label

Ahad, 10 September 2017

(Sekolah) Temankan murid-murid ulang kaji BM sebelum UPSR

Hari ini saya temankan murid kelas saya ulang kaji terakhir sebelum UPSR BM esok. Dari pukul 2.00 - 4.30 ptg tadi. Mereka ulang kaji sendiri dalam bilik mesyuarat, saya cuma temankan aje.

Terima kasih pihak sekolah kerana membenarkan kami guna bilik mesyuarat yg berpendingin hawa ini. 

Lihat, mereka tengah ulang kaji secara santai. Kalau mereka ada kemusykilan, baru saya tolong jawab.

Selepas ulang kaji, sesi selfie la..

Selfie lagi..

Gambar candid. Saja tak nak bagi mereka & saya stres. Hehehe...

Perasaan saya sekarang, tipu la kalau tak berdebar. Semoga murid2 dipermudahkan menjawab soalan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan