label

Sabtu, 16 September 2017

(Cerita) Cara De-Calc Iron Philips Perfect Care Aqua

Malam ni nak gosok baju, iron saya ada tanda merah ni pulak..

Ini tandanya, saya kena de-calc iron sy.

Cara De-Calc Iron Philips Perfect Care Aqua:

1. Tutup suis terus.

2. Buka tangki de-calc. Baringkan kejap tank iron utk masukkan air.

3. Isi air 500ml dalam tangki de-calc tu.

4. Hidupkan suis lalu hidupkan iron.

5. Sediakan tuala tebal atas papan iron.

6. Iron tuala. Waktu ni, air akan banyak keluar. Sebab tu kena guna tuala. 


Tengok air2 yg keluar dari lubang iron.

7. Iron sehingga tiada air keluar lagi dari lubang iron.

8. Tutup suis. Buang air dalam tangki de-calc. Hati2 air dalam tu panas. Tunggu 2 jam sampai iron sejuk untuk guna iron balik.


Tujuan de-calc ini adalah untuk buang keladak dalam iron kita.

Kena buat sebulan sekali de-calc ni. Dah guna iron ni, nak tak nak, kena buat juga.

Tiada ulasan:

Catat Komen