label

Rabu, 5 April 2017

(Sekolah) Berita kemalangan itu ialah murid saya

Berita kemalangan dalam Sinar Harian Online hari ini ialah tentang keluarga anak murid saya. Terkejut saya dengar berita ini pagi tadi.

Kereta yg terbabas jatuh ke dalam sungai
Gambar: facebook

Ini beritanya..

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta yang dipandu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Bestari 8/3 Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta yang dipandu mangsa telah terjunam ke dalam satu parit besar berhampiran laluan berkenaan menyebabkan mangsa dipercayai lemas sebelum dikeluarkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Bestari 17/3 sebelum terbabas ketika menyusuri satu selekoh di Jalan Bestari 8/3.

"Pemandu kereta, Syamsuddin Ab Samad, 40 dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, melanggar pagar lalu terjunam ke dalam parit besar dalam kedudukan ke empat-empat tayar ke atas.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba Johor Jaya yang tiba di tempat kejadian telah berjaya membawa keluar tiga orang mangsa lain iaitu penumpang depan, Arbayah Jais, 30 dan belakang, Muhammad Haikal Syamsuddin, 12 dan Noraisyah Dania Syamsuddin, 9 tetapi mengalami masalah ketika mengeluarkan Syamsuddin kerana keadaannya yang tersepit," ketika dihubungi, di sini.

Jokhiri berkata, Syamsuddin kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.    


Sumber: Sinar Harian 5 April 2017

  
Anak murid saya selamat, tetapi ayahnya meninggal dunia. Turut berdukacita. Salam takziah. Alfatihah.

Selasa, 4 April 2017

(Sekolah) Selepas dinasihatkan, murid ini menangis

Hari ini saya telah menasihati seorang murid lelaki darjah 6 supaya berubah menjadi murid yang baik. Selepas menasihati, murid tersebut beredar lalu air matanya mengalir. Saya memanggilnya semula..

Saya: Kenapa awak menangis? Saya takde pukul awak pun tadi.

Murid: (senyap dan air matanya terus mengalir)

Saya: Kenapa ni? Cuba cakap pada saya.

Murid: Tiba-tiba saya teringat kata2 datuk saya.

Saya: Datuk awak cakap apa?

Murid: Datuk suruh saya jadi baik.

Saya: Datuk awak ada lagi tak?

Murid: Dah meninggal 

Saya: Huhuhu...

Tiba2 sayu jap tadi. Semoga nasihat saya berguna untuk dia. Tak sangka, nasihat saya mengingatkan dia pada nasihat mendiang datuknya.


Kisah ini akan saya jadikan kenangan.

Isnin, 3 April 2017

(Download) Contoh surat, borang dan minit mesyuarat AJK PIBG format SPSK

Kepada setiausaha PIBG terutamanya yang baharu di sekolah, saya nak kongsi dokumen mesyuarat AJK PIBG format SPSK.

1. Contoh surat panggilan mesyuarat (diedarkan 7 hari sebelum mesyuarat) : klik download

2. Contoh borang kehadiran mesyuarat (diedarkan kepada AJK semasa mesyuarat): klik download

3. Contoh minit mesyuarat (diedarkan selepas mesyuarat): klik download

4. Contoh borang senarai edaran (kalau ada apa2 bahan yang diedarkan semasa mesyuarat, rekodkan guna borang ini) : klik download

Gambar kenangan selepas Mesyuarat Agung PIBG 2016

Semoga bermanfaat.

Ahad, 2 April 2017

(Sekolah) Pelancaran Karakter Murid Johor

Hari ini pelancaran Karakter Murid Johor di sekolah saya. Berikut perkongsiannya..

Suasana pelancaran pagi tadi..


Gimik perasmian, potong riben gegantung.

Murid contoh yang menunjukkan Karakter Murid Johor. Pertama, dengan pemakaian baju ala Johor.

Kedua, ini dia contoh potongan rambut murid Johor.

J-Robik.

Cara berdoa murid Johor.

Saya selaku jurugambar.

Begitulah serba sedikit pelancaran Karakter Murid Johor di sekolah saya.

Sabtu, 1 April 2017

(Makan) Sayur sulur keladi

Dah lama tak makan sayur sulur keladi. Hari ini mak saya masak sayur sulur tu.

Sayur sulur keladi masak sambal asam. Sedap!

Sulur ni adik saya beli di Kulai. Susah nak jumpa sulur ni..

Tak mudah nak masak sulur ni, nak kena siang dulu. Lepas tu, rebus. Selepas itu, barulah boleh dimasak. Rasana sangat sedap. Alhamdulillah.

(Download) Laporan Taklimat Pelancaran Karakter Murid Johor

Laporan Taklimat Pelancaran Karakter Murid Johor.

Taklimat Pelancaran Karakter Murid Johor

Download:

Khamis, 30 Mac 2017

(Sekolah) Beli relaxation sandal

Ha, lihat ni..

Relaxation sandal saya..

Saya beli dengan ejen selipar ni yg datang ke sekolah. Siapa nak beli, ada no telefonnya tu..

Sedap pakai..