label

Sabtu, 25 November 2017

(Info) Prosedur dan tips kahwin bagi Negeri Johor

Yang Merancang Nak Kahwin, Boleh Semak Prosedur & Tips Di Bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

PROSEDUR & TIPS KAHWIN BAGI NEGERI JOHOR

1. DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH 😍😍
- Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu. 

2. HADIR KURSUS KAHWIN,πŸ‘¨‍πŸ«πŸ‘¨‍🏫
- Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (Wanita). Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. Kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
(Boleh hubungi kami untuk hadir ke kursus kahwin)

3. LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINEπŸ’»πŸ’»
- Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my/ Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.

4. PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.πŸ“„πŸ“„
- Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web Encr Johor tu. 

5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.πŸ’‰πŸ’‰
- Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.

6. JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGALπŸ“ƒπŸ“ƒ
- Bagitahu jer, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda. Boleh juga ke Pejabat Daerah mukim tempat tinggal untuk dapatkan akuan bujang.
.
7. TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.πŸ“‹πŸ“‹
- Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.

8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGANπŸ“•πŸ“•
- Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.

9. BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGAπŸ“πŸ“
- Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.
10. PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA
- Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, untuk perempuan mestilah BERBAJU KURUNG dan menutup aurat. Kalau tak kena marah nanti. hehe

11. JAWAB SOALAN TEMUDUGAπŸ“šπŸ“š
- Saya ada share soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.

12. SELEPAS LULUS TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.πŸ“‚πŸ“‚πŸ“‚
- Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.

13. BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAHπŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅
- Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.

14. PRAKTIS LAFAZ AKADπŸ’–πŸ’–πŸ’–
- Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, "..Aku terima Nikah.........(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai.."
SELAMAT BERNIKAH.. 

Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang akan bernikah... Aminn.😊😊😊

Sumber : Kursus Kerja Kahwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan