) Kunjungan Roti Massimo

Hari ini sekolah saya dikunjungi pihak Roti Massimo. Mereka menjalankan aktiviti bersama murid.

Semua guru sesi pagi dapat buah tangan daripada pihak Massimo.

Sedap juga roti krim vanilanya.

Alhamdulillah. Ini antara seronoknya jadi cikgu.
Teruskan membaca

Isnin, 24 Julai 2017

(Sekolah) Ujian Percubaan UPSR bermula

Ujian Percubaan UPSR bermula hari ini.

Selesai sudah subjek BM pagi tadi.

Jumaat lepas, baru siap menanda ujian gerak gempur. Hari ini sambung tanda lagi kertas soalan percubaan.

Kepada rakan2, selamat menanda!
Teruskan membaca

Ahad, 23 Julai 2017

(Cerita) Kedai Eco Taman Universiti lebih besar, lebih sejuk

Kedai RM2 Eco di Taman Universiti, lebih besar, lebih banyak barang, lebih cantik dan lebih sejuk berbanding kedai Eco yang saya pernah pergi sebelumnya. Disebabkan kedai Eco di sini cantik, saya masuk ke dalamnya semalam.

Saya sempat masuk dalam kedai Eco ni semalam. Ramai orang!

Oke, selesai dah cerita semalam.

Lepas ni, boleh beli barang keperluan di kedai Eco ni. Murah!
Teruskan membaca

(Makan) Nasi ayam penyet Restoran Bibik

Ini cerita semalam.

Dari Pontian balik ke rumah, saya singgah di Restoran Bibik untuk makan nasi ayam penyet. Restoran ni terletak di Taman Universiti.

Nasi ayam penyet kesukaan saya. Tahun lepas harganya RM6, tahun ini RM7.

Suasana hijau & selesa makan di sini.


Semalam tengok menu, ada nasi sotong penyet & daging salai masak lemak cili padi. Boleh cuba kalau datang lagi.. 
Teruskan membaca

Sabtu, 22 Julai 2017

(Cerita) Survei rumah sampai di Pontian

Hari ini teman adik survei rumah di Pontian. Sebab rumah di JB harganya semakin mahal, dia nak survei rumah2 baharu di Pontian. 

Tempat pertama di Pontian Perdana.

Rumah banglo ini harganya setengah juta. Ada cerita tentang rumah ini.. Rupanya, adik saya tersilap tempat. Dia bukan nak ke sini sebenarnya, patutlah dia teragak2 nak masuk sini petang tadi. Kami sempat masuk & dilayan oleh jurujualnya. Memang besar dalamnya. Banglo katakan!

Rumah ini pula RM600k++

Gambar kenangan tanda dah sampai di sini. Hehehe...

Kami meneruskan perjalanan ke Parit Semerah, Pontian. Ini baru betul! Adik saya nak survei rumah di sini.

Masuk dalam show room rumah ini. Memang luas! Harga rumah ini hampir RM400k. Dah susah nak cari rumah bawah RM200k sekarang.

Berangan jap..

Selepas survei rumah, kami tapau sate & makan di taman permainan Pekan Nenas.

Hasil survei hari ini, semua rumah mahal2 belaka sekarang ini. Adik saya cuma tengok2 rumah je hari ini. Cuci mata. Hehehe.. Bye!
Teruskan membaca

(Makan) Cendol Pulut Mak Siti

Panasnya hari ini.

Terasa nak makan cendol.

Saya singgah di Gerai Cendol Mak Siti.

Sedap santannya, tak terlalu manis & tak muak. Harga semangkuk RM3.00.

Memang kena makan cendol panas2 begini.

Gerai Cendol Mak Siti terletak di tepi jalan nak menuju dari Taman Pulai Hijauan nak ke Pekan Nenas.

Ramai orang makan di gerai itu. Cubalah sendiri!
Teruskan membaca

Jumaat, 21 Julai 2017

(Makan) Mi hailam masak sendiri

Malam ni saya masak mi hailam.

Mi hailam. Saya tiru & ubahsuai ikut selera saya daripada buku resipi.

Mudah je cara nak masak mi hailam.

