label

Selasa, 30 Januari 2018

(Video) Latihan Senamrobik Perawan atau Janda

Video Latihan senamrobik petang tadi...

Saya & rakan2.


Lagu Perawan atau Janda. Selamat mencuba!

Teruskan membaca

(Sekolah) Latihan senamrobik

Habis waktu mengajar, apa lagi?

Kita senamrobik & berzumba! Tengok saya berpeluh2 ni!

Di belakang saya, ada rakan guru yg masih membuat latihan.

Belajar daripada Youtube sahaja.

Lepas senamrobik!

Walaupun penat, kami tetap gembira (ayat karangan). Hehehe...

Senamrobik sempena apa ni? Tunggu!
Teruskan membaca

(Sekolah) Acara Sebelum Sukan 2018

Hai!

Cuba lihat, ada apa di belakang saya?

Ya, ketupat. Kawan saya yg anyam daun ketupat ni. Di belakang ketupat tu, murid2 tgh bersedia utk saringan acara larian 100 meter.

Inilah dia..

Larian 100 meter

Lompat jauh

Lompat tinggi.

Tak selesai lagi semua acara, bersambung Khamis ini.
Teruskan membaca

Isnin, 29 Januari 2018

(Sekolah) Jelajah BLINK 2018

Pagi tadi, Jelajah BLINK di sekolah saya. BLINK ialah salah sebuah syarikat novel kanak2.

Bergambar bersama maskot BLINK.

Lagi...

Maskot BLINK & penulis novel.

Semua murid suka tengok maskot BLINK ni. Bye!
Teruskan membaca

Ahad, 28 Januari 2018

(Sekolah) Beri saya contoh makhluk?

Waktu NILAM kelas Tahun 6 pagi tadi. Saya berbincang dgn murid2 saya.

Saya: Makhluk kerdil. Awak tahu makhluk itu apa?

Murid: Tahu.

Saya: Beri saya contoh makhluk yang awak tahu?

Lalu seorang murid perempuan ini dengan yakin & pantas menjawab..

Nak tahu jawapannya? Teruskan membaca..


Murid itu menjawab Goblin.

Saya tahu Goblin drama Korea tetapi saya tak dapat bayangkan Goblin sebab saya tak tengok drama Korea. Terdiam sekejap saya. Lalu saya beri contoh lain & maksud makhluk iaitu semua ciptaan Tuhan.


Hebat pengaruh drama Korea kpd murid2 saya. Goblin tu sejenis apa erk? Hehehe...
Teruskan membaca

(Sekolah) Pelancaran NILAM 2018

Pagi tadi, Pelancaran NILAM 2018.

Saya sebagai jurugambar. 

Bergambar dulu di belakang tabir dengan maskot NILAM 2018.

Gimik perasmian. Lompat Si Katak lompat! Video gimik pelancaran, boleh tengok di channel youtube saya. 

Guru besar merasmikan.

NILAM ialah Nadi Ilmu Amalan Membaca. Selamat membaca!
Teruskan membaca

Sabtu, 27 Januari 2018

(Cerita) Limau mandarin pun murah di Tesco

Musim Tahun Baru Cina ni, limau mandarin pun offer juga di Tesco. Saya tak melepaskan peluang utk membelinya.

Sekotak limau mandarin RM11.88, 4kg.

Boleh cek limau dulu sebelum bayar.

Puas hati!
Teruskan membaca

(Cerita) Biskut Jacobs kegemaran saya tengah murah di Tesco

Biskut Jacobs murah lagi di Tesco.

Biskut yg saya bawa ke sekolah ialah biskut Weetameal. Ramai puji sedap! Inilah biskutnya.

Biskut Jacob Weetameal memang kegemaran saya.
Teruskan membaca

(Cerita) Friskies Wet Pouch RM1.00 di Tesco

Hari ini pergi Tesco. Antara barang yg nak dibeli ialah makanan kucing.

Langkah kanan, Friskies Wet Pouch ni tengah offer. RM1 satu.

Saya beli 30, stok sebulan terus utk Si Hitam saya.

Berbaloi!
Teruskan membaca

(Makan) Buat agar-agar cermin

Pagi ini saya buat agar-agar cermin.

