label

Selasa, 30 Ogos 2022

(Sekolah) Sambutan Ambang Kemerdekaan 2022

Hari ini diadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan di sekolah.

Walaupun hujan, tetapi program berjalan lancar.


Selamat hari kebangsaan!

Ahad, 21 Ogos 2022

(Sekolah) Hari Temu Mesra 2022

Hari ini Hari Terbuka di sekolah. Namanya, Hari Temu Mesra.

Saya sebagai guru kelas.

Alhamdulillah, semua ibu bapa murid kelas saya hadir. Terima kasih.

Ini kelas kawan saya yang mencuri perhatian pada hari ini. Kawan saya sediakan door gift untuk ibu bapa yang hadir. 

Alhamdulillah, program berjalan lancar pada hari ini.

Sabtu, 13 Ogos 2022

(Download) Kuiz Teka Silang Kata Bulan Kemerdekaan Buku Teks Sejarah Tahun 5

 Assalamualaikum. Sempena Bulan Kemerdekaan, saya ditugaskan untuk membuat soalan teka silang kata kemerdekaan untuk murid Tahun 5 di sekolah.


Kuiz Teka Silang Kata Bulan Kemerdekaan Buku Teks Sejarah Tahun 5 yang saya buat berpandukan buku teks.

Saya berbaik hati ingin berkongsi soft copy Kuiz Teka Silang Kata Bulan Kemerdekaan Buku Teks Sejarah Tahun 5 ini. Cikgu-cikgu boleh download melalui link di bawah ini.

Kuiz Teka Silang Kata Bulan Kemerdekaan Buku Teks Sejarah Tahun 5: Klik sini.
Jawapan Kuiz Teka Silang Kata Bulan Kemerdekaan Buku Teks Sejarah Tahun 5: gmail saya.

Terima kasih.

Jumaat, 8 Julai 2022

(Mi Casa) Syelek pintu

Hari ini proses terakhir pintu di mi casa iaitu syelek pintu.

Dua orang pekerja datang ke mi casa untuk syelek pintu. Mereka mencadangkan saya cat warna cerah supaya nampak corak asli kayu nyatoh. Saya pun setuju.

Seorang mengecat pintu.

Seorang lagi menyelek pintu. Cuaca hari ini panas terik.

Dua jam juga proses syelek pintu. Mereka buat 4 kali coating. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Pintu baharu mi casa siap. Sebulan juga menguruskannya.

Ahad, 3 Julai 2022

(Mi Casa) Pasang pintu baharu

Hari ini, lepas balik sekolah, saya singgah ke mi casa. Hari ini tukang pintu nak pasang pintu baharu di rumah saya.

Pintu baharu mi casa.

Proses pemasangan pintu. Uncle ni baik.

Pintu dah siap pasang. 2 jam juga proses pemasangan.

Proses terakhir, cat pintu dengan syelek. Kena buat hari lain, tak boleh cat hari ini.

Sabtu, 2 Julai 2022

(Sekolah) Malam Sekalung Budi Lambaian Kasih

Malam semalam telah diadakan majlis persaraan mantan guru besar di Hotel Amansari. Namanya Malam Sekalung Budi Lambaian Kasih.

















Selamat bersara!

Rabu, 29 Jun 2022