label

Isnin, 31 Julai 2017

(Sekolah) Antara perkara paling menggembirakan bagi seorang guru

Hari ini kali kelima saya ajar Sejarah di kelas tahun 4 terakhir. Dalam kelas tersebut, ada seorang murid istimewa (masalah pembelajaran). Begini ceritanya,

Kali pertama: dia tak bawa buku teks & buku tulis sebab nak main kapal terbang. Saya marah dia sebab tak nak manjakan dia. Saya suruh dia simpan permainannya.

Kali kedua: dia mula bawa buku teks tetapi buku tulis takde. Takpe, asal dia tak main dalam kelas dan bawa buku teks, bagi saya dah oke.

Kali ketiga: masih sama, bawa buku teks sahaja.

Kali keempat: sama lagi. Bila murid lain menulis, dia duduk diam buat hal sendiri.

Hari ini, saya rasa gembira kerana..

Dia bersungguh menulis nota Sejarah yg saya tulis di papan putih. Siap lukis cantik lagi. Paling terharu, buku tulisnya, buku baru.

Alhamdulillah, inilah antara perkara yg menggembirakan bagi seorang cikgu apabila melihat perkembangan positif muridnya.

Nota kaki: murid tersebut bukan malas tetapi dia ada masalah pembelajaran. Jika kad OKU dia dah siap, dia akan berpindah ke sekolah khas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan