label

Isnin, 1 Januari 2024

(Tutorial) Cara buat gambar AI Artificial Intelligence

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baharu 2024. Hari ini saya nak ajar buat gambar AI (Artificial Intelligence) seperti di bawah ini.

Contoh gambar AI. Sekarang zaman AI. Mudah je cara nak buat dia.

1. Buka Google lalu taip Bing Image Creator seperti di bawah.

Tekan Bing Image Creator. Log in guna emel yang didaftarkan. Kalau belum daftar, daftar dahulu.

2. Lepas dah boleh buka taiplah gambar apa yang kita nak buat dalam bahasa Inggeris. Kalau tak mahir bahasa Inggeris, pergi Google Translate. Lepas tu, copy paste dalam ruang yang disediakan.

Contoh saya taip gambar yang nak saya buat. Lalu keluarlah gambar ini. Alhamdulillah, taip nama saya, keluar gambar orang alim ni :).

4. Selamat mencuba. Kalau gagal, cuba lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan