label

Rabu, 5 April 2017

(Sekolah) Berita kemalangan itu ialah murid saya

Berita kemalangan dalam Sinar Harian Online hari ini ialah tentang keluarga anak murid saya. Terkejut saya dengar berita ini pagi tadi.

Kereta yg terbabas jatuh ke dalam sungai
Gambar: facebook

Ini beritanya..

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta yang dipandu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Bestari 8/3 Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta yang dipandu mangsa telah terjunam ke dalam satu parit besar berhampiran laluan berkenaan menyebabkan mangsa dipercayai lemas sebelum dikeluarkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Bestari 17/3 sebelum terbabas ketika menyusuri satu selekoh di Jalan Bestari 8/3.

"Pemandu kereta, Syamsuddin Ab Samad, 40 dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, melanggar pagar lalu terjunam ke dalam parit besar dalam kedudukan ke empat-empat tayar ke atas.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba Johor Jaya yang tiba di tempat kejadian telah berjaya membawa keluar tiga orang mangsa lain iaitu penumpang depan, Arbayah Jais, 30 dan belakang, Muhammad Haikal Syamsuddin, 12 dan Noraisyah Dania Syamsuddin, 9 tetapi mengalami masalah ketika mengeluarkan Syamsuddin kerana keadaannya yang tersepit," ketika dihubungi, di sini.

Jokhiri berkata, Syamsuddin kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.    


Sumber: Sinar Harian 5 April 2017

  
Anak murid saya selamat, tetapi ayahnya meninggal dunia. Turut berdukacita. Salam takziah. Alfatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan