label

Ahad, 31 Mac 2019

(Cerita) Balik sekolah, pergi ke Ikea

Hari ini saya kembali bertugas di sekolah setelah lama bercuti. Tak nak cerita pasal di sekolah hari ini. Saya nak cerita tentang saya pergi ke Ikea balik sekolah tadi.

Macam biasa, saya beli kopi Ikea & coklat Ikea tengah offer. 2 bar RM5. Offer sampai 14 April ini.

Saya beli rak untuk microwave saya.

Saya tanya staf, bila offer baru untuk produk rumah Ikea, dia jawab hujung bulan April ni.

Itu je...
Teruskan membaca

Sabtu, 30 Mac 2019

(Sekolah) Gotong-royong pasca pencemaran udara

Hari ini sekolah saya mengadakan gotong-royong pasca pencemaran udara yg berlaku 2 minggu lepas.

Saya sebagai jurugambar...

Cikgu2 ceria bergotong-royong...


Cikgu2 berdedikasi membersihkan kelas...

Selepas selesai, kita rehat & makan kuih dulu...

Selesai gotong-royong.

Saya share video hari ini di sini...


Esok dah sekolah semula...
Teruskan membaca

Jumaat, 29 Mac 2019

(Aktiviti) Big Bad Wolf Mydin Mutiara Rini

Saya pertama kali ke Big Bad Wolf Book Sale ni..

Saya berada di Big Bad Wolf di Mydin Mutiara Rini. Rambang mata tengok harga buku murah2.

Selesai membeli buku & beberapa keping poster. Poster apa? Rahsia. Hehehe..

Saya share video semalam di sini..



Bye!
Teruskan membaca

(Makan) Texas Chicken Tasek Central

Semalam saya nak ke Big Bad Wolf di Mydin Mutiara Rini. Sebab perut lapar & teringin nak makan Texas Chicken, saya pergi dahulu ke Texas Chicken Tasek Central. Dekat je dengan Mydin Mutiara Rini.

Sarapan merangkap lunch terus di sini..

Saya makan ayam goreng.

Dan butter honey cookies.

Texas Chicken di sini tak ramai orang. Selesa nak duduk makan lama2.

Saya beli set ayam 8 ketul & 4 gelas minuman hanya RM38.00. Murah kan?

Teruskan membaca

Khamis, 28 Mac 2019

(Aktiviti) Bertolak balik dari Kelantan ke JB

Ahad - 24/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 14 (Akhir)

Saya dah nak balik ke JB. Bas saya sepatutnya bertolak pada pukul 8.30 malam tetapi...

Air cond bas rosak, bas bertolak lambat sebab tunggu pomen nak baiki bas tersebut. Akhirnya, nak dekat pukul 10 malam baru bas bergerak.

6.00 pagi keesokannya, bas tiba di Masjid Merchong. Saya solat subuh di sini.

Alhamdulillah, hampir pukul 10.00 pagi saya sampai di stesen bas Larkin. Selesai percutian saya di Kelantan. Saya penat duduk lama di dalam bas tetapi gembira.

Tamat..
Teruskan membaca

(Aktiviti) Pantai Irama Bachok

Ahad - 24/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 13

Selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan rakan, kami singgah di Pantai Irama Bachok. 

Cantik pemandangan...

Lautnya pun cantik...









Macam biasa, kami datang untuk melihat keindahan pantai & bergambar.

Saya share video di sini..


Inilah destinasi terakhir saya di Kelantan sebelum bertolak balik ke JB.

Bersambung...
Teruskan membaca

(Aktiviti) Menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan rakan di Pasir Mas

Ahad - 24/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 12

Keesokannya, selepas check out dari hotel, kami menuju ke Pasir Mas untuk menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan rakan sekerja.

Setibanya di rumah pengantin, kami bergambar dahulu.


Selepas itu, barulah kami menjamu selera.

Inilah menu yg saya makan...

Laksa Penang

Daging kawah

Saya suka ni, sambal ikan bilis..

Sedapnya....

Alhamdulillah, kenyang.

Saya share video saya di sini..


Saya pertama kali pergi ke majlis kesyukuran perkahwinan di Kelantan. Budaya di sana, kalau majlis kesyukuran tiada salam keruk. Kalau pada kad ditulis jemputan perkahwinan, baru boleh salam keruk kpd tuan rumah. Ini kawan saya dari Kelantan yg cakap. 

Tahniah kpd rakan saya yg mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hingga ke syurga.

Bersambung..
Teruskan membaca

Rabu, 27 Mac 2019

(Aktiviti) Menginap di Hotel Jembal Dynasty Inn

Sabtu - 23/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 11

Inilah tempat penginapan saya...

Saya menginap di Hotel Jembal Dynasty Inn di Kota Jembal.

Hotel bajet tetapi perkhidmatan puas hati..

Selesa..

Saya orang pertama yg merasmikan katil baharu ini..

Sebelum balik, bergambar dgn pemilik hotel ini.

Peace!!

Saya share video saya di sini...


Nak tahu lebih lanjut tentang hotel ini boleh pergi ke facebook Jembal Dynasty Inn atau instagram @jembaldynastyinn ..

Bersambung..
Teruskan membaca

(Aktiviti) Makan mi celup

Sabtu - 23/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 10

Kami lunch di warung tepi jalan. Kami makan ini...

Mi celup. Ada daging, paru & babat di dalam kuahnya. 

Sedap!

Bersambung...
Teruskan membaca

Selasa, 26 Mac 2019

(Aktiviti) Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah

Sabtu - 23/3/19

Bercuti di Kelantan : Part 9

Saya singgah di Masjid Ar-Rahman untuk solat & melihat keunikan masjid tersebut. Cantik ukiran kayu pada masjid tersebut.

Saya berada di depan masjid.

Masjid Ar-Rahman

Cantiknya tempat wuduk dia...

Selfie jap di tempat wuduknya..

Cermin tandas pun berukir pada kayu

Suasana di dalam masjid.

Selesai solat, bergambar kenangan di sini..



Saya share video di sini...



Bersambung...
Teruskan membaca