label

Ahad, 7 Mei 2017

(Cerita) Kedai barang terpakai, Rengit

Semalam, selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu, saya singgah sekejap di Rengit, Batu Pahat.

Jom ikut saya!

Kita tengok kedai2 barang terpakai di sini. Banyak kedai yg menjual barang terpakai.

Antara kedai barang terpakai.

Adik saya nak beli kipas terpakai di sini.

Berderet kedai2 barang terpakai di sini.

Suasana di kedai2 barang terpakai Rengit.

Selepas itu, pekena air tebu RM1 sebagai penghilang dahaga.

Kalau datang sini, kena pandai tawar-menawar tau!

(Cerita) Balik ke kampung, sepupu kahwin

Semalam saya balik ke kampung, sepupu saya kawen..

Cuba teka di mana ni?

Ladang nenas.

Kampung saya di Pontian.

Tak sempat ambil gambar sepupu bersanding semalam. Tengok gambar saya selepas makan je. Hehehe..

Selamat pengantin baharu sepupu.

Jumaat, 5 Mei 2017

(Cerita) Dulu dimarahi, sekarang murid ini...

Assalamualaikum. Pagi ini saya terima mesej di instagram saya daripada bekas murid saya. Dia dah tingkatan 2 sekarang.


Tak sangka dia akan mesej seperti ini sebab waktu saya mengajar dia di darjah 5 & 6, banyak juga dia kena marah dgn saya. Dia suka buat bising dalam kelas. Hehe..

Terima kasih rindu cikgu.

Khamis, 4 Mei 2017

(Sekolah) Basikal awak guna barang panas ke?

Hari ini saya bergurau sambil menguji pengetahuan 3 orang murid lelaki yang ada basikal yang telah diubah suai. Ketiga2 orang murid ini merupakan murid kelas terakhir.


Saya nak test mereka sama ada mereka tahu maksud istilah "barang panas" ..

Saya: basikal awak ni guna barang panas ke barang sejuk?

Murid 1: barang sejuk.

Murid 2: basikal saya pun barang sejuk.

Jawapan murid ketiga ni kelakar..

Murid 3: basikal saya pun sejuk sebab saya masukkan dalam peti sejuk.

Hahahaha... Tak pasti mereka tahu ke tak istilah barang panas (barang curi) ke tak? Niat saya tanya cuma bergurau, bukan menuduh. Hehe..

(Sekolah) Jari manis tersepit pintu bilik guru

Maaf, saya kongsi gambar jari manis saya yg luka semalam kerana tersepit pintu bilik guru.


Alhamdulillah, luka tu dah kering hari ini. 

(Download) Laporan Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017

Laporan Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017



Download:


Selasa, 2 Mei 2017

(Sekolah) Skrip bicara berirama 2017 siap

Alhamdulillah, siap dah!

Skrip bicara berirama 2017

Walaupun tukar tema, semangat buat skrip baharu masih ada.