label

Jumaat, 8 September 2017

(Cerita) Beli Omron Automatic Blood Pressure Monitor

Disebabkan mak ada darah tinggi, tekanan darah saya juga tinggi minggu lepas, saya beli alat ni di 11street (online). Beli secara online lebih murah berbanding di farmasi.

Omron Automatic Blood Pressure Monitor untuk melihat tekanan darah kita. Dulu saya kerja di farmasi, jenama Omron ni paling bagus, jadi saya beli la jenama ni. Harganya tak sampai RM140 beli online di 11street.

Alhamdulillah, bacaan tekanan darah saya dah oke pagi ni.

Bacaan yang menunjukkan tekanan darah tinggi ialah bacaan systolic (nombor atas) lebih 135 & bacaan diastolic (nombor kedua) lebih 85.

Selepas ini, boleh monitor bacaan tekanan darah keluarga saya di rumah sahaja. 

Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan