label

Ahad, 5 Februari 2017

(Cerita) Keburukan guna tong gas kuning

Balik kerja, gas masak habis.

Keliling kampung cari tong gas warna kuning ni. Ada kedai yg tak jual & ada kedai yg jual tapi habis.

Akhirnya di kedai terakhir ni (jauh dari rumah) beli juga gas tong hijau. Sebenarnya di rumah guna 2 tong gas. 1 hijau 1 kuning tapi dua2 dah habis. Ingatkan nak tukar gas kuning, tapi dah takde... Alhamdulillah, masih ada spare yg hijau.

Kesimpulannya, tong gas kuning tak semua kedai jual. Kalau dah habis, susah nak cari kecuali kedai depan rumah anda memang jual gas kuning. Kebaikannya, banyak sikit isipadu gas kuning ini. Kenapa guna tong gas kuning? Mak saya yg beli :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan