label

Ahad, 23 April 2017

(Info) 45 teknik pembelajaran murid Kelas Abad ke-21

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.
Pdpc Abad 21

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Fan-N-Pick

        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- 
        gilir 
·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
·       Pelajar 3 :  jawab soalan
·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle

§  Cari pasangan
§  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
§  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
§  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
§  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
§  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
§  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine

·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 
(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )  
      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1
·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different

·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
·       Kemudian mereka bandingkan jawapan
·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin

·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin

·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table

·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table

·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table

·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think

·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips

·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12.Jigsaw Problem Solving

·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match

·       Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem

·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share
 
·       Ahli pasukan berdiri
·       Guru/rakan lain memberi soalan
·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain

16. Find the Fib/Guess the Fib

·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups

·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations

·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane

·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown

·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

 21.  Lyrical Lessons

·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share

·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
·       Kemudian tukar peranan

23.Stir- the- Class

·       Pasukan duduk dalam bulatan
·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya

24.Team Word-Web

·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu

·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport

·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group

·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share

·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29.Roam the Room

·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour

·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay

·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review

·       Pasukan bincang topic
·       Buat carta/pengurusan grafik
·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu
·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn

·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols

·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements

·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?

·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share

·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File

·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview

·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project

·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines

·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

  42.  Find-Someone-Who
·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

 43. Rotating Review

·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview

·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan
·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga

  ·       Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction

·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·       Fasilitator beri ransangan
·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

Sumber: facebook

Gambar hiasan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan