label

Jumaat, 30 November 2018

(Cerita) Happy birthday mak!

Happy birthday mak!

Kek untuk mak.

Selain kek, mak masak pulut kuning & rendang daging.

Semoga panjang umur & dalam rahmat Allah.
Teruskan membaca

Khamis, 29 November 2018

(Cerita) Air yogurt buah Farm Fresh, melancarkan...

Semalam saya minum sebotol air yogurt ni...

Air yogurt buah Farm Fresh

Beberapa jam kemudian, pencernaan saya tersangat lancar. Mungkin kesan daripada prebiotik dalam air yogurt tu.
Teruskan membaca

Rabu, 28 November 2018

(Cerita) Beli telefon Zenfone Max Pro M1 di Lazada

Semalam beli, hari ini dah sampai..

Siap kotak Lazada..

Pembungkusan yg memuaskan..

Saya beli telefon Zenfone Max Pro M1 di Lazada. Offer semalam hanya RM599 (Harga asal RM699), 3GB RAM & memori 32GB. Yg paling saya suka, baterinya 5000mah.


Rupa belakang

Rupa depan

Test...

Kepada kaki online atau kaki game, saya cadangkan telefon Zenfone Max Pro M1.
Teruskan membaca

Isnin, 26 November 2018

(Info) Sebab kena melancong di Turki


Jika anda bertanya pada saya negara mana yang saya jatuh cinta?

Saya akan pilih Turki, pergi banyak kali pun tidak akan pernah jemu.

Saya pasti anda juga akan jatuh cinta dengan Turki, silap hari bulan, dengan orang Turki sekali anda jatuh cinta.

Kenapa Turki?

1- Prosedur visa yang sangat mudah, percuma selama 90 hari.

2- Boleh menjelajah ke dua benua sekaligus asia dan eropah melalui selat Bosphorus.

3- Negara yang sangat luas untuk diteroka, terdapat 81 negeri semuanya di Turki.

4- Setiap inci tanah Turki pasti ada sejarahnya yang tersendiri, pergilah ke ceruk mana sekalipun, anda akan temui sesuatu yang unik dan indah.

5- Menikmati panorama dari atas udara dengan menaiki belon udara di Cappadocia, sebuah pengalaman yang sungguh indah mempersona.

6- Kota Istanbul merupakan antara salah satu kota tercantik di dunia. Terletak di antara dua laut iaitu laut Marmara dan laut hitam.

7- Merupakan pintu masuk ke negara eropah timur seperti Bulgaria dan Greece, anda boleh ke sana dengan menaiki bas, keretapi, feri dan kapal terbang tambang murah.

8- Bersempadan dengan negara Bulgaria, Greece, Cyprus, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria.

9- Di Bursa tempat bersemadinya jasad pengasas empayar islam Uthmaniyyah iaitu Osman Gazi.

10- Jika anda suka aktiviti musim sejuk, di Turki terdapat lebih dari 8 gunung ski resort, antaranya : Uludag Bursa, Erciyes kayseri, Kartepe, Sariksmis, Bitlis, Elmadag.

11- 98% penduduk negara Turki beragama islam.

12- Anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan tradisi Turki, kerana hampir kesemuanya adalah halal.

13- Dari Turki juga anda boleh ke serata negara eropah dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti ke German, Perancis, Poland, Greece, United Kingdom dan lain-lain.

14- Antara syarikat kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Turki ialah : Pegasus Air, Aegean, Air Arabia, Fly Dubai, Easyjet, Condo, Tuifly, Germanwing, Transavia, Norwegian.

15- Sebuah negara yang kaya dengan sejarah, budaya, tempat semula jadi, gunung ganang yang cantik, sungai dan tasik yang jernih.

16- Kos belanja yang tidak berapa mahal berbanding dengan negara eropah barat.

17- Negara yang sangat mesra pelancong, anda akan rasa selesa seperti berada dalam negara sendiri.

