label

Rabu, 15 Februari 2017

(Sekolah) Persiapan hari sukan esok

Esok hari sukan, semua cikgu tengah sibuk membuat persiapan esok. Saya pun..

Tadi, beli ini untuk rumah sukan saya.

Kawan saya pula beli ini.

Dalam rumah sukan saya, saya selaku ketua rumah sukan telah membahagikan tugas. Tahun ini kami akan buat kelainan sikit di dalam khemah rumah sukan. Nak tahu, tunggu esok... Harap2 esok berjalan lancar.

Selasa, 14 Februari 2017

(Sekolah) Raptai perbarisan Hari Sukan 2017

Pagi tadi raptai perbarisan Hari Sukan 2017 di sekolah saya.

Jom ikut saya ambil gambar..

Perbarisan Pengakap, bawah latihan saya.

Perbarisan rumah sukan saya, Bentara.

Suasana raptai pagi tadi..

Raptai pancaragam. Pertama kali di sekolah saya akan ada persembahan pancaragam pada Hari Sukan nanti.

Esok raptai lagi kali kedua. Bye.

Isnin, 13 Februari 2017

(Info) Apakah itu parking valet?

Apakah itu parking valet?

Parking valet atau valet parking ialah perkhidmatan orang yang membantu memarkirkan kenderaan kita di sesuatu tempat seperti hotel, restoran dan sebagainya.

Contohnya, kalau kita pergi ke hotel, ada pekerja hotel yg membantu memarkirkan kenderaan kita. Kita tak perlu pening2 cari parking lagi. Selalunya yang guna parking valet ni  ialah orang kaya.

Contoh parking valet
Sumber gambar: Google

Ahad, 12 Februari 2017

(Kenangan) Sambal telur, lauk popular waktu praktikal

Petang tadi, saya masak sambal telur.

Sambal telur.

Sempat rakam video sikit tadi.

Sedang memasak, saya terus teringat zaman praktikal mengajar ketika di rumah sewa. Inilah antara lauk yang dikerap dimasak oleh saya untuk rakan serumah. Faham2 sendiri, waktu tu kami hanya bergantung pada elaun maktab.

Petang tadi masak ni juga, sup sawi, bebola daging dan tofu.

Sedap juga saya masak. Hehehe..

(Sekolah) Majlis pelantikan pengawas 2017

Pagi tadi majlis pelantikan pengawas sesi 2017.

Bergambar bersama pentadbir dan barisan sesi pagi 2017.

Corat-coret pagi tadi..

Guru besar memakaikan blazer kepada ketua pengawas.

Ketua pengawas menandatangan ikrar pemimpin kecil.

Guru besar menyerahkan watikah kepimpinan kepada para pengawas.

Ikrar.

Macam biasa, saya selaku jurugambar pagi tadi.
Kredit: Cikgu Aina


Alhamdulillah, majlis sederhana ini berjalan lancar.

Sabtu, 11 Februari 2017

(Kenangan) Air tin murah di UTM

Antara kenangan manis saya belajar di UTM ialah mesin air ini.


Air tin dan pelbagai minuman dijual dengan harga pelajar. Air tin cuma RM1.00. Air Calpis dan Tropicana RM2.00. Murah kan?

Jumaat, 10 Februari 2017

(Video) Kenangan bicara berirama

Ingat balik kenangan Bicara Berirama.

Poster mencari peserta Bicara Berirama 2013. Sebelah saya ialah Cikgu Aliana, beliau dah berpindah ke Terengganu.

Video Bicara Berirama sekolah saya 2012. Naib juara peringkat daerah.

Saya antara guru yang melatih pasukan bicara berirama sekolah pada waktu tu.. Saya suka menonton bicara berirama.