Agar-agar cermin

Saya sangat suka makan agar-agar ni di majlis perkahwinan, kenduri atau jamuan tertentu. Sampai makcik2 saya dah tahu saya suka agar2. Bila raya, mereka buatkan untuk saya.
Teruskan membaca

(Makan) Sarapan nasi lauk daging sambal manis

Selamat pagi! Sarapan saya pagi ini...

Nasi & lauk daging sambal manis semalam

Malam semalam, saya tak makan nasipun. Jadi, baki daging malam tadi saya panaskan balik.

Selamat bersarapan!
Teruskan membaca

Jumaat, 26 Januari 2018

(Cerita) Masak daging sambal manis guna Noxxa

Pagi saya masak sarapan, petang saya masak untuk makan malam.

Daging masak sambal manis guna periuk Noxxa.

Dah lama tak masak guna periuk Noxxa ni..
Teruskan membaca

(Cerita) Hidupkan insuran kereta sendiri

Hari ini cuti sekolah, saya pergi ke Kurnia Insurans Bandar Baru Uda untuk perbaharui insuran kereta.

Memang dari dulu guna Kurnia Insurans.

Kalau owner yg perbaharui insuran kereta sendiri, dapat diskaun 10%. Banyak juga tu..

Alhamdulillah, selesai perbaharui insuran kereta. Minggu depan baru saya bayar cukai jalan pulak. Hujung bulan depan baru tamat tempoh tapi saya suka buat awal.
Teruskan membaca

(Makan) Sarapan spageti

Pagi ni, mood masak datang pulak. Jadi, bahan dah ada, saya pun masaklah.

Spageti

Selamat bersarapan.
Teruskan membaca

(Cerita) Masker lemon

Selamat pagi.

Saya dah selesai masak spageti untuk sarapan pagi & buat jus lemon.

Selepas perah lemon, sayang pulak nak buang kulit lemon yg masih ada baki isinya. Jadi, saya gosokkan di muka. Jadilah masker lemon semula jadi.

Masker lemon. Dapatlah muka ini vitamin C asli daripada buah lemon sebenar.

Segar je muka pakai masker lemon ni. Okelah, saya nak minum jus lemon dulu. Jumpa lagi...
Teruskan membaca

Khamis, 25 Januari 2018

(Sekolah) Selesai kerja data yang pertama

6.53 petang, siap kerja data yg pertama saya.
Rasa lega sekali.

Memang kena bawa kerja ni balik rumah sebab tak sempat buat kat sekolah. Lagi satu, di rumah lebih tenang.

Alhamdulillah.
Teruskan membaca

(Sekolah) Terima tablet Lenovo dan simkad Celcom

Terima kasih!

Hari ini saya & rakan2 guru di sekolah saya menerima tablet Lenovo, casing & simkad Celcom secara percuma.

Alhamdulillah.
Teruskan membaca

(Sekolah) Kehadiran Bengkel Data guna Scan QR Code atau online

Canggih!

Kehadiran bengkel data semalam dah tak guna pen dan kertas, guna smartphone & internet je.

Mudah! Tak perlu beratur lagi nak daftar nama.
Teruskan membaca

(Sekolah) Bengkel Data 1 2018

Semalam Bengkel Data kali pertama tahun 2018. Bengkel bermula pada pukul 2 petang.

Di bilik mesyuarat PPD.


Berikut gambar2 yg saya ambil utk kegunaan saya.


Sebenarnya, semalam hari yg sangat meletihkan sebab di sekolah ada sukan tara & kokurikulum. Habis sekolah, sambung bengkel lagi. 9.30 malam saya dah tidur kerana keletihan.
Teruskan membaca

Isnin, 22 Januari 2018

(Cerita) Curi masa malam-malam

Sebelum tidur, buka laptop jap nak key in data.

Siap stand by gula2 jelly ni..

Bila laptop dah buka, internet pulak slow.

Tutup laptop, sambung esok. 
Selamat malam.
Teruskan membaca

(Sekolah) Pelancaran Sekolah Penyayang 2018

Pagi tadi, Pelancaran Sekolah Penyayang 2018.

Ada kek.

Ada sesi potong kek untuk guru2 yg lahir pada bulan ini.

Macam biasa, selfie untuk kenangan.



Setiap guru dapat pen penyayang.

Video gimik perasmian ada di channel youtube saya.
Teruskan membaca