label

Khamis, 31 Ogos 2017

(Cerita) Kelajuan internet Webe

Test speed kelajuan internet Webe..

 
Oke la kan? Tadi download software, laju juga..
Teruskan membaca

(Cerita) Bertukar kepada Webe

Selamat Hari Kebangsaan ke 60!

Hari ini saya dah menggunakan Webe sebagai pelan pascabayar internet, panggilan & sms. Sebab guna Webe lebih berbaloi, saya bertukar kepada Webe.


Secara ringkas, kelebihan Webe ialah internet, sms & panggilan tanpa had dgn caj RM79 (belum termasuk GST). Boleh melayari internet tanpa had lepas ni, walau di mana jua berada.

Ramai juga kawan saya dah bertukar kepada Webe. Anda bagaimana?
Teruskan membaca

Selasa, 29 Ogos 2017

(Kenangan) Minggu Mesra Mahasiswa UKM 2005

Hari ini tertengok gambar mahasiswa baharu UKM menjalani Minggu Mesra Mahasiswa UKM di Facebook. Saya nak share gambar saya sewaktu menjalani Minggu Mesra Mahasiswa di UKM pada tahun 2005.

Zaman kurus waktu ni. Kami mahasiswa yang tinggal di Kolej Pendeta Za'ba.

Waktu ni tengah ada game antara mahasiswa baharu. Saya tukang sorak je..

Di dalam DECTAR.

Tengok balik gambar ni, terus teringat semua kenangan di UKM dahulu. Saya sempat homesick sebab ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga. 

Saya ada simpan banyak gambar lagi di UKM. Nanti saya share sikit2 di sini. Bye!
Teruskan membaca

(Cerita) Teh tarik Lipton Kaw

Disebabkan iklan, saya terpengaruh. Saya nak cuba teh Lipton Kaw pagi ini..

Saya beli di Tesco. Harga promosi RM8.99 percuma setin susu.

Teh tarik Lipton Kaw. Tak berapa pekat  rasa tehnya (saya bubuh 3 uncang) tetapi masih sedap.

Selamat bersarapan semua!
Teruskan membaca

Isnin, 28 Ogos 2017

(Makan) Candy kelapa

Dah lama tak makan candy kelapa ni..

Saya beli di sekolah candy kelapa ni. Ada kawan kpd rakan guru yg jual. Sebiji 35sen.

Sedapnya! Tak silap bahan yg digunakan ialah kelapa, susu & gula. Lemak manis rasanya.


Alhamdulillah. 
Teruskan membaca

Ahad, 27 Ogos 2017

(Cerita) Pizza Hut Damansara Aliff

Hari ini saya lunch Pizza Hut. Saya bungkus di Pizza Hut Damansara Aliff.

Customer service di sini sangat oke! Pembeli yang membeli secara bungkus akan diberi minuman percuma semasa menunggu. Cashier pun ramah!

Pizza beef pepperoni.

Alhamdulillah, kenyang makan pizza saiz besar cuma berharga RM15. Saiz sederhana pula RM10. Berbaloi!
Teruskan membaca

Sabtu, 26 Ogos 2017

(Makan) Maggi kari

Balik dari kelas tambahan, tekak teringin nak makan Maggi kari dimasak kering2. Sampai di rumah, saya terus masak Maggi.

Maggi kari dimasak kering tanpa kuah.

Sedap!

Saya memang simpan stok Maggi di rumah sebab ada ketika rasa teringin nak makan Maggi.
Teruskan membaca

(Sekolah) Kelas tambahan, dapat petai

Hari ini, giliran saya mengajar kelas tambahan. Setibanya di bilik guru tadi..

Ada murid beri saya sebungkus petai. Saya makan petai. Hehehe...

Suasana kelas tambahan. 

Alhamdulillah, nampak kesungguhan mereka. Ini gambar candid, diorang tak perasan pun..

Semoga usaha murid2 membuahkan hasil. Kepada pemberi petai, terima kasih!
Teruskan membaca

Jumaat, 25 Ogos 2017

(Cerita) Hero Market

Hari ini saya nak rasa suasana beli barang di Hero Market. Hero Market ini baru sahaja dibuka di Desa Tebrau, Johor Bahru pada 18 Ogos lalu.

Jom ikut saya!

