label

Selasa, 28 November 2017

(Cerita) Jamuan guru tidak pernah guna duit PIBG

Baru-baru ini tular status seorang penjaga murid bahawa kononnya jamuan guru di hotel guna duit PIBG (bukan di sekolah saya). Saya terpanggil ingin berkongsi cerita pengalaman saya sepanjang menjadi guru tentang jamuan guru di hotel.

Sepanjang berkhidmat sebagai guru, segala jamuan guru sama ada di hotel atau di mana sahaja adalah daripada yuran atau bayaran saya kepada Kelab Guru dan Kakitangan. Di mana2 sekolah, memang ada kelab tersebut. Tidak pernah sesekali kami guna duit PIBG untuk majlis makan2 kami.

Tahun ini, kami bayar RM300 setahun termasuk jamuan makan malam & majlis persaraan guru besar. Bukan nak berlagak tetapi ingin memberitahu situasi di sekolah saya. Nampak tak, dari duit itulah akan digunakan untuk majlis2 guru & kakitangan.

Majlis makan malam yang baru saja berlalu.

Jadi, saya menafikan sekeras2nya bahawa dakwaan guru guna duit PIBG untuk majlis makan2. Lagi satu, semua guru maklum bahawa duit sumbangan PIBG untuk program kecemerlangan MURID, bukan untuk GURU.

Kepada ibu bapa atau penjaga, anda boleh tahu aliran duit PIBG pada mesyuarat agung PIBG di sekolah anak masing2. Ada dibentangkan penyata kewangan PIBG pada waktu tu. Kalau musykil, boleh tanya pada pengerusi PIBG pada waktu tersebut.

Sekian, itu sahaja. Terima kasih. Alhamdulillah, PIBG sekolah saya baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan