label

Ahad, 5 Mac 2017

(Info) Maksud angka beribu pada kotak kain pelikat

Oh, hari ini baru saya tahu maksud angka beribu pada kotak kain pelikat.

Kotak kain pelikat ini ada angka 7000. Maksud 7000 itu ialah kain pelikat ini menggunakan 7000 benang dan lebih lembut.

Kawan saya cakap, lebih banyak angka, lebih lembut dan lebih selesa kain pelikat itu. Ilmu baru hari ini.

(Sekolah) Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang

Ini cerita pagi tadi.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 dan Hari Anugerah Cemerlang 2016. Saya sebagai AJK Dokumentasi.

Selepas majlis apa lagi? Bergambar la..





First time pakai baju korporat untuk majlis sekolah. Tema JDT.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Sabtu, 4 Mac 2017

(Info) Senaman kempiskan perut

Senaman ini boleh kempiskan perut. Boleh cuba ni...

Sumber: neilaray.com

Mula2 memang payah.. Kena cuba perlahan2.

(Cerita) Kena diet ni...

Khamis lepas, ada parent tegur saya semakin berisi.

Bila cek balik gambar lama, lepas tu bandingkan dengan gambar tahun ini, a a la... Memang sangat ketara muka saya.

Kena diet ni. Oke, mulai esok saya kena diet. Kurangkan kuantiti makan dan banyakkan bergerak.

Gambar, kiri 2015 dan kanan 2017.

Bagus juga orang tegur, saya anggap itu motivasi untuk saya. Sebenarnya minggu lepas, guru2 pun ada tegur perubahan fizikal saya. Huhuhu...  Terima kasih tegur.

Khamis, 2 Mac 2017

(Sekolah) Murid ini suka datang dekat saya

Nak kongsi cerita saya bertugas minggu ini. Setiap kali saya jaga kantin pada waktu rehat, mesti budak lelaki ini datang dekat saya dan berdiri di sebelah saya. Dia temankan saya bertugas sambil bersembang seakan-akan saya adalah kawannya.

Budak lelaki ini darjah 5 kelas terakhir. Setiap kali rehat, dia suka beli sosej.

Semalam dia tanya saya guna handphone apa? Saya jawab Huawei. Dia pun tanya lagi, kenapa tak pakai Oppo? Saya jawab saya tak minat. Lepas tu dia tanya lagi, kenapa tak ajar kelas saya Sejarah lagi? Macam2 soalan dia.

Sebelum ni, latihan sukan pun dia suka datang dekat saya. Saya perasan tu.. Paling tak boleh lupa, dia datang sambil pegang belakang badan saya dan panggil cikgu. Hehehe.. Mungkin dia anggap saya kawan dia.

(Sekolah) Bantuan Khas Awal Persekolahan 2017

Hari ini diadakan sesi penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2017 kepada ibu bapa yg layak.

Bantuan RM100 kepada keluarga yg mempunyai pendapatan di bawah RM3000.

Sesi penyerahan duit RM100 bermula dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 2.00 petang.

Gambar saya tiada sebab saya bertugas sebagai jurugambar tadi.

Rabu, 1 Mac 2017

(Sekolah) Ujibakat bicara berirama 2017 bermula

Alhamdulillah, ujibakat bicara berirama 2017 berjalan lancar hari ini.

Saya nak kongsi bagaimana saya pilih murid untuk menyertai pertandingan bicara berirama. Pertama, saya adakan ujibakat terbuka dan saya minta murid menyanyi dan menari. Biasanya murid yang boleh menyanyi dan menari dengan yakin, mudah dilatih untuk bicara berirama.

Tadi saya dapat 40 orang peserta, dalam pertandingan nak 35 je. InsyaAllah, dalam latihan akan datang, saya akan tapis lagi peserta yg ada, menjadi 35.

Tadi tak sempat ambil gambar ujibakat. Terlalu asyik tengok murid menyanyi. Hehe.. Ni gambar peserta bicara berirama 2015.

Setakat ini dahulu ye.. Bye!