Inilah pasar raya Hero Market. Belum siap sepenuhnya lagi bangunan kedainya.

Saya sampai sini dalam pukul 11 pagi. Ada 1 eskalator untuk naik & turun.

Hero Market sama seperti pasar raya lain cuma saiz kedainya lebih kecil.

Kawasan pasar basahnya.

Kawasan penjagaan diri.

Hari ini ramai orang beratur nak bayar di kaunter. Mungkin mereka pun sama seperti saya, nak cuba berbelanja di sini.

Selesai berbelanja.

Hari ini buat kad ahli percuma. Sah sehingga setahun, lepas tu renew RM5.

Bertambah lagi pilihan pasar raya orang JB berbelanja. Sebelum ini, saya suka berbelanja barang dapur di Tesco dan Econsave. Rasanya, lebih selesa berbelanja di Tesco atau Econsave sebab saiz kedainya yang besar.
Teruskan membaca

Khamis, 24 Ogos 2017

(Sekolah) Hari terakhir Kuarantin UPSR 2017

Ini catatan terakhir saya tentang program Kuarantin UPSR 2017 pada hari ini. Hari ini hari terakhir program kuarantin.

Sebelum kelas kuarantin, cikgu2 buat air dulu untuk minum petang. Ini air rut bir ais.

Lunch, kami sediakan kuih puteri ayu & pau kelapa.

Kelas kuarantin saya dari pkl 2.45 hingga 4.45 ptg.

Senamrobik.

Waktu minum petang, murid makan kuih vade & karipap sardin. Sebab saya penyelaras, saya order kuih ikut selera saya. Hehe..

Selepas selesai program kuarantin, sesi photoshoot bermula.

Saya suka gambar ni..

6.15 saya dah nak bergerak balik ke rumah.

Hujan lebat di sekolah.

Nak menuju ke rumah, cerah pula.

Alhamdulillah, selesai program Kuarantin 2017. Terima kasih kpd para guru yg beri kerjasama padu dlm program ini & ibu bapa yg pemurah. Bye!
Teruskan membaca

Rabu, 23 Ogos 2017

(Sekolah) Hari ketiga Kuarantin UPSR 2017

Ini cerita hari ketiga program Kuarantin UPSR petang tadi.

Guru2 menyediakan air oren Sunquick untuk minum petang murid. Biskut2 ni untuk murid makan sambil belajar dalam kelas.

Ada parents sponsor roti untuk murid.

Karipap panas ni pun parents sponsor.

Menu minum petang murid hari ini.



Saya stay lagi di sekolah petang tadi. Esok last day program Kuarantin.

Terima kasih kpd ibu bapa yg menghulurkan sumbangan & guru2 yg berdedikasi.

Donat coklat. Sedap kan menu minum petang hari ini?
Teruskan membaca

Selasa, 22 Ogos 2017

(Sekolah) Hari kedua Kuarantin UPSR 2017

Hari ini saya stay di sekolah sempena hari kuarantin UPSR 2017. Hari ini hari kedua. Berikut ceritanya...

Sebab dapat banyak sumbangan roti, susu & Milo daripada ibu bapa, kami buat roti sapu susu tabur Milo untuk makanan murid. Murid laju makan.

Makan petang murid.

Inilah kuarantin, murid stay sampai petang untuk study.

Santai2 minum petang.

& senamrobik sebelum balik.

Alhamdulillah, selesai hari kedua program ini. Terima kasih semua.
Teruskan membaca

Isnin, 21 Ogos 2017

(Sekolah) Sumbangan ibu bapa untuk Kuarantin UPSR 2017

Alhamdulillah, terharu tengok sumbangan ibu bapa untuk program Kuarantin UPSR yang bermula hari ini.

Ada kordial, susu, biskut, Milo & kopi untuk minum petang murid selama 4 hari.

Ada juga roti.

Ada juga yang menyumbang kuih.

Hari ini ada ibu bapa yang sumbang nasi lemak & bihun.

Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Dalam program ni, saya sebagai penyelaras.

Minggu lepas ingatkan sumbangan tak banyak tetapi sebaliknya sebab program tahun ini, tiada bayaran dikenakan untuk murid. Sebab itu, saya buat surat mohon sumbangan daripada ibu bapa.
Teruskan membaca