label

Rabu, 29 Jun 2022

Selasa, 28 Jun 2022

(Sekolah) Majlis Persaraan Guru Besar

Hari ini Majlis Persaraan Guru Besar di sekolah.



Esok ada lagi majlis persaraan Guru Besar bersama murid.

Jumaat, 24 Jun 2022

(Sekolah) Bengkel Moral

Semalam saya tak dapat sertai Hari Sukan sampai habis sebab terlibat bengkel KRMJ bagi subjek Moral di SK Kota Masai 3.

Saya jumpa balik rakan sekelas di maktab dulu.

Semalam hari yang padat bagi saya.

Selepas Hari Sukan dan bengkel semalam, malamnya saya berehat puas-puas. Penat...

(Sekolah) Senamrobik Hari Sukan 2022

Hari Sukan 2022 pada tahun ini, tugas saya ajk senamrobik. Saya cuma ikut cikgu baharu yang memang bidang dia senamrobik ni... Video di hujung entri ini...



Video senamrobik.

Walaupun padang lecak, tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan tugas.

(Sekolah) Perbarisan Rumah Bentara Hari Sukan 2022


Video gimik perbarisan. Tema perbarisan rumah sukan Bentara pada tahun ini ialah Apple iaitu pengeluar iPhone sebab tema perbarisan pada tahun ini ialah ICT.

Walaupun bukan juara, saya gembira dengan persembahan mereka. Terima kasih semua!

(Lensa) Part 2 Gambar-gambar Hari Sukan 2022

Sambungan post gambar-gambar saya semasa Hari Sukan 2022 semalam. Gambar ini daripada kamera rakan sekerja.


Tahun ini kami pakai t-shirt sukan baharu sedondon. 

(Lensa) Gambar-gambar Hari Sukan 2022

Berikut gambar-gambar Hari Sukan di sekolah semalam...



Video perbarisan rumah sukan dan unit beruniform.


Ada lagi gambar. Bersambung part 2...