18- Negara yang telah dihuni oleh empat empayar besar seperti : empayar rom, empayar greek, empayar rom byzantium dan empayar uthmaniyyah.

19- Melihat hasil arkitek islam hebat Mehmed Aga iaitu Masjid Biru yang menjadi lambang kemasyhuran kota Istanbul selain dari Hagia Sophia.

20- Terletaknya sebuah makam sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di daerah Eyup Istanbul. Satu-satunya sahabat nabi yang syahid di bumi Turki.

21- Urfa, sebuah negeri yang digelar negeri para nabi, di sini terletaknya makam nabi Ayub as, nabi Ilyasa as dan makam isteri nabi Ayub as iaitu Siti Rahmah. Mengikut riwayat juga, di sini tempat lahirnya nabi Ibrahim as, juga tempat nabi Ibrahim dibakar oleh raja Namrud.

22- Bandar Urfa juga merupakan antara bandar yang tertua di dunia, mengikut riwayat, bandar Urfa telah dibangun semenjak zaman nabi Idris a.s.

23- Jika anda ingin melihat kota islam penuh, pergilah ke negeri Konya, sekitar 10-16 jam perjalanan dari Istanbul dengan bas atau keretapi, di sana tempat asasnya kerajaan islam bertapak di Turki iaitu kerajaan Seljuk.

24- Menikmati pemandangan taman kapas batu kapur putih yang unik di Pamukkale. Anda pasti terpegun.

25- Jika anda ingin menikmati alam flora dan fauna, Trabzon merupakan destinasi yang wajib anda pergi jika ke Turki. Terletak di persisir laut hitam.

26- Hatay atau Antakya, wilayah paling selatan di Turki, tempat bersemadinya jasad Habibi Najjar, kisahnya ada diceritakan di dalam surah yasin.

27- Pengangkutan awam yang sangat sistematik dan lengkap di seluruh negara Turki, pergilah ke ceruk mana pun di Turki, anda tidak akan menghadapi masalah pengangkutan awam.

28- Tempat berlakunya pertempuran antara kerajaan Troy dan Greek (Kisah ini ada diceritakan dalam filem Troy), di Canakkale anda boleh lihat replika patung kuda yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Troy.

Dan banyak lagi alasan kenapa saya cintakan Turki, jika mahu disenaraikan kesemuanya pasti panjang berjela post ini.

Semoga bermanfaat..:)

Kredit: Facebook Zaid Traveler
Teruskan membaca

Sabtu, 24 November 2018

(Aktiviti) Speed On Splash Run 2.0 di UTM

Aktiviti saya pagi tadi, menyertai Speed On Splash Run 2.0 di UTM.



Garisan permulaan

Berlari lalu kawasan perpustakaan ini, teringat kenangan saya belajar di UTM beberapa tahun lepas.

Banyak kenangan di perpustakaan ini.

Selesai berlari










Maaf banyak gambar selfie. Jumpa lagi tahun depan kawan2 dengan larian seterusnya.
Teruskan membaca

Jumaat, 23 November 2018

(Lensa) Bergambar dengan anak murid pada hari terakhir persekolahan 2018

Gambar2 semalam...
















Bergambar dengan anak murid pada hari terakhir persekolahan 2018 semalam. Jadikan kenangan di sini.
Teruskan membaca

Khamis, 22 November 2018

(Sekolah) Hari terakhir persekolahan sesi 2018

Hari ini hari terakhir persekolahan sesi 2018.


Selamat bercuti semua!
Teruskan membaca

Rabu, 21 November 2018

(Sekolah) Jamuan akhir tahun kelas 2018

Hari ini kelas-kelas dibenarkan mengadakan jamuan akhir tahun. Saya bukan guru kelas tetapi datang bertandang ke kelas rakan2. Macam hari raya pulak..

Banyak makanan yg disediakan.

Ada sate & beraneka kuih-muih.






Terima kasih kpd guru & murid yg menjemput saya makan hari ini. Esok hari terakhir persekolahan 2018.
Teruskan membaca