Saya share resipi:

1 kg mi kuning dicelur

Kuah:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 lada kering
Kisarkan

Isi ayam (ikut suka)
Lobak & kubis (ikut suka)
Sosej atau bebola daging
2 biji telur

Bahan perasa
Garam
Ajinomoto
Kiub ayam

Sos tomato
Kicap manis
Lada hitam
Sos tiram
Minyak bijan

Minyak utk menggoreng
Air
Tepung jagung

Cara:
1. Tumis bahan kisar.
2. Letak bahan perasa
3. Letak ayam
4. Letak air ikut suka
5. Biarkan sampai ayam masak
6. Letak sayur & telur
7. Pekatkan dgn larutan tepung jagung
8. Biarkan sampai masak.
9. Siap & boleh tambah lada jeruk.

InsyaAllah, rasanya sedap. Selamat mencuba!
Teruskan membaca

(Cerita) Langkah kanan servis kereta

Pagi tadi servis kereta, perut lapar sebab tak sempat sarapan.

Sementara menunggu kereta diservis, saya pergi di ruang makan. Selalu saya sarapan roti bakar je sebab ada roti dan jem.

Tetapi hari ini, lain sikit...

Ada kuih talam cendol, karipap sardin...

Soto ayam pun ada. Sedap sup ayamnya...

Langkah kanan saya servis kereta hari ini sebab disediakan juadah ala2 open house. Alhamdulillah.

Inilah yg dinamakan langkah kanan. Bye!
Teruskan membaca

Khamis, 20 Julai 2017

(Sekolah) Misteri lagu terpasang sendiri di bilik komputer

Pagi tadi di sekolah, saya dengar bunyi lagu Fattah Amin kuat berhampiran pejabat. Ingatkan bunyi tu di kawasan perumahan sebelah sekolah, rupanya di bilik komputer. Peliknya, bilik komputer masih tertutup & berkunci. Siapakah yang pasang lagu itu di dalam bilik komputer? 

Kelihatan bunyi lagu yang kuat itu dari sebuah komputer yang terpasang di dalam bilik komputer. Tingkap & pintu telah dikunci. Lampu pun dah ditutup oleh cikgu petang semalam. Selepas lagu Fattah Amin habis, sambung lagu Wani Hasrita & Tajul pula.

Berikut rakaman video bunyi lagu tersebut yg dianggap misteri kerana terpasang dgn tiba2.


Video 1

Video 2

Setelah disiasat dgn cikgu yg menutup & mengunci bilik komputer semalam, cikgu petang tersebut yakin dah tutup & kunci bilik komputer dgn betul. Jadi, lagu tersebut memang terpasang sendiri secara tiba2. Lagu itu dari Youtube & diklik pada autoplay. Mustahil cikgu petang tak sedar kalau komputer tersebut terbuka & berbunyi kuat dari petang semalam kan?

Cikgu yg datang awal pagi tadi kata, waktu dia datang, takde dengar bunyi lagu lagi. Hehehe...

Bila diingat balik, memang kuat bunyi lagu tu.. Seram pulak kita. Bye!
Teruskan membaca

(Cerita) Sempat beli kek Secret Recipe 3 potong RM20

Balik sekolah tadi pukul 2.30.

Sampai rumah pukul 3.15 sebab jam sikit.

Mandi & sebagainya pukul 4.00.

Ada lagi 1 jam, ada lagi ke promosi kek Secret Recipe 3 potong RM20?

Drive & sampai di Secret Recipe Taman Molek pukul 4.15.

Akhirnya....

Alhamdulillah, sempat beli pun..

Promosi kek hari ini, 3 potong RM20. Dari pukul 12.00 hingga 5.00 petang hari ini sahaja.

Kek ni, adik2 pun kirim juga. Bukan saya punya semua.

Alhamdulillah, sempat pun beli! Ingatkan datang lewat dah habis dah keknya.. Waktu saya pergi, tak ramai orang pun sebab bukan waktu puncak.

Iklan kek tersebut..
Teruskan membaca

Rabu, 19 Julai 2017

(Kenangan) Gambar di Air Pancut Istana Bukit Serene

Gambar kenangan saya bersama rakan2 di air pancut, hadapan Istana Bukit Serene.

Cantik kan?

Gambar saya bersama rakan2...







Pintu gerbang mahkota Sultan Johor.

Tak sah kalau tak bergambar kat sini..


Kawan2 bergambar.

Tempat ni memang sesuai untuk bergambar. Kalau datang, sila bergambar. Hehe..
Teruskan membaca