label

Ahad, 19 Mei 2024

(Sekolah) Mesyuarat Agung PIBG 2024

Hari ini diadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-24 di sekolah berserta Majlis Apresiasi Murid.

Sesi bergambar. Dalam gambar ni bercampur cikgu baharu dan cikgu sedia ada. 


Pentas cantik.

Saya AJK PIBG guru bagi sesi 2022 hingga 2024. Selesai tugas saya selaku ajk PIBG.

Video.




Alhamdulillah, selesai program sekolah yang satu ini.

Khamis, 16 Mei 2024

(Cerita) Pertukaran Hadiah Guru, saya beri sabun cuci pakaian

Pertukaran hadiah guru di sekolah saya pada tahun ini amaunnya ialah RM40.00. 

Saya beri hadiah hamper sabun pencuci pakaian kepada rakan saya. Walaupun pada awalnya saya rasa tak sedap hati nak bagi sabun, tetapi akhirnya saya lega apabila rakan saya suka sangat apabila dapat hadiah sabun.

Antara sebab saya beri sabun ialah boleh terus guna sebab kita memang basuh pakaian hampir setiap hari. Jadi, sabun memang digunakan oleh manusia. Lagi satu, kawan saya boleh jimat duit tak payah beli sabun buat waktu tertentu.

Hamper sabun ini saya buat sendiri. Dah lama tak balut hamper.


Hamper ini sebelum diserahkan kepada tuannya.

Alhamdulillah, kawan saya gembira, saya pun gembira juga.

(Sekolah) Hari Guru 2024

Hari ini diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tema pakaian Hari Guru di sekolah saya pada tahun ini ialah Jika Aku Bukan Seorang Guru.

Saya memakai tema penyampai berita. 

Saya guru bertugas yang menjaga kawalan murid pada hari ini.


Video saya.

Tahun ini ada persembahan askar.
Selamat Hari Guru!